🏠60🏠

2.2K 236 72
                                    

Tok tok tok

Hyun Bin memandang ke arah pintu bilik yang diketuk.

"Kacau betul la! Kau nak apa?!" Soal Hyun Bin kasar.

"Eomma dan appa tuan ada kirimkan hadiah untuk tuan." Hyun Bin menangguk lalu berjalan ke arah pintu bilik.

Dush!

Satu tumbukan diberikan pada muka Hyun Bin oleh Taehyung sebaik sahaja pintu terbuka.

"Itu hadiah kau jantan!"

Ditolak Hyun Bin ke belakang lalu ditumbuk wajahnya berkali kali sehingga jatuh terbaring. Bukan sahaja Taehyung malah Jungkook dan Bangtan juga turut menyertainya. Masing masing melepaskan geram dengan perangai gila Hyun Bin.

Tumbukan demi tumbukan, tendangan demi tendangan diberikan pada Hyun Bin sehingga lemah dia dibuatnya.

Byul pula masuk dan terus menerpa ke arah Nara yang terbaring lemah. Terkejut dia melihat Nara dalam keadaan sebegitu.

"Nara!"

Semua memandang ke arah Byul yang menjerit. Lantas sahaja mereka pergi ke arah katil itu.

Tak tertinggal, mereka juga turut terkejut melihat keadaan Nara yang tidak bermaya dengan lebam dan darah diserata wajah dan pakaian yang dipakainya.

"Nara sabar. Aku bawak kau ke hospital!" Belum sempat Taehyung ingin mengangkat Nara, lehernya dijerut dengan seutas tali guni yang tebal. Terdorong badannya ke belakang.

Tali dilepaskan lalu digantikan dengan sebilah pisau yang dilengkapkan betul betul di lehernya.

"Korang semua pergi! Dia hak aku seorang!" Jerit Hyun Bin lantang.

"Kau jangan jadi gila Hyun Bin!"

"Aku gila sebab Nara! Aku gila sebab dia! Sekarang aku nak korang keluar! Tinggalkan aku dan Nara! Kalau tak..."

Hyun ketawa sekejap sebelum menyambung ayatnya.

"Namchin bodoh dia ni akan mati dikelar."

Semua memandang Hyun Bin tajam. Ini dah melebih. Siap mengugut pula. Memang benar namja ni dah gila. Sifatnya yang terlalu obses dengan Nara telah membuatkan dia menjadi seorang yang psiko dan gila.

Disebabkan perasaan geram dan marah pada Taehyung, dia melepaskan barannya pada Nara.

"Hyun Bin, lepaskan dia. Dia tak bersalah." Ujar Nara lemah. Cuba meraih simpati pada Hyun Bin.

"Kau cakap dia tak bersalah? Kau silap! Dialah punca aku tak dapat memiliki kau! Kalau dia tak wujud kat dunia ni, sudah tentu kau jadi milik aku!" Bentaknya kuat.

"Eh, kalau Taehyung tak ada pun, Nara tak hamak la dekat kau! Siapa saja yang nak kau? Dah lah gila!" Bidas Byul tajam.

"AKU CAKAP KELUAR!" Pisau dileher makin rapat dengan permukaan kulit. Semua di situ mula berpeluh.

Bila bila masa saja leher Taehyung akan dikelar.

"Korang memang pekak kan? Tak sayang dengan nyawa kawan korang k-

"Letakkan pisau ke bawah! Anda ditahan! Menyerah diri!"

Tercengang Hyun Bin mendengar arahan itu. Belakang kepalanya dirasai terkena pada sesuatu.

Pistol.

"SIAL! KORANG PANGGIL POLIS!"

"Kami takkan datang ke sini tanpa membuat persediaan! Betul tak Jungkook?" Soal Taehyung lagak. Jungkook hanya nengangguk sambil tersenyum senget.

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now