🏠44🏠

2.2K 258 106
                                    

~Author~

"Kim Taehyung! Kau berapa lama lagi nak terperap dalam bilik tu? Cepatlah! Nanti kita lambat sampai ke rumah mama papa." Nara menjerit memanggil Taehyung yang hampir setengah jam berada dalam bilik.

Alasannya tadi, ingin mengambil barang tapi sampai sekarang tak keluar keluar lagi. Entah apa lah yang dibuatnya lama lama dalam tu.

"Woi berapa lama—Apa yang kau bawa ni?" Nara menyoal terus kepada Taehyung yang baru sahaja keluar dari bilik bersama satu plastik di tangan.

"Ni sampahlah. Aku nak buang." Jelas Taehyung.

"Apa yang kau buat dalam bilik tidur kau tu lama lama? Kau simenkan balik ke dinding bilik?"

"Aku cari benda la." Plastik yang dipegangnya tadi selamat jatuh ke dalam tong sampah.

"Benda apa yang kau cari?"

"Adalah barang aku. Tak payah nak sibuk." Taehyung mengambil kunci kereta Audinya lalu melangkah ke arah pintu keluar.

"Barang apa yang kau cari? Tahu tak lama aku tunggu kat luar bilik kau tu?"

"Kau tak perlu tahu dan tak boleh tahu." Jawab Taehyung lagi.

"Kau cari ap—

"Aku cari boxer akulah bongok." Terdiam Nara setelah menerima jawapan Taehyung.

"Tapi kenapa kau—

"Aku lupa pakai tadi. Sebab tu lama sikit dalam bilik." Taehyung melangkah keluar dari rumah menuju ke lif manakala Nara masih tercegat kaku di hadapan pintu.

"Menyesal pula aku tanya."

❤❤❤

"Mama! Papa! Nara balik!" Nara melaung kuat di dalam rumah agam yang besar itu. Kakinya mengorak langkah masuk ke dalam rumah itu. Matanya pula meliar mencari susuk tubuh Tuan Kim dan Puan Kim.

"Mana mama papa?" Soal Taehyung. Nara mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu.

"Tuan Muda Taehyung? Cik Muda Nara?" Serentak Nara dan Taehyung memalingkan kepala ke kanan sebaik saja mendengar nama mereka disebut.

Pembantu rumah rupanya.

"Tuan dan Puan bersama Puan Sri sedang menunggu ketibaan Tuan Muda Taehyung dan Cik Muda Nara di ruang rehat."

Nara dan Taehyung berkerut dahi serentak.

"Siapa Puan Sri?"

"Tuan Muda boleh tengok sendiri untuk pastikannya. Saya tak kenal kerana baru pertama kali Puan Sri ke rumah ini." Jawab pembantu rumah itu. Taehyung mengangguk lalu menarik tangan Nara ke ruang rehat.

~Kim Taehyung~

"Mama! Papa! Nara rin—eo?" Nara berhenti menjerit apabila matanya di sapa dengan sekujur tubuh wanita yang amat dikenalinya. Begitu juga dengan aku.

"Halmonie!"

Nara berlari ke arah Halmonie Jeon yang sedang tersenyum manis ke arah kami berdua. Tubuh badan wanita tua itu didakap erat oleh Nara. Rindu benar agaknya dia pada Halmonie Jeon.

"Omo! Cucu kesayangan halmonie sihat tak? Rindunya halmonie pada Rara."

"Rara sihat! Nado bogoshipeosaeyo."

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now