🏠27🏠

2.3K 294 29
                                    


~Choi Nara~

"Apa ke bangang sangat kau ni? Dah sah sah baju Lee Dong Wook tu berdarah. Mestilah dia yang bunuh. Kau tak leh nak fikir ke?" Aku memarahi pelakon utama drama Stranger From Hell lakonan abang grim reaper kita.

Sesungguhnya kalau nak tonton drama itu, ia memerlukan kesabaran dan keberanian serta kepintaran yang tinggi. Susah benar nak hadam watak Lee Dong Wook.

Jam yang menunjukkan pukul 11:30 minit malam aku hiraukan. Walaupun esok aku sekolah, tetapi demi drama yang thriller ni aku sanggup tidur lewat.

Klek

Nampaknya Kim Taehyung sudah ingat jalan pulang ke rumah. Ingatkan dia sesat tadi. Baru pelan nak report polis.

Melihat keadaannya yang masuk ke rumah dengan keadaan yang tidak terurus membuatkan aku menyoal seribu satu soalan di dalam otak.

Manakan tidak, dengan rambut serabai, bawah mata bengkak, mata pun merah berair, hidung merah. Muka pun nampak sedih tak bermaya saja. Tak pernah aku nampak Kim Taehyung versi muram.

Dia nangis ke? Tapi kenapa?

Disebabkan perasaan ingin tahu yang berkobar kobar, aku melangkah ke arahnya yang masih berdiri membelakangi pintu rumah.

"Taehyung. Kau okay tak?" Aku menyoal lalu secara perlahan menyentuh bahunya. Dia tidak menjawab namun kepalanya menunduk memandang lantai.

Sekarang ni aku kat depan dia bukan kat lantai!

"Taehyung, aku tanya kau ni. Kau okay tak? Kalau ada masalah, sharelah dengan aku. Aku sudi mendengar masalah kau. Kau nangis ke?" Soalku lagi.

And yes! Soalanku kali kedua dapat mengangkat mukanya dari lantai.

Dia menatapku dengan pandangan sayu bersama dengan matanya yang ingin memecahkan empangan air mata.

"Taehyung, kau—

"Aku tak nak berpisah dengan kau Nara."

Aku terkedu dengan perilaku dan ayatnya. Taehyung memelukku erat. Bahunya yang sedikit terhinjut menunjukkan bahawa lelaki itu sedang menangis.

Aku menepuk perlahan belakangnya untuk tujuan menenagkannya. Apa yang berlaku sampai Taehyung jadi begini?

"Kenapa ni? Kongsilah dengan aku." Pujukku perlahan. Taehyung masih diam memelukku.

Aku merungkaikan pelukkan kami. Lengannya aku tarik untuk duduk di sofa. Aku nak tahu masalah dia.

"Ceritalah masalah kau. Mungkin aku boleh tolong."

Taehyung memandangku lemah tetapi matanya terselit sebuah harapan.

"Dalam masalah ni, aku rasa ada satu cara sahaja." Aku mula mengeluarkan cadangan aku.

Jujur aku kata, masalah Taehyung kali ini melibatkan keluarga jadi aku tidak boleh campur tangan secara melebih lainlah aku rapat dengan keluarganya.

"Apa caranya?" Taehyung menyoalku dengan senyuman.

"Aku rasa, better kita ikut cakap papa kau tu. Bukannya susah sangat pun." Aku mengeluarkan cadangan aku.

"No way! Kita takkan ikut cakap papa aku." Tolak Taehyung.

Aku pun pening sekarang ni. Si ayah minta aku keluar rumah. Si anak minta aku stay dalam rumah. Complicated gila.

"Kalau aku keluar pun, aku boleh tinggal di rumah Jungkook. Tak perlu la risau pasal aku." Terangku lagi.

"Kalau Jungkook kata tak boleh tinggal dengan dia, kau nak tinggal dengan siapa?"

"Byul."

"Kalau Byul tak boleh?"

"Aku pindah ke Jeju tinggal dengan halmonie."

Terus terdiam Taehyung dibuatnya. Dia menyandarkan tubuhnya di sofa. Matanya tidak lepas memandangku.

"Aku nak kau selalu ada bersama aku. Selalu berada berdekatan aku di sekolah dan di rumah. Setiap masa." Katanya lembut.

Namun, kata kata lembutnya itu mampu membuatkan jantungku berdegup laju. Mengapa?

❤❤❤

~Kim Taehyung~

Aku keluar dari bilik air dengan badan yang sudah disarungkan baju. Aku berjalan lemah ke arah bilikku.

Uhuk! Uhuk!

Batuk lagi! Sudah beberapa kali aku batuk untuk hari ini. Badan pun terasa lemah saja. Sarapan tadi pun aku jamah sedikit. Tak ada selera.

Uhuk! Uhuk!

Aku merebahkan diri di atas katil. Sekarang aku hanya mahu tidur saja. Tangan aku letak di atas dahi.

Patutlah aku batuk. Dahi aku panas. Mesti aku nak demam.

Aku memejamkan mata dengan niat ingin melayari alam mimpi dan berharap agar kekasih hati menjelma di sana.

Dreams World wait for me!

20 minutes later...

Dan ya. Aku masih lagi tidak tidur. Ini semua salah batuk. Aku ingin pergi ke dapur untuk minum tapi aku tak mempunyai tenaga. Kaki rasa berat saja untuk melangkah.

Badan aku terasa lebih lemah.

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Aku mencapai telefon pintar disebelahku. Contact Nara aku tekan.

Tutt...Tutt...Tutt

"Annyeong! Kau nak apa kacau aku kerja ni?"

"Nara, tolong belikan panadol, aku rasa aku demam la."

"Demam? Okay aku on the way balik sekarang. Jangan mati lagi tau!"

"Kau ingat aku nak—

Tutt!

Tak guna punya housemate! Boleh dia letak panggilan aku. Nasib aku sayang kau.

Aku merebahkan diri di atas katil semula.

Okay aku on the way balik sekarang.

Caring juga Nara kat aku. Ni yang membuatkan aku berbunga bunga sakura dalam hati. Nara sebenarnya sweet tapi dia sendiri tak sederi akan hal itu.

Dengan pergaduhan manja yang selalu terletus, telatah comel yang mampu membuatkan semua orang pengsan, sifat degil dia.

Tak pelik kenapa semua pelajar sukakan dia. She's too unique.

Kalau dulu, sewaktu zaman percintaan bodoh aku dengan Hanee, jika aku demam, alasan yang diberikan adalah

"You demam biasa je. Boleh je kot pergi sendiri beli ubat kat farmasi. Bukannya jauh pun. I ada kerja ni! Bye!"

Tak berperikemanusiaan betul perempuan tu. Nasib aku putus dah dengan dia.

TBC

Hai korang 💕❤ Amacam chap kali ni? Bosan ke merapu? Ke tak best? Sha baca rasa kosong jer. Okay tak?

Votement after reading my love❤😘








[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now