Pukul 2 pagi. Aku duduk di kerusi sofa pub mengerikan ini. Sementara Nelly tengah berjoget, bergelek ria, dan mabuk kat pentas tu. Semenjak aku kerja pub aku tak pernah pergi tempat lain. Ini kali pertama aku datang sini. Itu yang aku rasa mengerikan sangat tu.
Tiba-tiba muzik terhenti. Lampu pub tu menyala dengan terang. Aku yang sedari tadi duduk meneguk oren jus itu ikut terperanjat juga. Polis.
Semua kucar kacir berlari. Aku mencari Nelly. Tetapi tangan ku terasa di pegang. "You? Go outside, Now!" Polis wanita itu menengking aku.
Seumur hidup pergi club baru ini polis datang sergap. Allahu. Time macam ni lah aku nak cari Allah.
Aku ikut saja apa polis tu cakap. Kat luar dah ramai orang, Nelly pun ada. Dia tak sedar dah, meracau. Sebab mabuk. Aku, Nelly dan lainnya masuk salam kereta polis. Ini kali pertama. Dalam hati aku terus bercakap aku nak bertaubat selepas ini.
###
"Is she your friend?" Polis wanita itu bertanya pasal Nelly, aku mengangguk. Mereka suruh kitaorang periksa air kencing sebab dapat laporan ada selundupkan dadah dalam club tu. Aku takut gila. Aku takut jus oren tadi ada dadah.
"She is positive cocaine, she has been consume it for a long time and she also sells cocaine"
Aku menutup mulut ku yang ternganga lebar sebab terkejut. Aku tak pernah tahu Nelly kerja apa. Patut lah dia sanggup beli kereta dan barang mahal. Panas dingin tubuh aku.
"And you... you are negative. But, can you show me your IC? and your friend's?" Aku mengangguk dan terus membuka dompet aku dan Nelly.
Dia hanya mengangguk dan mengembalikan IC.
Menurut apa yang mereka jelaskan. Nelly kena tahan dan masuk penjara sebab terbukti sebagai pemakai dan penjual. Dengar kata dia ikut jaringan penjual dadah terbesar di Asia. Dia jual kat Australia. Dia guna dah lama, 3 tahun. Asal selama ini aku tak pernah perasan?
Malam ini aku rasa nak mati. Aku insaf. Allah baik pada aku walhal aku ni teruk sangat. Allah tak bagi Nelly kenalkan barang haram tu kat aku. Kalau sampai terjadi, mesti aku masuk penjara juga.
###
Selepas kejadian beberapa minggu lepas. Aku belum berjumpa Nelly. Hari ini dia di dakwa lebih kurang 14 tahun penjara, disebabkan Nelly baru menjual dadah skala ciput, dia tak dapat tambahan hukuman berupa ditarik segala harta benda nya atau pemiskinan.
Aku melihat mata Nelly berkaca-kaca. Papa dan Mama nya pun ada sekali. Nelly bukan orang susah. Aku dan Nelly sangat menyesal menjadi nakal sewaktu bersekolah sehingga ke hari ini. Hanya saja aku beruntung sikit, tapi tak untuk Nelly. Sampai masuk penjara 14 tahun lama nya.
"Nelly, kau apa khabar?"
Dia tersenyum. "Macam ini lah. Yasmin, kau cantik sangat pakai tudung"
Aku menunduk malu sambil tersenyum "Alhamdulillah, dan nak sebulan aku pakai tudung"
"Tahniah. Aku bahagia tengok kau macam ni. Ayu dan sopan"
"Nel, aku minta maaf sebab aku tak dapat tolong kau. Disaat kau susah macam ni, aku tak ada kuasa langsung nak tolong kau"
Dia lagi lagi senyum. "Ini semua balasan dari kesilapan aku. Aku dah lama pakai dan jual dadah. Aku boleh je sebenarnya ajak kau, tapi aku tak nak. Aku tengok kau seronok kerja kat pub, kuliah, kau cuba perbetulkan hidup kau. Aku tak nak rosakkan semua tu. Aku ingat kau pernah cakap sebab Bonda kau bagitahu 'Hidayah tu kena jemput' aku tengok kau perlahan-lahan nak pergi jemput hidayah tu."
Air mata ku luruh. Sedih sangat bila tengok sahabat sendiri di penjara.
"Aku tak tahu kalau kau tahu semua tu. Aku bukan tak nak ajak kau berubah, tapi aku pun tak sure kalau ternyata aku boleh teruskan berubah sampai ke hari ini"
"Aku tahu kau sholat, mengaji walau tak lancar, aku boleh je sebenarnya ikut tanpa kau ajak. Tapi aku yang tak nak. Jangan salahkan diri kau, Yasmin. Aku baik kat sini, makanan sedap-sedap"
"Makan je yang kau fikir kan. Nelly, aku nak balik Malaysia. Aku rasa, aku akan jarang sangat melawat kau"
"Balik lah, family kau mesti rindu sangat. Balik lah dengan jiwa baru, dengan Yasmin yang baru"
Aku menunduk. "Kau baik-baik tau kat sini. Jangan bergaduh dengan banduan lain. Jangan tak makan. Jangan tak mandi. Nah, aku ada bawakan kau perlengkapan mandian untuk setahun kot. Aku bagi kat penjaga tadi" Mata aku berkaca-kaca.
Nelly gelak. "Tau-tau je aku malas mandi. Terimakasih. Aku harap suati hari nanti bila kau datang melawat aku, kau bawa anak kau sekali"
"Aku nak kahwin dengan siapa? Susah agaknya aku nak dapat jodoh sebab dah pernah lari dari suami. Karma, Nelly. Aku mesti dapat karma"
"Apa salah nya? Kau kan nak berubah. Ada lah tu, aku yakin"
"Nelly... malam ni aku balik tau. Sampai jumpa lagi. Aku ada hadiah selain mandian tadi..." Aku menghulurkan Al-qur'an kecil untuk Nelly. Dia tergamam. Air mata nya keluar.
"Baca lah, ia nya akan tuntun kau. Walaupun penjara ni gelap, inshaAllah dia akan terangkan semua."
"Terimakasih, Yasmin. Hadiah paling berharga sepanjang aku hidup"
Selepas memegang tangan nya lama dan mengucapkan selama tinggal untuk kali terakhir. Aku terus berjalan keluar penjara. Air mata ku tak dapat ditahan. Aku sampai terduduk di depan pintu pagar penjara saking sedih nya hari ini.
Aku tak sangka pertemuan terakhir aku dengan Nelly adalah dekat penjara.
Aku melangkah kan kaki dengan pasti. Bila aku terjumpa dengan Abang Kimi nanti sebab family dia masih tinggal di sebelah rumah kami, aku akan minta maaf walau harus menebalkan muka.
Tak ada niat lain. Aku hanya nak dia maafkan aku.
Aku rasa itu adalah penyesalan yang sampai hari ini aku masih menyesal kenapa aku buat dia macam tu?
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...