CKK 1

1K 19 0
                                    


Aku terbangun dari tidur diatas sofa ruang televisyen. Rumah ku riuh rendah, sedara mara semua berkumpul. Aku menggosok-gosok mata ku guna memastikan sama ada ini hanyalah mimpi belaka, tetapi rupanya bukan selepas aku mendengar nama ku dipanggil.

"Yasmin, tukang inai dah sampai" Along ku, Vivy Zunairah. Orang yang selamba aku langkah. Dia dah 23 tahun tapi tak nak kawhin juga. Sempat aku marah dengan Ayah sebab kenapa harus aku yang kahwin dengan jiran sebelah rumah ni?

Aku masih blur sebab baru bangun tidur. "Kejap, nak nak naik atas jumpa Bonda"

"Along dulu ye berinai?"

Aku hanya mengangguk. Dah alang-alang berinai tu kenapa tak Along je yang nikah esok, geram ku seraya naik ke atas.

Ya, bakal suami aku adalah  jiran sebelah rumah. Lagi tua 5 tahun pulak tu dengan aku.

Cerita dia macam ni

"Hai Aunty Aisyah, Hai Abang Kimi" aku memanggil jiran aku yang bernama asli Syed Zafril Hakim ini sebagai Abang Kimi.

"Yasmin duduk dulu, boleh?" Pinta Bonda

Aku terus duduk di sofa ruang tamu sebelah Bonda.

Ayah aku dan Walid Abang Kimi nampak tengah discuss di depan pintu.

"Ada benda yang Aunty  nak cakap kat Yasmin" Ucap Aunty Aisyah.

"Apa dia?" Aku ni dah lah nak cepat pergi gym, boleh pulak tahan aku duduk tak tentu arah macam ni.

Aunty Aisya macam tak senang duduk. "Hm.. sebenarnya Aunty dan keluarga datang petang ni nak merisik Yasmin untuk Abang Kimi"

Mata aku membulat. "HA? Merisik?"

Semua orang mengangguk termasuk Ayah aku dan Uncle Syed yang sedari tadi berdiri.

"Yasmin dengan Abang Kimi? I never think about it! Kenapa ni? Dah desperate sangat ke nak kahwin? Along kan ada, Along lagi matang dari Yasmin yang baru 19 tahun" Aku marah dan tak senang hati.

"Along tak nak" Tiba-tiba Along datang dari dapur.

"Kenapa? Along nak Yasmin langkah?"

Along mengangguk pasti.

"Yasmin, kitaorang tak nak Yasmin dan Zafril kahwin tahun ini. Kauorang akan nikah masa Yasmin 20 tahun, tahun depan" Ucap Bonda menjelaskan.

"Tapi kenapa Yasmin?" Aku bertanya dengan Abang Kimi sambil mentapa matanya tajam.

"Abang dah lama suka Yasmin. Kita pun rapat kan?"

Ya, aku memang rapat dengan Abang Kimi, sebab dulu dia guru tuition private aku dari form 1.

Aku mendekati Abang Kimi. "Abang Kimi tahu kan Yasmin tak sebaik Abang Kimi, Yasmin pakai pakaian seksi setiap hari, Yasmin pernah merokok, Yasmin pernah minum arak, Yasmin selalu pergi club, Abang pernah tengok  sendiri Yasmin mabuk kan? Semua orang kat sini tahu yang Yasmin anak nakal, tak cukup matang. Kenapa Abang nak sangat memperisterikan perempuan macam Yasmin?"

"Abang yakin Yasmin boleh berubah, Abang sayang sangat kat Yasmin sebab itu lah Abang berani merisik Yasmin"

Aku tersenyum sinis. "Orang tua Yasmin pun tak boleh nak merubah perangai Yasmin yang teruk, Yasmin selalu melawan cakap Ayah dan Bonda, apalagi cakap Abang Kimi yang Yasmin tak ada rasa apa"

Ayah memegang tangan Yasmin. "Ini lah tujuan kami bersetuju nak kahwinkan Yasmin dengan Zafril sebab Ayah yakin dia boleh ubah Yasmin"

Aku berdiri terus berjalan ke arah Uncle Syed "Uncle okay ke ada menantu perangai liar macam Yasmin? Uncle kan Imaam dan orang terpandang, kuat agama, dapat menantu macam Yasmin?"

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now