CKK 31

252 11 2
                                    

Zafril POV

Aku keluar berjalan ke meja makan seraya membetulkan tali leher. Yasmin sedang mengemaskan meja untuk sarapan.

"Good morning, sayang" Ucap ku sambil duduk dikerusi.

"Good morning" Balasnya. Dia terus duduk juga dihadapan ku macam selalu nya.

"Awal Abang siap?" Tanya nya.

"Lupa nak cakap, Abang nak pergi meeting dengan sebuah syarikat dan esok nak flight Kuching. So Abang jumpa diaorang nak bahas benda itu lah"

###

Yasmin POV

Aku terkejut mendengar apa yang dia ucapkan sebentar tadi.

"Ha? Asal terburu-buru?" Tanya ku.

"Bukan terburu-buru, Abang yang lupa bagitahu sayang"

Aku tersenyum nipis "Macam Yasmin ni dah tak kerja dekat SZY lagi"

"Kenapa pulak macam tu?" Tanya nya selamba sambil memakan nasi goreng seafood yang aku buat pagi ini.

"Ye lah, sebab Yasmin tak tahu apa-apa langsung. Yasmin bukan orang luar, I am the wife of the CEO. Kalau Sakinah atau Sean tu tak tahu, it's okay. But me?! It's impossible" Dengan nada hairan setengah mati

Dia berhenti makan setelah menelan makanannya. "Sayang, Abang dah cakap Abang lupa, kan? Bukan saja-saja"

"Okaylah, berapa hari Abang nak pergi?" Aku dah malas nak bertengkar.

"2 hari. Sekejap saja. Selama Abang tak ada, sayang boleh stay rumah Umi atau Bonda" Pelawa nya.

"Tengok lah macam mana"

"Okaylah, yang mana sayang suka je, Abang izinkan. Abang pergi dulu" Dia meminum air kosong kemudian mencium kening ku macam selalu.

Aku tersenyum nipis. "Elok-elok. See you this afternoon"

See you this afternoon. Aku tersenyum nipis selepas dia keluar dari rumah.

"Kauorang nak pergi mana sebenarnya?" Tanyaku bermonolog.

Semalam 'Nelly' call aku cakap dia tak ada dekat KL for 2 days. Dia suruh aku untuk tak datang kerumahnya selama 2 hari. Pagi ini, aku dengar dari Abang Kimi bahawa dia pun tak ada selama 2 hari. Sebenarnya kauorang nak buat apa?

###

"Weeeei.. betul ke apa yang aku dengar ni?" Nampaknya rooftop dah menjadi tempat favorite untuk aku dan Kinah berborak dan bertukar rahsia.

Aku mengangguk.

"Tolong lah, kau seorang je harapan aku."

"Tapi kan kalau suami kau tipu tak kan dia ajak aku dengan Cik Bella ikut sekali"

Sakinah pagi ini bagitahu aku yang dia nak pergi ke Kuching, baru tadi pagi kena inform oleh Cik Bella. So inilah kesempatan aku nak suruh Sakinah skodeng suami aku.

"Kau tahu tak, perasaan seorang isteri tu? Aku dah banyak kali jumpa fakta mengejutkan depan mata pasal diaorang. Sekarang ni, salah ke aku nak mencari tahu?"

Sakinah malah gelak nipis. "Tak salah. Aku mesti tolong tapi kau jangan nak gelabah. Maksud aku, kau jangan nak buat benda bodoh masa aku bagitahu kau nanti, kot kot lah apa yang ada dekat kepala kau tu betul. Tapi semoganya tak."

"Kalau lah betul, mungkin perangai gangster aku muncul balik kot" Jawap ku sambil gelak nipis.

"Jangan nak buat hal, sekarang ni kau patutnya berdoa sebanyak mungkin"

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now