Aku terus memikirkan siapa CEO Neat group itu sesampainya di meja kerja aku.
"Kinah, kau tau ke Neat beauty and Magz?" Tanya ku sambil memainkan pensil di tangan.
"Tahu, aku pakai toner, serum and cream dia, memang bagus lah. Kau nak ke?" Sakinah mengeluarkan produk Neat beauty yang disebutnya tadi.
"Kau bawa semua ini pergi kerja?" Sakinah tersengih.
"Just in case, kenapa kau tanya? Banyak produk dia dekat Watson, Guardian, mana-mana drugstore lah"
"Kalau majalah diaorang kau pernah baca?"
"Pernah, office kita pun pernah masuk majalah diaorang tau! Itu sebelum kita kerja sini lah"
"Asal aku tak pernah tahu Neat group tu?" Tanyaku.
Sakinah gelak. "Memang lah kau tak tahu,kau terperap dekat luar negara 5 tahun, apa yang kau tahu pasal negara ini?"
Aku senyum. "Betul jugak. Bagi sini aku minta toner diaorang" Aku pun mencalit sedikit produk Neat Beauty. Sejuk. itu je aku boleh cakap.
"Best kan?" Tanya Sakinah.
"Entah lah, baru calit satu kali. By the way, kau pernah jumpa CEO diaorang ke?" Tanyaku.
Sakinah menggeleng. "Aku mana lah tahu, aku ni rakyat marhaen tak ada masa nak tahu semua itu."
"Okaylah, Kinah"
Selepas itu aku kembali ke meja kerja aku macam biasa. Aku terus buka laptop dan menaip di laman google. Kalau Sakinah tahu, mungkin kerja aku lebih mudah. Tapi, Sakinah tak tahu. Jadi aku kena lah pergi cari dekat pakcik Google.
Seketika aku terdiam begitu pakcik google memberikan maklumat pasal Neat Group.
"CEO yang baru dilantik 3 bulan lepas ialah Neeta. Muka dia sebijik macam Nelly. Yang jumpa dengan aku tadi betul-betul Nelly ke Neeta?" Tanya ku dalam hati sahaja.
###
Abang Kimi menunggu ku di area parking kereta macam selalu nya. Dia tersenyum dari kejauhan menyambut isterinya yang berjalan bak supermodel itu. Hahaha.
Aku terus masuk kedalam kereta, begitu pula dengan dia.
"Nak makan apa malam ini?" Tanyaku.
"Makan kat luar lah" Jawapnya.
"Okay, Yasmin pun penat sikit"
"Sebab itulah Abang nak makan dekat luar je. Tapi kita balik rumah dulu, lepas isyak baru kita keluar"
Aku mengangguk.
###
Zafril POV
Aku menunggu Yasmin di depan pintu condo sambil membelek gallery photo, banyak gambar lama bermunculan bila aku scroll jauh kebawah. Tiba-tiba aku tersenyum melihat gambar aku dengan Neeta, bekas tunang rahsia aku dulu. Dalam gambar itu kami berdua tersenyum hingga ke telinga sambil duduk berdua selepas majlis bertunang. Aku tak sangka aku masih simpan gambar itu.
"Ei Abang, senyum manis untuk siapa tu?" Tiba-tiba Yasmin dah tercegat di depan aku. Aku terus memasukkan phone kedalam saku seluar.
"Jom lah" Aku terus menutup pintu condo.
###
"Apa khabar Neeta sekarang? Lama dah aku tak nampak dia" Ucap ku dalam hati sambil memandu.
"Abang kenapa? Dah lapar sangat ke?" Tanya Yasmin.
Aku terus memegang perut. "Lapar lah, nak makan apa?" Tanyaku.
"Lah, Abang yang ajak kan? Mesti lah Abang tahu nak makan kat mana" Jawap Yasmin.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...