CKK 12

293 15 3
                                    

"Lepas tu Abang nak Yasmin macam mana? Yasmin pun separuh mati menyesal" Air mata ku bertakung dan hampir juga luruh.

"Yasmin boleh sambung kerja, tak elok kita cakap pasal hal peribadi dekat office" Ucap nya dengan selamba.

Kerusi, meja, dan almari ni semua rasa nak aku baling dekat dia. Aku tak menajwab apa-apa dan terus mengambil laptop keluar dari bilik kerja dia.

"Okay Yasmin, jangan nak ada urusan apa-apa lagi dah dengan dia. Kau tak payah nak minta maaf lagi dah" Aku bermonolog.

###

Zafril POV

Aku melihat dia keluar dari bilik kerja aku dengan mata memerah dan kesal. Aku tahu dia marah, aku tahu dia bingung. Dari pada aku cakap 'Abang maafkan Yasmin' secara tak ikhlas lebih baik aku tak payah ucap terus. Entah lah susah sangat nak maafkan, tapi bila tak bangkitkan issue 5 tahun lepas ni segala nya elok je, macam semalam.

###

Yasmin POV

1 bulan kemudian....

Dah 1 bulan aku kerja kat syarikat Abang Kimi, gaji pertama pun dah masuk akaun aku. Dah sebulan juga lah aku tak bertegur sapa dengan Abang Kimi sebab hari tu. Aku buat kerja professional, kalau dia panggil bilik dia aku masuk buat macam biasa lepas tu keluar. Biar dia rasa macam mana aku merajuk. Biar dia tahu macam mana perempuan ni merajuk.

Aku memegang lesen memandu yang aku ambil 2 minggu lepas. Akhirnya aku dah boleh bawa kereta sendiri. Hari ini hari sabtu, itu makna nya office tutup.

"Yasmin, jom ikut Bonda pergi rumah Aunty Aisyah" Aku terus menutup mata.

"Jom lah kita tolong dia masak" sambung Bonda

"Masak buat apa?" Aku terus buka mata.

"Majlis ulang tahun Yana, anak sulung Nadirah" Aku mengangguk. Makn nya kalau ada majlis Abang Kimi mesti ada sekali?

"Iya kejap, nak pakai tudung dulu" Bonda menunggu di sofa ruang televisyen sementara aku mengambil tudung di bilik.

###

Aunty Aisyah menyambut kami baik macam selalu nya. Aku terus dapat bahagian kerja aku.

"Tolong bersih kan ayam ni, Yasmin" Pinta Aunty Aisyah. Aku terus mengangguk dan mengeluarkan ayam dari plastik. Aku boleh je bab-bab kerja dapur ni, cuma aku jarang tunjuk je.

Tengah aku bersihkan ayam ada satu suara yang aku kesal sangat bila dengar ni datang.

"Ini barang-barang yang Umi nak" Aku hanya mendengar dia kata begitu, sikit pun tak ada menoleh. Aku focus dengan ayam aku yang berterabur dekat sinki ni.

"Terima Kasih anak Umi"

"Ada apa-apa yang Zafril perlu tolong lagi?" Tanya nya.

"Tak ada, kamu layan lah budak-budak tu sebab Mak dia tengah keluar"

"Okay, YaAllah ada Bonda rupa nya" Dia menyapa Bonda yang baru keluar dari bilik air. Kejap, dia panggil Bonda aku Bonda?!

"Zafrilll, apa khabar? Lama tak nampak?" Tanya Bonda, aku masih terus bersihkan ayam seolah tak nak tahu apa yang diaorang tengah borakkan.

"Alhamdulillah baik, Bonda macam mana? Lama jugak Zafril tak jumpa, ada 2 minggu"

"Alhamdulillah baik juga, Zafril duduk sini dah ke?" Tanya Bonda.

"Tak, Zafril masih tinggal sendiri dekat kondo"

"Kenapa tak tinggal kat sini je? Senang nak makan, nak kemas semua keperluan Zafril" Bonda ni lebih-lebih pula meyoal anak orang ye.

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now