CKK 21

220 9 0
                                    

###

Neeta POV

Aku duduk diatas katil sambil memandang gambar lama aku dan Zafril. Tiada siapa yang tahu aku dan dia bertunang masa itu, hanya Mama, Papa, orang tua Zafril dan juga Kak Nadirah. Aku juga baru tahu kalau model aku si Rania itu adalah sepupu Zafril.

"Tapi sekarang awak dah kahwin" Monolog ku.

Apa aku dah cakap dekat Rania yang aku nak rebut si Zafril ni balik? Rania is so stupid.

"Aku belum gila lah nak rebut suami orang, lagi pun putus tunang dulu sebab aku yang curang. Aku nak minta maaf je dengan Zafril"

"Tapi kenapa Rania nak sangat rosakkan hubungan Zafril dengan isteri dia?" Tanya ku hairan.

Nampaknya, aku kena ikut permainan Rania. "Ini Neeta lah, I am not stupid. Tapi kalau aku rosakkan plan Rania, bila aku nak dapat kemaafan daripada Zafril? Ini peluang besar, selepas bertahun-tahun aku gagal cari dia. Sekarang ni, dia ada depan mata. Tak kan aku biar je"

###

Yasmin POV

Jantung aku berdegup laju bila aku menunggu Abang Kimi untuk suap Tomyam dalam mulutnya. Slow motion gila, saja dia kan.

"Abang ni dah kalah-kalah juri MasterChef tahu tak? Cepat lah" Sambil memuncungkan bibir.

Finally, Tomyam merah itu masuk kedalam mulut Abang Kimi.

"Macam mana? Jujur je, okay?" Pinta ku.

"Sedap sayang, tapi kena improve sikit je lagi" Jawab nya sambil mengambil suapan kedua.

"Sikit je kan? Over all, okay lah kan?"

Dia mengangguk dan kemudian mencubit pipi ku.

"By the way, mana kawan sayang yang dekat Sydney tu? Siapa eh nama dia?" Tanya Abang Kimi.

"Nelly" Jawab ku.

"Ha, pergi mana dia?"

Aku tertunduk sekejap sebelum menjawap.

"Dia masih dekat sana"

"Oh yea? Kerja?"

"Masuk penjara sebab pakai dadah" Abang Kimi seketika menghentiakan tangannya dari memegang sudu dan garfu.

"Dadah?" Anak baik macam Abang Kimi memang akan terkejut beruk mendengar perkataan dadah.

Aku mengangguk. "Masa itu kami berdua ada dekat club, dia kena tangkap depan mata Yasmin tau..." Ucap ku sambil tertawa nipis.

"Mesti sayang takut kan masa tu?"

Aku mengangguk. "Yasmin bersyukur sangat sebab tak ikut pakai dadah. Kalau ikut, tak ada kita"

Abang Kimi menyentuh rambutku.

"Abang tahu sayang tak akan tergamak nak buat semua tu"

Senyum ku terukir. "Allah nak bagi Yasmi sedar. Lepas tu terus berubah sampai sekaramg. Kalau tiada apa yang berlaku dulu, mungkin sekarang Yasmin masih lagi dekat sana"

Abang Kimi tersenyum. "I am happy, you know? Ada Yasmin dekat depan mata Abang. Ada kita. Bahagia sangat" Ucap Abang Kimi.

Tak pernah aku melihat matanya berkaca-kaca. Seakan aku boleh nampak perkataan love atau bentuk hati dari dalam matanya.

"Terimakasih sebab bagi Yasmin peluang kedua. Yasmin tak akan sia-sia kan..."

"I know, you won't." Balas Abang Kimi.

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now