🏠FINAL🏠

3.1K 280 123
                                    

2 bulan kemudian...

"Kim Nara! Im Byul! Berhenti berlari sekarang!" Arah Park Bogum, pengawas sekolah yang sedang berlari mengejar dua orang wanita di hadapannya.

"Kau gila ke nak berhenti?! Nanti dapatlah kau tangkap kami!" Tempik Nara sambil berlari.

"Betul tu. Bangang punya pengawas." Tambah Byul lagi.

Pandangan murid lain terhadap mereka bertiga dihiraukan. Yang penting sekali mereka perlu terlepas daripada Park Bogum. Kalau tidak, malapetakalah mereka akan berjumpa pihak kaunseling.

"Wey Nara. Aku tak larat dah nak lari. Nak dekat sejam kita main benda ni. Dia tak penat ke? Mentang mentang cikgu tak dak bolehlah dia buat sesuka hati?" Keluh Byul.

"Aku pun penat juga. Kita cari Bangtan." Balas Nara lalu mereka berlari membelok simpang ke arah kantin.

~Kim Taehyung~

"Sebab tu lah kau kena pikat awek tu cepat cepat! Takut dikebas." Nasihat Hoseok pada Jimin.

"Susahlah wey. Dia tu jenis yang tak pandang lelaki." Keluh Jimin sambil bermain dengan air minumannya dengan straw.

"Orang selalu kata play hard to get. So kau usahalah keras sikit." Tambah Namjoon pula.

"Tapi aku tertanya tanya juga. Crush kau kali ni tak pandang lelaki. Habis tu dia pandang siapa?" Soalku curiga.

"Dia pandang perempuan." Terus tersedak aku dibuatnya. Bukan aku saja. Lagi 5 pun tersedak juga.

"Kalau dia pandang perempuan means that

"Yes dia lesbian." Semua ternganga dengan jawapan Jimin.

Biar benar dia suka pada seseorang yang lesbian? Gila ke apa?

"Macam mana kau boleh suka pada lesbian ni?" Soal Jungkook hairan.

"Body dia lawa wey. Aku suka." Dengan itu serentak kami berenam menepuk dahi.

"Aku rasa kau kena ubah cara kau jatuh cinta la." Ujar Seokjin sambil menggeleng kepala.

"Betul tu wey. Takkan la kau nak jatuh cinta sebab body and rupa? Tak bahagia kau bila kahwin nanti. Kenalah tengok pada hati dia sama." Kata aku kali ni.

"Kau tak apalah dah kahwin. Dah jadi suami orang." Balas Jimin dengan cemberutnya. Aku hanya tersenyum bangga.

"Well, aku bahagia sekarang. Nak buat macam mana."

"Tapikan aku—

Belum sempat Yoongi menyambung katanya, kami ternampak kelibat Nara dan Byul berlari dengan lajunya ke arah belakang kami. Terus mereka bertinggung di bawah.

"Yang dua orang ni dah kenapa?" Soal Namjoon.

"Kalau Bogum tu tanya mana kami, kata kami hilang tau." Kata Nara tercungap cungap. Begitu juga dengan Byul.

"Kenapa pula—

"Ada nampak Nara dengan Byul tak?" Serentak kami menoleh ke arah Bogum yang sedang tercungap cungap juga.

"Entah, kami pun tak tahu mereka hilang ke mana." Jawab Seokjin tenang.

"Aduhai! Bini kau dengan si Byul tu betul betul menyusahkan aku la!" Marah Bogum.

Apa pula dah Nara buat kali ni? Buas sungguh isteri aku.

"Kalau jumpa dua ekor tu kata kat mereka datang bilik kaunseling." Pesan Bogum.

"Kenapa tak pergi bilik disiplin ja?"

"Sebab salah mereka kali ni bukan dalam kes disiplin." Seusai saja dia mengatakan itu, Bogum berlari meninggalkan kami.

"Bubblegum tu dah pergi ke?" Soal Byul sambil kepalanya terjengul jengul sedikit ke atas.

"Dah. Korang boleh keluar sekarang." Jawab Jungkook. Terus mereka berdua menghela nafas lega lalu bangun untuk duduk di atas bangku. Byul di sebelah Jimin berhadapan Jungkook manakala Nara di sebelah aku.

"Korang buat apa kali ni sampai Bogum kena kejar?" Soal Seokjin ingin tahu.

"Kami maki bubblegum tu face to face." Jawab Nara lalu menyedut air minuman aku.

Eh, dia ni. Sesuka hati je.

"Korang memang tak ada kerja eh? Yang pergi maki dia dah kenapa?"

"Kami bosan dalam kelas. Cikgu pula sibuk dengan kursus akhir. Kebetulan dia lintas depan kelas tadi. So, kami pun maki je lah dia." Jawab Byul pula.

"Kenapa muka anak Park ni muram semacam je?" Soal Nara.

"Dia jatuh cinta dengan body seorang lesbian."

"Biar kebenaran ini semua?! Dengan lesbian?! Jijik gila taste kau pendek." Bidas Byul.

"Biarlah! Sibuk je." Makin cemberut wajah Jimin jadinya.

"Kook. Aku dengar rumor kau dengan Byul nak bertunang bulan depan. Betul ke?" Tanya Hoseok. Kini semua mata memandang ke arah Jungkook yang sedang tersenyum malu itu.

Makin lama dia bercinta dengan Byul, makin gedik pula perangai dia.

"Eomma aku yang suruh. Aku just ikutkan saja. Maklumlah, seorang anak yang baik akan ikut semua permintaan ibunya."

"Bukan kau ke yang suruh eomma tunangkan kita bulan depan?" Kali ni kami memandang Jungkook dengan senyuman mengusik.

Nampak sangat Jungkook tak sabar nak kahwin.

"Biarlah kahwin lambat ke cepat ke, yang menjamin kebahagiaan rumah tangga ialah keikhlasan, kepercayaan dan perasaan cinta antara satu sama lain. Betul tak Nara?" Aku merangkul bahu Nara seraya merapatkan lagi jarak kami sehingga berlanggar bahu.

"Betul tu. Tanpa semua tu, tak wujudnya kebahagiaan." Nara melentokkan kepalanya dia bahuku lalu pinggangku dipeluk kemas olehnya.

"Saranghae Kim Taehyung."

"Nado saranghae Kim Nara."

Dan itulah kisah aku dan sang isteri. Tak dapat diungkap betapa bahagianya aku sekarang dengan adanya Nara di sisiku buat selamanya. Dan aku harap sangat kebahagiaan ini berkekalan sehingga tamat hayat aku tanpa sebarang gangguan.

Cerita tentang gangguan, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Hyun Bin dimasukkan ke dalam hospital gila akibat gangguan mental. Semasa dapat berita tu, akulah yang paling happy sekali. Puas hati aku. Padan muka dia!

Hanee pula, entahlah. Dengar kata yang dia sedang bercinta dengan sugar daddy. Biarlah kat dia. Asalkan dia tak ganggu rumah tangga aku sudah.

Nara pula, sudah semestinya menjadi isteri yang paling aku sayang sekali. Tanpa dia di sisi, boleh meroyan aku. Terima kasih juga kepada mama papa dan parents Jungkook yang telah menyatukan kami.

Siapa sangka, daripada housemate yang dijangkakan hanya sementara, telah pun menjadi housemate yang kekal bersama.

I love you forever my housemate, Kim Nara.

The End

Dengan ini, My Housemate melabuhkan tirai

Terima kasih kepada korang yang sudi comments and vote story yang tak seberapa ini. Thank you so much!✨






🍭Any last comment for this story?🍭

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now