Yasmin POV
Aku berlari sekuat tenaga untuk sampai ke hadapan kereta ku di basement kondo. Terus masuk kedalam kereta. Serabutnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Seboleh mungkin aku tak nak percaya dengan apa yang tengok sebentar tadi tetapi apa yang aku syak selama ini memang benar adanya.
Orang yang ada didalam kepala ku malam ini hanyalah Sakinah. Aku mendail nombornya.
Ia menyahut panggilan ku.
"Kinah.... kau kat mana?" Dengan nada gementar yang ketara.
"Beibbb kau kenapa? Aku dekat rumah sewa"
"Tunggu aku sekejap lagi" Aku terus menutup perbualan singkat itu dan melajukan kereta ku kerumah sewa Sakinah.
###
Sakinah POV
Perasaan ku tak menentu bila mendengar suara Yasmin yang gementar dan seolah-olah nak meledakkan tangisannya itu.
Aku menunggunya di depan pintu rumah sambil memegang phone.
Dia datang. Pagar rumah memang dah aku buka untuk menyambutnya datang. Dia keluar dari keretanya dengan lesu. Aku terus memeluknya.
"Masuk dulu"
###
Yasmin POV
Sakinah memeluk aku sesaat aku tiba dimuka rumahnya.
"Kinah...." dengan suara yang lemah.
Dia menyuruh aku minum air sejuk yang baru saja dikeluarkannya dari dalam peti sejuk itu.
Aku terus minum. Rasanya jalan masuk tekak aku sudah tidak sumbat lagi. Kini aku boleh bercakap.
Aku terus membuka video yang tadi orang tanpa nama itu menghantar pada aku. "Tengok lah sendiri" Suruh ku pada Kinah.
Dia menonton dengan saksama. "Tak boleh aku nak continue tengok ni" Dia terus mengembalikan phone ku.
"Kinah, aku tahu kenapa kau tak jumpa satu info pun pasal diaorang. Sebab diaorang dah plan cantik gila untuk berjumpa" Ucap ku memberitahu sesuatu yang mungkin tengah ada didalam minda Sakinah.
"Dah agak dah. So macam mana? Kau nak buat apa lepas dah terkantoi semua tu?" Soal Kinah.
Soalan paling susah nak jawap setakat ini. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku buat dengan cara lari ini betul ke tak.
Aku menggeleng tanda tak tahu.
"Kau tidur sini lah malam ini, kawan kongsi rumah aku dua-dua balik kampung"
Aku mengangguk setuju sebab hanya ini lah tempat aman untuk diri aku dan fikiran aku malam ini.
###
Zafril POV
Seperti throwback 5 tahun lepas. Aku memandu kereta agaknya dah pusing satu KL cari Yasmin.
Azan berkumandang. Aku melirik jam tangan, dah subuh rupanya. Aku terus memandu kereta ku ke Masjid terdekat yang aku nampak.
Hal yang aku paling menyesal bukanlah menikah dengan dia tetapi ada niat dalam hati untuk curang dari dia.
Selepas solat aku terus masuk kereta dan termenung barang sekejap. Tiba-tiba terlintas wajah Sakinah. Mungkinkah dia ada dekat rumah Sakinah?
###
Senyuman terukir diwajahku bila pukul 6.30 pagi aku melihat kereta Yasmin berada di halaman rumah Sakinah. Aku tersenyum kemudian tertawa semacam berjumpa dengan cinta pandang pertama. Kalau dulu aku harus tunggu 5 tahun untuk berjumpa dengan dia, sekarang aku hanya perlu tak tidur satu malam untuk pusing satu KL.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...