Jarang sekali mereka berdua tidak menggembirakan hati ARMY❤
💜💜💜
~Author~
"Saya nak latte dan strawberry moist satu. Gomowa." Nara mencatat pesanan seorang perempuan.
"Nanti pesanan cik akan sampai. By the way, muka cik sangat flawless! Cemburu saya melihatnya." Kata Nara sebelum berjalan menuju ke jendela dapur. Diselitkan kata kata pujian kepada perempuan itu. Perempuan itu tersenyum malu mendengarnya.
Itulah salah satu 'adat' bagi cafe itu. Pekerja di sana akan memuji para pelanggan yang datang. Tidak pelik kenapa cafe Nara selalu menjadi tumpuan orang ramai kerana layanan itu.
"Eun Min! Order!" Panggilnya. Nara menyerahkan sehelai kertas yang telah ditulis beberapa pesanan.
"Okay! Nanti Hyuna hantarkan." Balas Eun Min lalu kembali semula ke alam masakkan.
Nara pergi ke arah kaunter. Menunggu pelanggan untuk membuat pembayaran. Cap yang terletak elok di kepala dia betulkan. Tepung yang ada pada baju cafe berwarna hitamnya dia sapu. Seluar slack hitam yang hampir terangkat dia jatuhkan semula.
Walaupun pemakaian pekerja cafe ini untuk perempuan hanya baju hitam yang dipadankan dengan skirt pendek berwarna hitam, namun Nara menggayakannya dengan seluar slack hitam."Nara?"
Nara yang sedang menjatuhkan lipatan seluarnya segera mendongak melihat si pemanggil.
"Eo? Hyun Bin?"
Hyun mengangguk sambil tersenyum.
YOU ARE READING
[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNG
FanficDisebabkan satu kesilapan, mereka terpaksa sebumbung. Kim Taehyung, pelajar baru yang terkenal di sekolahnya terpaksa tinggal bersama Choi Nara, pelajar yang menjadi penyeri sekolah kerana kepandaian. Namun apa yang terjadi jika mereka berdua tingg...