🏠48🏠

2.2K 257 6
                                    

~Kim Taehyung~

"Wey Alien! Asal kau ni lembab sangat? Cepatlah ikat tali kasut tu!" Nara menjerit lantang di hadapan pintu.

"Sabarlah sikit." Aku merengus kasar sambil tanganku ligat mengikat tali kasut sebagai pemati.

Aku ikat pusing, tak jadi

Aku ikat simpul, tak jadi

Aku ikat berbelit pun, tak jadi

Tali kasut ni memang nak cari masalah ke dengan aku?

Sedang aku berusaha mengikat, tiba tiba sebuah tangan datang merampas tali itu dari pegangan aku. Aku memandang gerangannya.

"Nak ikat tali kasut pun tak reti. Macam budak budak!" Rungut Nara. Aku menayangkan boxy smile padanya.

"Nasib kau boyfriend aku. Kalau tak, dah lama aku sepak kau guna kasut bola." Kata Nara. Lagi lebar aku menayangkan boxy smile.

"Aku tahulah kau comel tapi sekarang aku kena gerak ke cafe sekarang. Nanti lori stok barang kering nak sampai. Aku kena ada untuk memastikan semua barang yang dihantar cukup dan berada di dalam keadaan yang baik." Pipiku dicubit olehnya.

"Baru nak bermanja dengan kau."

"Tak payah nak mengada boleh tak? Jangan sampai aku sumbat penumbuk aku di dalam mulut kau." Lantang Nara bersuara. Aku mencebik lalu bangun pergi ke arah lif untuk turun ke parking kereta di bawah.

Akhirnya, aku berjaya jadikan Nara sebagai girlfriend aku. Walaupun kami berdua sudah berhubungan namun cara kami masih sama. Nara masih berkasar dan aku masih lagi menjadi seseorang yang annoying dalam hidupnya.

Nama panggilan? Biarlah kami menggunakan 'kau aku' dahulu sebelum menukarnya kepada panggilan yang lebih manja dan sweet. Setakat 'saya awak' pun mampu membuatkan Nara geli, apatah pula nak minta dia panggil aku dengan nama 'oppa', 'sayang' dan sebagainya. Sudah pasti muntah pelangi jadinya.

Secara perlahan aku akan ubah semua kegelian Nara mengenai konsep dan cara cara couple itu kepada perkara biasa buatnya.

❤❤❤

"Kenapa lewat masuk kerja?! Kau ingat cafe ni milik kau ke? Gaji kau un—

"Aku dah tahu dah Nara ni boss kat sini. Kau boleh stop lakonan kau sekarang." Aku memotong kata kata Jaemin sebelum ia melarat lebih lagi.

"Jinjja?!"

"Halmonie aku bagi tahu pada dia." Jelas Nara. Jaemin menangguk faham.

"Stok barang sampai tak lagi?"

"Belum. Lori tu sampai pukul 1 petang nanti. Sekarang kau bolehlah melepak kat bilik kerja kau dulu. Nanti dah sampai aku call kau." Jawab Jaemin.

"Kau nak stay bawah ke atau ikut aku naik pejabat?"

"Mestilah nak naik pejabat kau. Kalau stay bawah pun buat apa? Bukannya ada muka kau pun." Jawab aku bersama sengihan. Nara menangguk lalu berlalu ke arah satu tangga yang terletak di hujung cafe. Aku mengikutnya.

"Tada! Inilah bilik office aku yang tak seberapa ini." Nara mendepakan tangan menunjukkan bilik pejabatnya.

" Nara mendepakan tangan menunjukkan bilik pejabatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Boleh tahan juga dekorasi bilik pejabat Nara. Kena dengan perangai tuannya yang amat tidak sukakan warna cerah kecuali warna pastel dan warna putih.

Kecil tapi selesa

Aku mengambil tempat duduk di kerusi coklat yang terletak di sudut bilik manakala Nara duduk berhadapan dengan laptopnya.

Laptop dihidupkan maka terpancarlah beberapa PowerPoint yang dicorakkan dengan garis lintang dan anak panah. Mungkin untuk mencatat dan merekod keuntungan dan beberapa hal lagi mengenai cafenya.

Nara sibuk menaip manakala aku hanya menjadi pemerhati di belakangnya. Mengikut pemerhatian aku, Nara berpontensi mengambil alih tugas mendiang ayahnya dengan mudah kerana tugasnya sekarang sama saja dengan tugas seorang CEO bezanya ada beberapa hal lagi yang dia perlu belajar contohnya menandatangani dokumen keuntungan, mencari partner share dan sebagainya yang aku sendiri belum tahu lagi.

Aku hanya pernah dengar dan lihat saja bagaimana dan apa yang papa aku buat di office dan di bilik pejabatnya di rumah. Selebihnya aku hanya endahkan. Namun sekarang, aku juga perlu ambil tahu dan serius pasal hal ini.

Yalah, aku bakal mengambil alih tempat papa sebagai CEO  Kim's Company. Aku cukup tak suka jawatan tu tapi disebabkan papa, terpaksalah aku turuti.

"Kau nak makan apa apa tak? Dari tadi perhati aku je. Tak juling ke mata tu?" Kata Nara dengan mata yang masih melekat pada skrin laptop.

"Kalau aku nak makan kau bo—

"Kalau nak makan penendang aku boleh je. Secara free aku bagi." Nara berpusing menghadap aku bersama senyuman sinis di bibir.

"Bergurau sajalah. Aku tak nak apa apa pun. Lepas kerja kau dah selesai semuanya, kita makan bersama. Arra?" Balasku.

"Kenapa pula nak tunggu aku? Kau makan je la dulu. Kerja aku mungkin banyak yang perlu disiapkan."

"Aku tak kisah kerja kau sikit ke, banyak ke, yang pasti aku nak makan bersama kau." Balasku pula kali ini.

"Walaupun kerja aku sampai larut malam?"

"Yes!"

"Because?"

"You're my girlfriend!" Aku menjawab gembira. Nara turut tersenyum.

"Arra. Kau tunggu sekejap. Aku siapkan laporan dahulu. Kemudian kita makan bersama. Kau nak makan di bawah atau di dalam bilik ni?" Soal Nara.

"Aku nak makan berdua duaan dengan kau tanpa sebarang gangguan atau apa apa saja yang boleh mengganggu. Jadi, kita makan di sini."

TBC

Tae dah mula tunjuk gedik tapi Nara masih keras. Entah apalah nak jadi dgn ff ni pun sha tak tahu.

Vote and comment after reading💕

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now