🏠55🏠

2.1K 241 43
                                    

~Author~

"Eo? Mana Nara?" Soal Jungkook pada Taehyung yang sedang berjalan ke arah tempat duduknya.

Selalunya Nara akan berjalan dibelakang atau dihadapan Taehyung. Namun hari ni, dia hanya datang seorang diri.

"Aku tak bagi dia datang sekolah. Hari ni perut dia buat hal. Katanya gastrik." Balas Taehyung lalu tersenyum nipis.

"Eh, gastrik lagi?! Kau suruh dia makan ke tak?!" Soal Jungkook terkejut. Baru beberapa hari lepas saja dia ditahan wad sebab gastrik. Takkanlah kena lagi?

"Dia yang tak nak makan ubat. Puas aku paksa dia. Tapi dia tak nak telan juga. Semalaman dia meraung sakit perut. Aku yang terlena terus terjaga sebab jeritan dia. Aku terjah je biliknya, dah nampak dia sedang meringkuk di atas katil dengan kedua belah tangan menekan permukaan perut." Terang Taehyung.

"Habis tu, kau buat apa? Takkan tengok saja." Soal Jungkook ingin tahu apa yang tindakan namja dihadapannya pada sepupunya yang sakit.

"Aku paksa dia juga telan ubat gastrik. Even sakit tu ada lagi tapi ia berkurang sikit lepas saja makan ubat. Pagi ni, muka dia nampak pucat so aku larang dia untuk datang ke sekolah. Maybe penat berperang dengan gastrik semalam sampai pucat lesi mukannya pagi ni." Keluh Taehyung memikirkan keadaan Nara.

"Nampaknya bukan setakat Nara je yang pucat." Jungkook tersenyum senyum memandang Taehyung yang sedang menguap itu.

"What di you mean?"

"Kau pun letih juga jaga dia. Sayang juga kau pada Nara kan?" Soal Jungkook. Keningnya dijongketkan beberapa kali.

"Gila tak sayang. My lovely yeochin okay! Sampai mati pun aku sayang dia." Balas Taehyung lalu tersengih malu di hadapan Jungkook.

"Mana Byul?" Soal Taehyung. Matanya meliar memandang segenap kelas itu mencari susuk tubuh Byul yang banyak mulut itu.

"Jumpa pengawas."

"Pengawas? Buat apa? Dia ada buat salah ke?" Soal Taehyung menginginkan jawapan.

"Kau macam tak tahu dengan perangai dia. Kalau dia datang awal ke sekolah, mesti dia akan kacau kerja pengawas yang bertugas pagi. Kalau tak ada mood nak kacau, baru dia maki pada pengawas tu." Jelas Jungkook sambil mengelengkan kepala mengenangkan sikap pelik Im Byul itu.

Unik sungguh dia tu!

"Berani betul dia maki. Tak takut kena tindakan disiplin ke?"

"Dia kan jenis yang berani mati and suka menempah maut. Lagi pun, setakat tindakan disiplin tu, apalah sangat. Macam yang kau tahu, bilik disiplin tu dah macam tempat melepak kita dah." Jungkook menepuk nepuk bahu Taehyung.

"Betul tu. Tapi sejak cikgu Baek pindah, aku langsung tak jejak kaki lagi di bilik tu. Rindulah dengan rotan." Omel Taehyung pula.

"Betul tu. Aku tak sure sama ada cikgu baru tu menjalankan tugas or not. Kadang kadang, pernah terlintas dalam fikiran aku untuk mencari masalah dengan dia. Tapi bila difikirkan balik, rasanya macam mustahil pula." Keluh Jungkook.

"Kenapa pula?"

"Kalau nama cikgu tu pun aku tak tahu lagi, inikan pula nak membuat onar!"

Kringgg

"Setakat ini saja pembelajaran kita pada hari ini." Saem Kwang keluar dari kelas itu.

Semua pelajar mula bangun dan keluar dari kelas untuk pulang. Taehyung mengemas barang barangnya yang bersepah di atas meja begitu juga dengan Byul.

Bosan. Yeochin kesayangannya tiada jadi pembelajaran hari ni pun bosan.

Sekilas lalu dia memandang Jungkook yang sedang termenung memandang meja belajarnya.

"Kau kenapa ni? Dari tadi termenung?" Taehyung memegang bahu Jungkook. Jungkook tersentak lalu memandang Taehyung. Jelas sekali Jungkook sedang risaukan sesuatu. Taehyung dapat mengagaknya melalui riak muka sahabatnya itu.

"Taehyung, aku nak pergi ke rumah kau boleh tak? Aku rasa tak sedap hati lah. Aku nak tengok keadaan Nara. Please." Jungkook meminta Taehyung. Nampak sangat dia sangat gelisah.

"Okay. Nanti kau ikut aku." Jungkook tersenyum.

"Kalau macam tu aku nak ikut korang juga. Aku nak lawat keadaan Nara. Rindu dengan dia." Pinta Byul pula. Taehyung mengangguk menbenarkan.

"Byul, kau naik dengan aku macam biasa."

❤❤❤

Jungkook, Taehyung dan Byul berjalan di lorong yang menuju ke arah rumah sewa Taehyung. Namun langkah mereka berhenti apabila ternampak dua orang pengawai polis di hadapan rumah sewa Taehyung. Bukan itu saja. Seorang lelaki dan seorang perempuan juga turut ada di situ.

Dengan rasa ingin tahu, mereka mendekati empat orang tersebut.

"Eh, tu nampak macam jiran aku. Kenapa mereka ada depan rumah aku? Dengan pengawai polis lagi. Mereka buat apa? Mana Nara? Macam mana pintu rumah aku boleh terbuka?" Pelbagai soalan bermain di pemikiran Taehyung. Entah mengapa perasaan mula lain.

Seperti ada sesuatu yang buruk telah terjadi.

"Baiklah kalau macam tu, biar kami yang uruskan. Kalau pemilik rumah ni ada terjumpa atau mendapat sesuatu yang mencurigakan, tolong beri tahunya agar memaklumkannya segera kepada kami. Terima kasih kerana memberi kerjasama pada kami. Kami pergi dulu." Dua pengawai polis itu menunduk lalu mengorak langkah pergi.

Taehyung melangakah mendekati jirannya itu.

"Soo noona, V hyung, apa yang jadi? Kenapa pintu rumah Taehyung boleh terbuka? Kenapa polis datang? Mana Nara?" Taehyung menyoal pasangan suami isteri dihadapannya itu. Soo dan V memandang antara satu sama lain. Keluhan dilepaskan.

"Noona minta maaf Taehyung." Soo mula menunduk. Dia terasa amat bersalah dalam dirinya. V pula mengusap bahu isterinya itu.

"Kenapa noona minta maaf? Apa yang terjadi?" Taehyung menyoal sekali lagi dengan bingungnya. Begitu juga dengan Jungkook dan Byul.

V memandang Taehyung. Dia menarik nafas lalu menghembusnya semula sebelum menjelaskan perkara yang sebenar kepada jirannya itu.

"Nara kena culik."

TBC

Huwaaa!! Sian Nara kena culik..Dahlah dia tak sihat
(ू˃̣̣̣̣̣̣︿˂̣̣̣̣̣̣ ू)

Vote and comment after reading ❤

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now