"Nak kemana?" Tanya Bonda selepas aku turun dari tingkat atas.
Aku terus duduk disamping Bonda yang tengah layang berita pukul 8 itu.
"Nak keluar kejap" Jawab ku samping mengetapkan bibir.
"Dengan siapa?"
"Hm... kawan. Dah lah Bonda, kawan Yasmin dah tunggu" Aku terus mencium pipi Bonda, salam, dan terus pergi.
###
Aku berjalan ke arah rumah Aunty Mei samping rumah aku ni, Abang Kimi dah tunggu dekat sana. Susah betul lah bercinta sorok-sorok ni.
"Lama nya? Nyamuk tahu tak, sayang?" Ye. Abang Kimi dah start panggil aku sayang sejak kami bercinta 1 bulan lepas. Malam ini kami akan meraikan hubungan kami yang ke 1 bulan. Macam budak-budak kan? Tetapi itulah realiti nya.
"Sorry, Abang. Tadi Bonda interview dulu lah" Aku gelak.
"Bonda tanya apa?"
"Biasa lah. Pergi dengan siapa?" Jawab ku sambil masuk ke dalam kereta yang pintu nya dah dibuka oleh Abang Kimi.
"Sayang jawab apa?" Tanya nya sambil memasang tali keledar nya.
"Biasa lah, 'dengan kawan'. Sampai bila ni nak menyorok? Kata nak kahwin, tapi?" Mulut aku muncung macam selalu nya. Penat gila kalau asyik nak menipu.
"Cuba sayang teka kita nak pergi mana?" Tanya Abang Kimi.
"Nak tukar topik lah tu. Pergi lah mana-mana, janji makan, lapar!" Tak seronok dah. Dia ni memang suka sakitkan hati aku.
###
Zafril POV
Aku melihat Yasmin sambil tersenyum kelat. Aku tak tahu dengan apa yang aku buat. Aku masih tak berani nak canang satu dunia kalau aku tengah in love dengan Yasmin, my ex wife.
"Yasmin, Abang takut kehilangan Yasmin lagi." Aku bermonolog di dalam hati.
Yasmin membuka radio. Lagu Sufian Suhaimi - Janji membuat suasana kereta menjadi sedikit sayu. Kami tak tahu apa pengakhiran kisah cinta kami.
Aku sedar ku bukan
Yang kau cinta
Tapi jika ku ada peluang
Akan ku coba
Pertaruhkan jiwa raga
Semampunya untuk dirimuIzinkan ku ubati hatimu
Yang sakit tak dihargainya
Janji mu itu akan ku genggam
Tak kan pernah terpadam
Kerna cinta ini untukmu
"Sayang, I cannot promise you tomorrow but, I can promise you now. Abang akan buat Yasmin happy selagi Yasmin ada dekat depan mata Abang. Will you marry me? One more time." Aku meminta dia menjadi isteri ku sekali lagi.
###
Yasmin POV
Belum lagi kereta berjalan, Abang Kimi dah melamar aku.
Aku terus senyum hingga ke telinga. Lagu yang tadi sendu, berubah menjadi lagu cinta.
Sayang menikahlah denganku
Kau jawaban dari semua doaku
Kau cinta sejati yang telah lama kutunggu
And I will always loving you
Kamu mencuri hatiku
Sejak pertama kutatap matamu
Tuhan berikan jalannya
Untuk kita berdua
Jadikan aku halal bagimu - Armada, I Will.Aku terus mengangguk. "I will" Jawab ku pantas sambil menutup mulut dengan kedua belah tangan sebab aku tak menyangkan kalau aku akan terima lamarannya.
Abang Kimi menatap mata ku dengan senyuman. Mata nya dan mata ku bertembung seolah-olah kami boleh membaca perasaan masing-masing dengan hanya menatap dua bola mata.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...