🏠16🏠

2.6K 271 33
                                    

~Kim Taehyung~

"Explain to me now!" Suara Nara membuatkan usikkan aku terhenti. Aku memandang mukanya serius.

"Baiklah dengan ini saya, Kim Taehyung, akan menceritakan sega—

"Kau boleh tak jangan main main?! Aku lapar sial!" Bentaknya kuat.

Baru nak main main dengan dia. Perempuan kalau tengah lapar memang macam singa eh? Singa singa pun comel jugak.

Eh?

"Kau termenungkan apa tu? Bini nombor dua ke?" Katanya memotong lamunan tak didugaku.

"Sejak bila aku ada bini sampai dua ni? Mental kau koyak ke macam mana ni?" Soalku dengan kening yang terangkat. Sesuka hati dia saja kata aku ada bini. Aku ni jejaka single yang panas di pasaran tahu tak?

"Bini kau yang pertama bernama Jo Hanee. Bini kau yang kedua bernama Kim Soo." Balasnya selamba. Memang nak tempah maut betul lah dia ni.

"Sampai dunia ni hancur pun aku takkan terima si sundal tu jadi bini aku. And one more thing, aku rasa mulut aku dah penat bagitau kau yang jiran sebelah kita tu dah berkahwin. Aku ulang sekali lagi. KIM SOO DAH DIIJABKABULKAN BERSAMA DENGAN V KIM. Dah lepasni tiada siaran ulangan tentang hal ni." Jelas ku panjang lebar. Kadang kadang geram jugak aku dengan perangai Nara ni.

"Ah lantaklah apa apa pun. Cepatlah cerita. Aku lapar ni." Rengeknya macam budak budak.

"Kalau kau lapar, kau makanlah burger yang ada kat tangan kau. Sambil makan sambil dengar." Kata aku sambil menutup zip beg aku yang terbuka.

"Kau dapat mana burger ni?" Soalnya. Kedengaran seperti dia ragu ragu untuk menerima.

"Oh, tu Jungkook yang beli. Dia minta aku simpankan." Kata aku. Terus riak wajahnya bertukar ceria.

"Kalau Jungkook punya aku makan! Kalau kau punya aku buang dalam tong sampah." Jawabnya sambil membuka bungkusan kertas yang membalut isi makanan itu.

Bukan main seronok ye kau makan Jungkook punya makanan.

"Macam ni ceritanya. Aku tengah tunggu Bangtan kat bawah pokok ni. Sedang seronok aku lepak kat sini, datanglah minah sundal tu kat aku. Duduk berkepit kepit pula tu. Dia tanya lah aku macam macam soalan and aku balas acuh tak acuh je. Dengan selamba badak hitamnya dia nak duduk dengan aku sampailah orang yang aku tunggu datang." Aku berhenti seketika untuk mengambil nafas. Nara mendengar cerita aku dengan muka polosnya sambil menguyah makanan. Habis kembung pipinya.

Aku cubit jugak pipi tu nanti

"Kemudian Namjoon chat aku kata yang dia dengan ahli yang lain kena kejar dengan Sir Baek. Memang lambat lagi lah aku kena berdua duaan dengan minah tu. Sedang aku berfikir idea untuk halau perempuan tu dari menyemak kat sebelah aku, kau dan Byul jalan melintasi hadapan aku. Aku tak fikir banyak so aku terus panggil nama Byul. Lepastu—

"Lepastu terjadinya drama Akasia yang tak berbayar dibintangi oleh Kim Taehyung dan Choi Nara." Sampuk Nara. Aku tersenyum memandang wajah cemberutnya.

"Lepasni, kalau si Hanee tu datang nak goda aku lagi, aku akan jadikan kau as my heroin." Kata aku sambil memandangnya.

"Tak nak aku. Kau ingat aku ni pelakon teater ke?"

"Bolehlah~"

Nara masih senyap. Dia setuju ke tak ni?

"Kalau kau setuju, aku akan bawa kau makan kat luar."

"....."

"Kalau kau setuju, aku akan hadiahkan benda mahal mahal kat kau."

"....."

"Kau nak apa sebagai balasan?" Terus Nara berpusing menghadapku.

"Aku nak~" Nara mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuk sambil mata melirik ke arah aku.

Oh no! Jangan dia minta nak wrestling dengan aku sudah. Hancur muka aku dibuatnya. Nara ni bukan boleh dibuat main. Sekali dia buka langkah Taekwondo dia, habis rosak muka handsome aku.

"Aku nak kau belanja aku majalah paranormal mistik setiap edisi terbaharu pada setiap bulan. Deal?"

Yang tu je dia minta? Dalam banyak banyak benda yang ada kat dunia ni, dia minta majalah murah tu je?

"Setakat majalah murah tu aku boleh belikan kau setiap hari okay. Deal!"

❤❤❤

"Nara!" Aku menjerit memanggil nama Nara di hadapan pintu biliknya.

"Apa kau nak ni alien? Memekak je memanjang." Nara membuka pintu bilik sambil tangan sedang menggosok matanya. Aku kacau tidur dia nampaknya.

"Teman aku!"

"Teman pergi mana?" Soalnya dalam keadaan separuh sedar. Tangannya sekarang beralih ke pipi. Digarunya pipi itu lembut.

"Jalan jalan kat taman bawah. Aku bosan." Pinta ku dengan kedua belah tangan digenggam di hadapan dada.

"Jalan jalan? Sekarang pukul berapa?"

"5:30 pagi!"

"KAU GILA KE?!!"

Dengan spontan aku terus menutup kedua belah telingaku. Berdesing dalam koklea telinga. High note kalah Jimin Bangtan Boys.

Nara mencerlung tajam ke arah aku.

"Kau kejutkan aku yang sedang sedap diulik mimpi semata mata nak suruh aku teman kau jalan jalan kat taman pada pukul 5:30 pagi." Katanya bersama senyuman yang agak mengerikan.

Okay I'm scared with that smile.

"Nara, k-kau okay tak?" Aku berundur ke belakang apabila Nara mula melangkah ke hadapan. Lagi aku berundur, lagi dia maju ke hadapan. Sampailah belakang badan aku tercium dengan pintu bilikku.

Kacau line la pintu ni!

"Kau tahu tak apa yang aku buat untuk orang yang ganggu tidur aku?" Soalnya lembut namun kedengaran ngeri di cuping telinga aku.

Jantung aku berdegup kencang apabila menyedari kedudukan kami sangat rapat.

Jantung, kau memang cari nahas dengan aku sekarang.

"Nara, kau jangan macam mac–Arghhhhhhh!"

"Itu 'hadiah' khas dari aku."

To be continue

Hai para pembaca yang sha memang sayang ketat ketat❤okay tak chap kali nii..sha pon rasa chap ni cam belalang je

Votement after reading guys...

Sayang korang 😘






[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now