CKK 10

307 16 0
                                    

Yasmin POV

Tubuh ku di peluk oleh Aunty Aisyah dan Kak Nadirah. Malu... malu sangat. Aku menunduk sedari tadi disebabkan rasa malu yang membuak-buak.

Aku melihat Abang Kimi keluar dari bilik aku selepas Qash dibawa oleh pihak polis.

"Yasmin.... Yasmin tidur rumah Aunty je, okay?" Pelawa Aunty Aisyah. Aku dah tak boleh menolak sebab aku memang tak nak tidur seorang diri selepas apa yang berlaku tadi.

Aku mengangguk bersetuju.

###

Aku masih diam membisu. Malu dan takut bercampur menjadi satu.

"Tenang Yasmin, ada kitaorang" Kak Nad memeluk ku.

"Terimakasih Kak Nad" Jawab ku.

Abang Kimi datang bersama dengan Uncle Syed. Kami semua duduk di sofa ruang tamu.

Aku melihat Abang Kimi duduk tepat di hadapan aku. Dia biasa saja, mungkin dia ingat aku masih Yasmin yang dulu. Sejujurnya, malam ini aku rasa nak mari kerana ketakutan. Rasa nya aku tak nak tidur sendirian lagi.

"Macam mana, Walid?" Tanya Kak Nad.

"Settle dah... polis uruskan. Dia ni sebenarnya siapa, Yasmin? Sebab dekat sana tadi dia bercakap macam kenal kamu" Tanya Uncle Syed.

"Dia..."

"....bekas kekasih Yasmin" Jawab Abang Kimi melanjutkan ayat aku yang belum selesai.

Kenapa dia tahu? Riak wajah aku sudah tak senang. Dah lah aku takut, malu, sakit hati pulak. Cara Abang Kimi bercakap macam dia jijik tengok aku.

"Tapi yang menjadi soalan, kenapa dia boleh masuk rumah kamu? Tahu pulak bilik kamu yang mana" Kini giliran Aunty Aisyah pula hairan.

Aku tak heran lagi dah. Ayah dan Bonda memang selalu tak ada kat rumah, apa lagi Along. Dulu, aku suka je bawa dia dan Nelly datang rumah dan masuk bilik aku.

Tapi aku tak expect pun yang dia sampai boleh tahu kunci rumah aku macam mana sampai sanggup ceroboh masuk.

Aku hanya menggeleng tanda tak tahu dan tak nak bagitahu apa pun pasal bekas kekasih aku itu. Banyak sangat penyesalan dalam hidup aku, salah satu nya berkenalan dengan Qash adalah suatu penyesalan.

"Tak apa lah, sekarang kamu masuk bilik Zafril ye? Nadirah ada 3 orang anak, tak ada space" Aku dengan Abang Kimi sekali terperanjat.

"Saya tidur sofa ni pun tak apa, Aunty"

"Mengada lah, tidur bilik Zafril je. Dia okay"

Aku melihat Abang Kimi mengangguk pelan.

###
Untuk pertama kali kaki aku melangkah lagi ke dalam bilik Abang Kimi setelah beberapa tahun lama nya.

Aku berdiri di depan bilik nya, sementara dia mengambil satu bantal dan selimut untuk di bawa turun ke bawah.

Sebenarnya aku takut tidur sendiri. Tapi gila sangat kalau aku nak minta temankan tidur dengan dia. Dia tu tak halal bagi aku. Dulu masa dia halal untuk aku, aku pergi lari.

Dia keluar dari bilik dan berdiri di depan aku.

"Masuk lah" Aku mengangguk dan terus masuk walaupun aku takut setengah mati.

Dia terus turun kebawah dengan membawa selimut dan bantal. Aku terus menutup pintu bilik.

Bilik nya kemas, mungkin sebab jarang dia duduk sini.

Jendela yang menghadap langsung ke bilik aku itu tertutup dengan langsir. Walaupun tertutup, aku tetap saja takut. Tak boleh bayangkan esok hari dan esok hari yang akan datang.

###
Zafril POV

Aku turun kebawah dengan membawa selimut, belum lagi sampai bawah aku melangkah pintu bilik sudah ditutup.

Aku putar balik badan aku untuk menatap pintu bilik yang dah ditutup itu. Wajah Yasmin nampak sangat ketakutan, tapi aku tak boleh nak buat apa.

Andaikan dia tahu, aku ingin memeluk dia yang ketakutan itu. Benci bagaimana pun aku dengan dia, rasa sayang aku dekat dia memang tak boleh hilang. Rasa sayang aku pada dia memang semula jadi agaknya.

Aku terus naik ke atas lagi mengetuk pintu bilikku.

###
Yasmin POV

Pintu bilik di ketuk. Aku membuka nya dan Abang Kimi dah terpacak disitu dengan masih memegang bantal dan selimut.

"Kenapa Abang balik lagi?" Tanya ku.

Dia masih diam.

"Yasmin tidur tak payah tutup pintu, Abang tidur disini" Dia menunjuk tempat yang agak luas depan pintu. Jadi bila dia tidur teman aku posisi dia akan macam ni, kaki dia akan terkeluar ke depan pintu dan badan dia masuk dalam bilik. Kurang lebih macam tu.

"Ha?! Tak apa ke?" Dia mengangguk dan terus menaruh bantal dan selimut nya di tempat yang dia tunjuk tadi.

Aku okay je, aku memang takut. Dia dah mula panggil nama aku macam biasa dan dia mula bahasakan diri dia 'Abang' lagi.

"Okay lah kalau Abang tak kisah, Yasmin sebenarnya takut sangat"

"Tidur lah, dah lewat ni. Esok kerja"

Aku mengangguk dan terus naik atas katil. Aku melihat dia berbaring di depan pintu dengan menutup tubuh nya dengan selimut. Kenapa hati aku bergetar? Aku tak pernah ada perasaan dengan Abang Kimi sebelum ini. Sekarang aku rasa berdebar.

Kenapa berdebar sekarang selepas 5 tahun? Sumpah... aku tak boleh tidur memikirkan hati aku yang asyik berdebar je sedari tadi.

"YaAllah hati... tolong lah aku nak tidur, esok aku kena masuk office" Sambil memegang dada aku yang berdegup 2 kali ganda atau 3 kali ganda lebih laju dari biasa nya.

###

Zafril POV

Bila aku tengok dia dari jauh macam ni, tak sakit pulak hati. Bila dari dekat, makin menjadi-jadi rasa sakit aku. Memori 5 tahun lepas itu datang balik. Selepas kejadian itu, aku haramkan kaki aku untuk injak Australia. Aku juga haramkan dia untuk aku. Tapi? Sekarang dia ada di depan mata aku.

"Tak boleh ke Zafril kau biasa saja bila ada sesuatu terjadi dengan dia? Jangan nak jadi hero?" Aku menasehati diri sendiri.

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now