🏠30🏠

2.4K 288 109
                                    

"Tipu!" Tuan Kim membentak keras dengan kenyataan Nara. Puan Kim pula tercengang. Dia sendiri keliru.

"Apa pula tipu? Saya memang Choi Nara. Eomma appa saya yang bagi nama tu. Tuan tak percaya? Ni buktinya." Nara mengeluarkan kad pengenalannya lalu menayangkannya di hadapan Tuan dan Puan Kim.

"T-tak mungkin semua ni." Tergagap Puan Kim apabila melihatnya. Taehyung mula memandang mamanya pelik.

"Mama okay ke?" Soal Taehyung risau.

"Kamu Choi Nara? Cucu Puan Jeon?" Soal Puan Kim. Berkerut dahi Nara dibuatnya.

"Ya. Saya memang cucu Puan Jeon. Nama merga eomma saya Jeon Eun Ra." Kata Nara. Membuntang mata Tuan Kim mendengarnya.

"Mustahil. Kau dah mati! Kau sapa?! Roh?!" Tuan Kim separa menjerit memarahi Nara. Dia mula berundur setapak ke belakang.

"Roh? Mati? Sejak bila kau mati Nara? Kau tak pernah bagi tahu aku pun yang kau ni roh jelmaan. Selama ni aku tinggal dengan–Aduhh!" Taehyung mengosok sisi kepalanya.

"Agak agaklah nak cakap pun. Ada ke roh yang makan makanan manusia? Ada ke roh yang mempunyai alahan?" Nara beriak poker face pada Taehyung yang dari tadi menjelingnya tajam.

"Apa yang membuatkan Tuan dan Puan fikir macam tu. Setahu saya yang mati adalah eomma dan appa saya. Saya masih hidup lagi." Kata Nara kepada dua insan yang saling menjauhinya.

"Kau roh kan? Kau kemalangan 8 tahun lepas!" Tuan Kim membalas soalan Nara. Bertambah kerut dahi Nara dibuatnya.

"Memang betul saya pernah kemalangan tetapi saya tak mati lagi. Lepas saja saya sedar, terus halmonie saya bawa saya ke Jeju. Katanya tempat ni tak selamat." Nara menjawab dengan muka polosnya.

"Siapa nama halmonie kamu?"

"Jeon Hye Kyung."

Terus saja Tuan Kim menerpa ke arah Nara tanpa amaran. Dia memandang anak mata Nara. Taehyung di situ mula hairan. Apa yang terjadi?

"Kalau kau Choi Nara, tunjunkkan rantai pemberian mendiang Choi Na Jin." Arah Tuan Kim sambil memandang tajam ke arah Nara.

"Rantai ni ke?" Nara menunjukkan seutas rantai yang tergantung kemas di lehernya.

Rantai emas yang mempunyai perhiasan huruf  'CNR' yang membawa maksud 'Choi Nara'.

Sekali lagi mata Tuan Kim membuntang luas.

"Memang benar kamu Choi Nara. Permata." Tuan Kim berkata. Terkejut Puan Kim jadinya. Terus dia mendekati Nara lantas rantai leher milik Nara dia lihat.

"Permata? Apa yang permata? Saya manusia la." Soal Nara bingung.

"Apa yang papa cuba sampaikan?" Soal Taehyung pula.

"Choi Nara. Kamu permata keluarga Kim. Pembawa pewaris seterusnya kepada keluarga Kim." Spontan saja ayat itu keluar dari mulut Tuan Kim. Setitis air mata gembira tumpah membasahi pipi.

Tuan Kim tidak mampu membendung rasa rindu di dalam hati. Terus saja dia menarik tubuh badan Nara ke dalam pelukkannya. Puan Kim turut memeluknya.

Nara dan Taehyung terperanjat besar dengan kelakuaan dua orang tua itu. Bermacam macam soalan bermain di minda mereka.

Pelukkan dilepaskan. Suami isteri itu menatap Nara dengan senyuman yang lebar.

"Kenapa Tuan dan Puan peluk saya?" Soal Nara.

"Kamu tak ingat kami Nara?" Soal Puan Kim sambil menyentuh pipi Nara. Nara menggeleng perlahan.

"Kami penjaga kamu sejak umur kamu 2 tahun lagi." Tangan Tuan Kim naik mengusap lembut kepala Nara. Dia benar benar rindu akan gadis itu.

"P-penjaga?" Tergagap Nara menuturkan soalannya. Puan dan Tuan Kim mengangguk.

'Nara sayang. Sini duduk dengan mama papa.'

'Nara jangan nakal nakal tau. Nanti papa tak nak beli hadiah dekat Nara.'

'Omo! Nara dah genap 8 tahun hari ni. Happy birthday sayang mama.'

'Nara jangan main dekat dekat dengan jalan raya tau. Bahaya.'

'Nara elak!'

'Nara!'

Mata Nara terasa hangat setelah mendengar dua suara yang terlintas di pemikirannya secara tiba tiba. Secara tak langsung, dia mendongak memandang Tuan dan Puan Kim dengan mata yang berkaca.

"Mama? Papa?"

Terus sahaja kepalanya terasa berpinar dan penglihatannya mulai kabur. Semakin lama, pandangannya mula gelap.

"Nara!"

"Kenapa baru sekarang Tae tahu yang dulu mama papa ada anak jagaan sewaktu Tae di Busan dulu?" Soal Taehyung kepada papanya memandangkan hanya Tuan Kim saja yang berada diruang tamu itu. Puan Kim pula sedang menjaga Nara yang pengsan di dalam bilik. Air oren yang dipegang diletakkan di atas meja ruang tamu itu.

"Tae tak pernah tanya, memanglah Tae tahu." Jawab Tuan Kim selamba.

"Sudahlah anak jagaan mama papa dulu tu Choi Nara. Housemate Tae yang papa nak halau sangat tu." Cemberut wajah Taehyung jadinya apabila mengenangkan perbahasan Nara dan papanya. Boleh nampak yang papanya memang nak Nara keluar dari rumah itu.

"Papa tak tahu. Kalau papa tahu housemate Tae tu Nara, mesti papa tak halau malah lagi gembira. Salah Tae juga sebab tak bagi tahu nama housemate Tae." Jawab Tuan Kim. Makin cemberut wajah Tae.

"Tae pulak disalahkan. Papa yang gelojoh tak siasat bagi habis. Pastu sesuka hati nak keluar arahan. Bak kata Nara, kalau nak keluarkan arahan, fikir guna otak dulu." Taehyung tersenyum senget memandang papanya yang mula menyampah dengan sikap annoyingnya.

"Perangai Nara macam mana kat rumah?" Soal Tuan Kim sambil melihat ke arah anaknya yang sedang meneguk air oren dengan rakus.

'Betul ke ni anak aku? Ke anak alien ni? Dahaga sungguh.'

"Perangai Nara kat rumah okay je. Dia selalu kemas rumah pada hujung minggu, masak breakfast, lunch and tea time. Dinner tu kadang kadang sebab kami malam malam keluar lepak dengan kawan. Cuma mulut dia je bermasalah." Terang Taehyung sehingga mengundang kerutan di dahi Tuan Kim.

"Apa yang masalahnya?"

"Mulut dia tu laser semacam. Kalau Tae bertengkar dengan dia sampai ke malam tak habis. Tapi selalunya dia yang mengalah." Kata Tae lalu tersenyum bangga.

"Nampaknya perangai Nara ikut eommanya. Mulutnya lagi tajam dari mata pedang. Kesian suaminya. Selalu terbunuh dengan kata kata pedasnya. " Cerita Tuan Kim lalu ketawa kecil.

"Tapi Nara punya mulut lagi—

"Awak! Tae! Nara dah sedar!"

TBC

Jeng jeng jeng! Dah reveal sapa Nara pada family tae..agak agak tae happy tak dapat tau semua ni? Ka dia murung sbb takut kasih sayang mak ayah dia lebih pada Nara?

Disebabkan sha kurang idea jadi chap ni memang hambar...sorry tau semua. Cita ni bukannya yang korang impikan like best..menarik...ni just a potato story

Vote and comment after reading guys💕❤

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now