🏠11🏠

2.9K 305 110
                                    

Aku sorang je ke or memang tae punya posing macam maknyah?😅

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku sorang je ke or memang tae punya posing macam maknyah?😅

💜💜💜

~Kim Taehyung~

Aku menggosok mataku yang terasa ingin tertutup semula. Pagi pagi cuti ni kalau tidur lagi memang best! Tapi disebabkan aku ni lelaki yang menjadi idaman semua, so aku kena bangun awal.

Aku meregangkan otot sendi aku. Lega! Aku melompat turun katil lalu bergerak keluar bilik. Mandi? Nantilah. Aku berdiri tegak membelakangi pintu bilikku. Mataku tertumpu pada bilik dihadapanku.

Nara tak bangun lagi?

Tiba tiba, hidungku menangkap satu bau enak datang dari arah dapur. Ada orang memasak ke? Aku berjalan menuju dapur dan benda pertama yang aku lihat adalah

Bibimbap!

Korang tahu bibimbap tu apa? Kalau tak tahu meh aku abang Tae terangkan.

Bibimbap  bermaksud nasi campur. Semangkuk bibimbap ada daging, sayur rebus, rumput laut, hirisan sayur dan telur separuh masak. Sebagai pelengkap rasa, ia disajikan bersama gochujang yang bermaksud pasta pedas dan doenjang iaitu kicap Korea. Bibimbap kalau makan di pagi hari memang dapat memberikan tenaga pada kita.

Sekian penerangan dari abang Tae.

Aku melihat semangkup bibimbap di atas meja dan sebelahnya terletak secawan hot chocolate. Sapa punya ni?

Gru gru gru

Apabila mata di sapa dengan makanan maka benda pertama yang dirasa adalah konsert dalam perut sendiri. Aku menarik kerusi dan duduk. Aku lihat bibimbap di hadapan aku.

Nak makan ke tak?

Makan je lah. Rezeki ni. Tanpa rasa bersalah aku makan bibimbap itu. Fuh! Sedap gila! Nikmat kesedapannya tidak dapat diungkapkan dengan kata kata. It's too good.

"Kau buat apa tu?!"

Uhuk! Uhuk!

Dengan segera aku meneguk hot chocolate. Manusia mana yang tak beradab datang sergah aku ni? Sampai tersedak aku dibuatnya.

Ni tak lain tak bukan mesti housemate gila aku.

"Aku makan. Ada masalah?" Soalku dengan kening terangkat sebelah. Nara memandangku tajam. Makan pun salah ke?

"Kau makan makanan aku dah kenapa?! Penat aku masak tahu tak?!" Marah Nara.

Dia masak? Serius la? Wujud lagi ke yeoja muda yang pandai masak? Bukan pupus dah ke?

"Kau masak?"

"Iyalah! Takkan la penunggu rumah ni kot?" Dia main penunggu pulak. Ada sungguh baru tahu.

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now