3rd person POV
Yasmin mengambil phone nya yang di charge di ruang televisyen.
Ia duduk di atas sofa sambil membuka phone nya. Banyak pesan masuk.
"Yasmin, if something bad happens today please don't trust it" - Sakinah
"Yasmin, Neeta jumpa husband kau. Aku, suami kau, dan Rania tak tahu apa plan Neeta. Please jangan gelabah" - Sakinah.
Yasmin mengernyitkan dahi nya. "Apa semua ini?" Ucapnya seorang diri.
"Tak habis-habis Neeta...Neeta..Neeta. Kau selamat Neeta sebab aku bukan Yasmin yang dulu" Yasmin terus membawa telepon bimbitnya berjalan ke bilik.
Tiba-tiba phone nya berbunyi, pesan masuk lagi sekali.
Nombor yang sama, nombor yang mengirim video Neeta dan suaminya. Kini nombor itu mengirim sebuah link.
Yasmin berundur dari langkahnya. Ia kembali duduk diatas sofa.
"Apa lagi ni?" Dengan malas Yasmin membuka link itu.
Majalah Online dengan headline "CEO Neat Group kantoi dating tepi tasik. Sempoi dan Romantik" begitu headline tertulis.
Yasmin tersenyum sinis. "Murah sangat berita ini" Ucap Yasmin. Tetapi tiba-tiba ia terdiam dan menitikkan air mata.
"Penat tau asyik benda sama" Yasmin terus berjalan ke arah bilik tidurnya.
###
Yasmin menaruh telepon bimbitnya di atas katil sambil dilempar lembut. "Baca lah!" Suruh Yasmin pada Zafril.
Zafril terus mengambil phone Yasmin.
"Sayang..." Zafril menggeleng. Ia masih duduk diatas katil.
Yasmin duduk di atas kerusi sofa kecil dalam bilik mereka. "Kena lagi kan Abang? Kenapa tak serik?" Soal Yasmin.
"Sayang, sumpah Abang tak expect dia akan segila ini" Zafril menggeleng pelan sambil meletakkan phone Yasmin diatas tilam katil.
"Yasmin dah tak ada tenaga nak memekik, melalak macam orang tak ada iman. Penat tau! Asyik benda sama je" Ucap Yasmin sinis.
"If I could stop her, I will. Tapi Abang gagal"
"Masalahnya ada pada Abang! Abang tak tahu apa yang Abang nak. Abang selalu ingat hidup ni just follow the flow, padahal sebenarnya tak. Kita yang pegang kendali, Allah bagi kebebasan pada kita untuk arahkan hidup kita nak pergi mana. But you failed... as you said! Memang Abang failed. You don't know what you want!" Ucap Yasmin lembut tetap tegas.
Zafril berdiri dan mendekati Yasmin di kerusi sofa. Ia duduk di bawah kaki Yasmin sambil menatap mata Yasmin yang cantik.
"I know.. I am sorry" ucap Zafril pelan sambil memegang tangan kedua tangan Yasmin.
"Your ego! Tanpa Abang sedar Abang ada ego, besar sangat. Orang lain tak rasa ego Abang, tapi Yasmin yang rasa! Abang pentingkan diri sendiri! If you really love me, Abang tak akan berbuat ikut kepala Abang je! You are in relationship, Zafril Hakimi?! You are not alone. I am your wife, bukan adik atau kawan! Cara Abang sekarang ini macam Abang hidup sendiri! Saya ni siapa? Tunggul?" Yasmin bercakap tanpa menatap Zafril. Ia tumpahkan apa yang dirasakan selama ini.
Air mata Zafril turun tanpa sedar. Ia tetap memegang tangan Yasmin. "Maafkan Abang..." Itu saja yang ia ulang banyak kali.
Suara tangisan Yasmin terdengar kurang jelas, tetapi ia menangis.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...