CKK 7

291 17 0
                                    

Total 4 company yang aku try, ada dua company yang email. Muka aku dah monyok semacam je, bukan sebab tak bersyukur, tetapi dua company tu interview di hari dan jam yang sama.

Aku menggaru-garu kepala, tak keluar bilik sejak dapat email. "Masa ini lah aku nak bingung" Monolog ku.

Tiba-tiba Bonda masuk. "Kenapa tak turun lagi? Bukan ke tadi nak tolong Bonda masak?"

Aku tersenyum nampak gigi. "Maaf Bonda, tadi dapat email dari companies yang Yasmin masukkan CV and resume minggu lepas"

Wajah Bonda merona "Ye ke? Lepas tu?"

"Diaorang suruh datang interview, tapi 2 company je yang balas email tu"

"Apa nak susah nya? Pergi lah dua-dua"

"Masalah dia sekarang ni, tarikh dan jam sama, Bonda"

Bonda terdiam dan nampak berfikir. "Oh patut lah tak turun-turun. Senang je, sholat istikharah, tanya Allah kemana Yasmin patut pergi"

###

Zafril POV

Aku membuka pintu apartment yang berbunyi. Kak Nad dan Umi datang melawat selepas 2 minggu aku tak balik rumah. Padahal hari ini aku nak interview bakal pekerja baru. Dah mula sebenarnya, nampak nya aku tak pergi.

"Zafril nak pergi kerja dah ke? Wrong timing lah kita Umi" Ucap Kak Nad sambil membuka plastik yang berisi banyak makanan dah siap saji. Diaorang tahu aku memang tak pernah masak, asyik makan kat luar.

"Zafril boss, bila-bila masa je boleh pergi" Jawab ku selamba.

"Dah macam reban dah Umi tengok rumah kamu ni" Umi membebel macam biasa dan aku pun tersenyum macam biasa mendengar bebelan Umi.

"Itu lah Umi, suruh kahwin tak nak. Cakap tak trauma, tapi?" Kak Nad memang masih tak puas hati dengan kejadian 5 tahun lepas.

Aku tak menjawab, aku terus duduk di sofa dan menekan butang on pada remote tv.

"Tengok lah tu, selalu je macam tu bila Kak Nad bercakap"

"Nad, dah dah lah" Aku senyum sinis bila Umi dah bersuara.

"Umi dengan Kak Nad singgah sekejap je, kitaorang nak hantar lauk ni semua. Jangan tak makan!" Pinta Umi.

Aku mengangguk. "Siap Boss!!"

Kak Nad merosak rambut ku yang dah rapi, macam aku kecil dulu. "Dah, Kak Nad dengan Umi balik dulu."

"Ye, hati-hati"

Umi mencium pipi ku, aku rasa masih jadi budak kecil bila bersama Umi dan Kak Nad.

###

Yasmin POV

Aku memejamkan mata sekejap, kemudian aku membuka mata kembali. Sekarang aku tepat berada di depan syarikat perkhidmatan segala jenis architecture, interior, dan yang sewaktu dengannya, yaitu SZY holdings. Sdn. Bhd. Aku pilih sebab nama dia catchy gila. HAHA tak. Sebenarnya selepas Bonda suruh aku sholat tu, tiba-tiba terdetik je perasaan aku nak datang dekat syarikat ni, nama dia pulak lawa gila. (re: eszi)

Ada 10 orang yang nak kena interview, aku pula dapat nombor 8. Walhal ini bukan kali pertama aku kena interview, tapi fele tu lain macam.

"Cik Yasmin Zuhaira binti Jafaar" Nama aku di panggil. Dekat depan ada 2 orang interviewers. Satu perempuan dan satu lelaki, dua dua masih muda lagi. Tapi sekarang yang aku fikir adalah, soalan diaorang. Aku memang bad gila kalau dah berfikir cepat.

Aku tersenyum "Assalamualaikum" Ucap salah seorang interviewers yang lelaki.

"Waalaikumsallam" Jawab ku dengan senyuman. Agaknya aku akan senyum sepanjang interview ini.

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now