CKK 41 (separuh) Akhir 2

343 11 0
                                    

Farish masuk ke dalam bilik kerja Neeta. Dia membawa envelope berwarna cokelat. Farish meletakkan envelope itu diatas meja kerja Neeta.

"Apa ni?" Tanya Neeta sambil menutup laptop nya.

"Saya berhenti kerja" Jawap Farish.

Neeta terus bangkit dari kerusi kerja nya yang super mahal itu.

"Ha? Farish, you belum gila lagi kan nak tinggalkan gaji besar macam ini? Atau you dapat offer gaji lagi bagus?"

Farish tersenyum nipis. "Malah saya tak tahu nak buat apa selepas ini"

"Lepas itu kenapa nak berhenti? You kaki tangan I tau, Farish?"

Farish mengangguk. "Tahu. Tapi saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk saya berhenti. Saya pun nak Cik Neeta berhenti"

Neeta mengangkat kedua kening nya. "Kenapa saya kena berhenti dari company Papa saya sendiri? Merepek lah"

Farish menggeleng. "Bukan berhenti dari sini. Tetapi berhenti permainkan konsumen dan parents Cik Neeta. Saya kesian tau tengok Cik Neeta. Saya nak Cik Neeta dapat yang terbaik, jadi orang yang lebih baik"

Neeta terdiam sekejap. "Keluar lah Farish! Rupanya you bukan kaki tangan I lagi. Terimakasih atas segalanya, I dah tak perlukan nasihat you. Blah lah!" Neeta mengusir Farish dengan cara halus tetapi menyakitkan.

Dia memang tak boleh nak kena tegur. Mesti akan melenting dan tiba-tiba jadi jahat, tersangat jahat.

###

Rania meletakkan iced coffee dihadapan Farish.

"Berani eh you berhenti kerja tanpa back up plan?" Soal Rania.

"Ada lah tu nanti rezeki dari Allah. I dah tak sanggup nak bersubahat dengan dia lagi."

Rania tersenyum. "Dia mesti tengah tak boleh berfikir jernih sebab hilang satu-satu nya orang kepercayaan dia. Macam dia hilang I sebagai model dia dulu. Dia memang macam biasa je tapi sebenarnya dia tak okay"

Farish mengangguk.

"Time macam ini lah saya rasa macam kesian tinggalkan dia. Dalam jahat dia baik juga sebenarnya"

"Tapi nak buat macam mana, itu pilihan dia. Dulu I pun sempat jadi macam dia, untuk cepat sedar."

Farish hanya mengangguk. "Mana Datin tu?" Tanya Farish.

Sebenarnya mereka nak jumpa dengan Datin Zurin, Mama kepada Neeta.

"Sekejap lagi sampai"

###

Datin Zurin duduk di samping Rania.

"Hi Farish! Lama tak jumpa"

Farish tersenyum. Dia kenal dah lama dengan family Neeta.

"Datin sihat?" Tanya Farish.

"Sihat, Alhamdulillah. Farish berhenti kerja kan? Farish jangan risau, saya akan tanggung jawab" Farish terkejut.

"Kenapa pula Datin? Saya yang nak berhenti"

"Saya tahu segalanya, segala yang terjadi di dalam company itu sehingga kamu yang baik dan jujur ini berhenti."

"....Saya adalah Ibu kepada seoang anak perempuan yang sejujurnya ada 'mental' sikit, saya kena terima segalanya. Saya pun bersedia jika suatu hari nanti anak saya dihukum, saya kena redho. Tapi satu yang saya tak akan maafkan, dia dah cuba rosakkan masjid orang lain" Sambung Datin Zurin.

Rania cerita segalanya pada Datin Zurin.

"Rania, mana Yasmin?" Tanya Datin Zurin pada Rania.

"Ahhh itu dia, Datin" Rania menunjuk Yasmin yang tengah berjalan kearah mereka.

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now