Zafril POV
3 hari tak tidur sekatil dengan Yasmin. 1 hari tak berada di bandar yang sama dengan Yasmin. 3 hari tak rasa masakan Yasmin. Rindu.
Aku tidur dirumah Umi malam ini sampai seminggu kedepan. Boleh gila kalau tinggal berseorangan.
Umi meletakkan bihun goreng diatas meja. Masih pagi maka masih waktu sarapan.
"Makan lah, Umi nak hantar ni rumah Bonda kamu" Ucap Umi, aku hanya mengangguk mengiyakan.
Aku terus menjamah bihun goreng itu dan meletakkannya didalam pinggan.
"Tak pergi office ke?" Soal Walid.
"Pergi. Siang sikitlah" Jawabku sambil senyum.
"Zafril, I hope yang dulu itu yang terakhir. Walid tak nak Yasmin macam Nadia" Aku terkejut tetiba je Walid ungkit pasal Kak Nad yang kena curang suami dia dulu.
Aku tertunduk. "Walid, Zafril minta maaf. It was my biggest mistake. I won't repeat it. I promise"
"Jangan janji dengan Walid. Kami sebagai orang tua cuma nak tengok anak-anak bahagia. Yang jalankan kehidupan kamu berdua, itu janji Zafril kepada Yasmin. Sekarang ni, selama seminggu ini pergunakan untuk Zafril kenal hati Zafril sehingga tidak menyakiti Yasmin. Sebab Zafril lelaki, kalau memang Zafril yang dah tak nak, Yasmin boleh buat apa? Kalau Yasmin yang dah tak nak, nak berbuih mulut dia minta cerai pun tak akan dapat. So tanya hati Zafril sama ada masih sayangkan Yasmin ke atau tak"
Jarang Walid bercakap panjang macam pagi ini. Teruk sangat rupanya apa yang aku buat. Sekarang aku tahu, curang ialah perkara yang tak boleh dilupakan hanya dengan kata maaf dan janji untuk berubah.
"Zafril sayangkan dia dari dulu lagi, Walid. Zafril cinta Yasmin."
Walid tersenyum. "Berdoalah banyak-banyak, semoga dalam seminggu ini Yasmin masih memilih kamu"
"Dia akan tetap pilih Zafril. She is pregnant, Walid"
"Ha????!!!" Tiba-tiba Kak Nad dan Umi datang dari belakang.
"Yasmin pregnant?" Umi terus duduk di samping aku dengan senyuman, begitu juga Kak Nad yang datang dari menghantar anak-anaknya bersekolah.
Aku mengangguk.
"Dah berapa bulan?" Tanya Umi.
"4 minggu. Zafril pun baru tahu 2 hari lepas"
"Ohhh patutlah dia kumpulkan kita hari tu" Kak Nad terus menunjal kepala aku.
"Sebab dia lah ni kecoh semua benda apa pun tak jadi" Kak Nad terus marah aku. Memang patut pun kena marah, kena humban dengan apapun aku memang patut.
"Tenang sikit perasaan Umi. Biasanya kalau dah mengandung perempuan ni akan ada alahan, biasanya alahan dia tu macam tak boleh jauh dari suami" ucap Umi.
" Tapi, ada juga Umi yang benci suami dia masa mengandung" Sambar Kak Nad.
"Itu kamu. Sampai ke hari ini benci dia, dah dah lah tu. Umi harap Yasmin tak macam tu"
Kak Nad terus mengangkat kedua bahu nya. Hubungan Kak Nad dengan bekas suami nya dah macam musuh. Tapi nasib baik bekas suami nya tak putus bagi nafkah anak.
"Dah lah Umi. Benci Nad ni bersebab bukan saja saja"
"Tahu, tapi dah bertahun dah pun dia pun dah kena balasan. Dia kena tinggal juga dengan isteri baru dia. Patutnya kamu buang dah rasa benci tu, supaya tenang" Umi masih belum berhenti bebel.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...