🏠59🏠

2K 235 46
                                    

Sudah seminggu kehilangan Nara menjadi pemusnah keceriaan hidup kami. Nara masih lagi tidak dijumpai. Pihak polis yang diupah oleh parents siang malam mencari tapi masih lagi tak dijumpai. Berita penculikkan Nara pun sudah tersebar pada semua murid dan guru.

Hidup aku selama seminggu ni tiada langsung rasa gembira. Selama seminggu ni aku tak senyum. Kalau senyum hanya kecil sahaja. Tak lebar seperti biasa.

Hati aku selalu gundah. Sentiasa berasa tidak kena. Firasat aku kuat mengatakan yang Nara tidak selamat.

"Taehyung, makanlah sikit. Tak kesian ke kat perut tu?" Mama memujuk sambil menyuakan sesudu nasi padaku.

Sekarang mama dan papa ada di rumah aku. Sejak mereka dapat tahu yang aku jarang makan lepas kes ni, terus saja mereka datang melawatku setiap hari. Pernah mereka menyuruhku untuk tinggal sementara bersama mereka tetapi aku tolak.

Rumah mama papaku tiada barang barang atau bau Nara. Kat sini, aku boleh melepaskan 5% rinduku pada Nara dengan tidur di dalam biliknya.

Jeogi meolliseo badaga deullyeo
Kkumeul geonneoseo supul neomeoro
Seonmyeong haejineun geugoseuroga

Telefonku yang berdering aku pandang. Nama Yoongi tertera di muka skrin.

Apa yang mayat ni nak?

Tanpa membuang masa, aku terus menjawabnya.

"Nak apa?"

"Taehyung!"

"Ni Yoongi ke Hoseok ni?"

"Bodoh! Ni Namjoon la!"

"Tak kisahlah siapa pun. Kau nak apa?"

"Aku send location kat kau dan cepat cepat kau datang sini. Bangtan yang lain dan Byul on the way."

"Kenapa pula?"

"Ni pasal Nara. Cepatlah!"

Tutt

Pasal Nara?

Ting!

<<Mayat Hidup>>

[Location]

Aku terus mengambil jaket di bilik. Kunci kereta yang berada di meja belajar aku ambil juga. Dengan tergesa gesa aku keluar dari bilik.

"Tae nak pergi mana?" Soal papa.

"Tae nak cari Nara!"

❤❤❤

"Chagi macam mana hari ni? Rindu oppa tak?" Soal Hyun Bin sambil menyuakan sesudu bubur kosong pada Nara.

"Aku tak ada selera nak makan. Tolong lepaskan aku." Balas Nara lemah.

Mukanya sudah berdarah dan lebam. Bajunya pula sudah terkoyak koyak. Ada yang telah kena percikan darah. Badannya usah dikata. Penuh dengan kesan torehan dan libasan.

Selama 7 hari dia diseksa tanpa henti oleh Hyun Bin. Setiap perilaku dan kata kata lembut lelaki ini tiada langsung keikhlasan. Hanya obses saja!

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now