Aku berada didalam kereta bersama Abang Kimi menuju rumah kedua orang tua kami. Gatal sangat mulut aku nak bertanya, tetapi nak mula macam mana? Sampai bila aku nak tunggu masa yang sesuai?
"Sayang, kenapa perhatikan Abang je daripada tadi?" Soalnya walhal dia sama sekali tak melihat aku. Mungkin dia perasaan kalau aku asyik melihat dia memandu daripada tadi.
"Abang, kalau ada benda yang Abang simpan dan Abang nak share dengan sayang, sayang sudi dengar tau" Ucap ku.
Dia tersenyum kemudian gelak nipis sambil menyubit lembut pipi ku menggunakan tangan kirinya.
"Okay sekejap, nampaknya Abang yang patut cakap macam tu. Sebab sayang macam ada benda tersekat di dada je"
Memang.
Masalah dia sekarang, aku bukanlah Yasmin yang dulu. Bukan Yasmin yang panas baran macam dulu. Aku tak faham lah kenapa aku berubah sangat, aku tak pernah memaki dia lagi macam dulu dulu. Aku betul betul berubah menjadi perempuan ayu yang tak pernah cakap kasar. Itulah kenapa payah sangat untuk aku nak mulakan semua ini. Kalau dulu, aku cakap asal keluar je lah.
"Nampak eh?" Tanyaku.
"Apa dia, sayang? Don't be like this lah" Pintanya.
"Tak tahu lah sama ada ini hanyalah imajinasi sahaja, but I think Abang ada sorok sesuatu yang you won't tell me sampai bila-bila"
Seketika kereta berhenti, belum sempat masuk kedalam halaman rumah Bonda kereta dah berhenti dulu.
"Yasmin tak percaya Abang ke?" Tanya nya pelan.
"No.. no..bukan macam tu, Abang. Ini syak prasangka Yasmin je lah, I am sorry kalau buat Abang terkilan. You know, Yasmin just nak kita open each other, tiada rahsia"
Dia menatap wajahku tanpa ekpresi apa-apa. "Listen, I prayed for you 5 tahun lepas. Abang doa supaya Abang boleh sembuhkan luka and Allah answered my prayer. Allah hantar Yasmin pada Abang walaupun Yasmin menolak sampai 5 tahun lamanya. Selama 5 tahun itu juga lah, Abang berdoa lagi, Abang minta dengan Allah supaya Allah kembalikan wanita yang Abang minta padaNya dulu. 5 tahun kemudian, Yasmin kembali pada Abang. Allah jawab lagi doa Abang, tak mungkin Abang sia-siakan macam tu je."
Aku tersenyum dan memegang tangannya. "I am sorry. Yasmin tak pernah fikir perasaan Abang. Yasmin cuma takut kalau Abang tinggalkan Yasmin, macam dulu Yasmin tinggalkan Abang. I'm scared..." Aku mengelap air mata yang menitis dipipi.
"Dah jangan nangis, nanti Bonda banyak soal. Nanti dia ingat Abang buat anak dia sedih" Dia menghapus air mata ku dengan tangannya.
Aku tersenyum. Lega.
Zafril POV
Maafkan Abang, Yasmin. I can't tell you about Neeta. I am confused.
Bila cinta pertama datang balik dan rasa yang dulu belum selesai, I really really don't know what will happen next. Abang cuma tak boleh bagitahu satu perkara ini dengan Yasmin, sebab Abang sendiri pun tak pasti.
Abang nak Neeta hilang dari hidup Abang, tapi Abang pun tak boleh nak bagitahu kalau Neeta dah tipu sayang. I just want to see her, like the old days. If I tell you sekarang sayang, I can not see her anymore. Abang hanya nak pastikan yang perasaan Abang dah selesai dengan dia.
Yasmin POV
Aku tersenyum dan terus memeluk Bonda sebaik sahaja turun dari kereta.
"Bondaaaaa Assalamualaikum... rindu sangat. Lama gila tak balik"
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...