🏠12🏠

2.7K 289 42
                                    

Aku melambai ke arah kereta Jungkook yang sedang meluncur di jalan raya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melambai ke arah kereta Jungkook yang sedang meluncur di jalan raya. Seronok betul budak tu dapat makan free. Habis duit aku dibuatnya. Mana taknya, lepas makan bulgogi, dia boleh pulak pesan ice cream.

Nasiblah kau bermakna dalam hidup aku.

Aku melangkah masuk ke dalam ruang rumah sewa aku. Pegangan aku pada pemegang beg kertas aku kemaskan. Aku plan nak bermanja dengan katilku petang ni.

"Kau pergi mana?"

"Arghhhhhhh!" Kaki secara spontan menyepak lutut manusia di hadapan aku.

"Sakitlah pabo!" Adu Taehyung sambil memegang lututnya. Sakit kan? Berani kau sergah aku.

"Sapa suruh kau jadi jembalang belakang aku. Sedap kena 'hadiah' dengan aku?" Taehyung menjeling aku selepas mendengar soalan perlianku.

"Kau dari mana ni? Dengan beg kertas ni? Shopping?" Soalnya.

Shopping? Euw!

"Aku beli barang dapur la. Aku nak masak makan malam nanti. Perut aku perlu diisi pada masanya. Tepi aku nak jalan." Jelasku sambil kakiku menyepak sedikit sisi buku lali Taehyung. Maklumlah kedua dua tangan aku diperlukan untuk memegang beg kertas ni.

Taehyung beralih sedikit memberi ruang untuk aku menuju ke dapur.

"Kau pergi sorang ke?"

"Aku pergi dengan Jungkook."

Kening Taehyung berkerut seribu. Boleh nampak yang dia pelik dengan pernyataan aku.

"Jungkook? Jeon Jungkook?" Aku mengangguk sebagai balasan kepada soalan Taehyung.

"Jeon Jungkook tablemate aku tu?"

Aku mengangguk.

"Jeon Jungkook ahli group Bangtan?"

Aku mengangguk. Berapa banyak soalan yang dia nak tanya ni?

"Jeon Jungkook yang selalu—

"Kau ada kenal lagi ke Jeon Jungkook selain tablemate kau? Kalau ada cubalah perkenalkan kat aku." Kataku tanpa beriak. Habis tergendala kerja aku ingin menyusun barang dapur ke tempat yang sepatutnya.

"Kau keluar dengan Jungkook?! Serius la?!" Soalnya tidak percaya.

"Kau ada nampak muka aku macam tipu ke?" Soal aku pula lalu jari telunjuk dihalakan tepat pada wajah aku.

"Tak sangka Jungkook keluar dengan kau wey. Selalunya dia tolak permintaan nak dating dengan perempuan ni. Kau ada sesuatu ke dengan dia?" Soal Taehyung. Keningnya dijongketkan sebelah dan bibirnya tersengih senget. Creepy gila muka dia sekarang.

"Kalau ada pun kenapa? Kau jealous?" Kening aku angkat sebelah, tangan aku lipatkan dihadapan dada, muka ku tayang tanpa riak. Sudah cukup untuk menunjukkan aku menyampah dengan dia sekarang.

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now