CKK 13

308 16 0
                                    

Yasmin POV

Nak melawa sikit hari ini. Sebenarnya tak ada lah melawa macam mana pun, aku dah dekat 3 minggu pakai kereta pergi kerja. Tapi hari ini aku rasa macam lain sikit. Semangat sikit. Sebab dah terima gaji satu kali, maka aku pun nak do my best.

"Hei, Yasmin kan?" Aku menoleh ke belakang dan melihat kasut sport dan juga seluar jeans panjang yang dipakai seorang perempuan.

"Hai... Rania" Awek semalam ni, dalam hati aku.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya nya.

"Saya kerja sini" Sambil aku menaruh kunci kereta dekat beg. Aku dan Rania jumpa dekat basement sama-sama parkir kereta.

"Oh ye ke? Baru je semalam jumpa tak sangka hari ini jumpa lagi"

Aku tersengih je. Style perempuan ni okay juga aku tengok. Tak macam perempuan gedik yang aku tengok semalam. Dia pakai style casual lah hari ni dengan rambut di ikat macam ekor kuda.

"Jom lah teman saya naik atas, saya nak jumpa Abang Aril"

"Ha?! Abang Aril?" Tanya ku.

"YaAllah lupa... I mean, Syed Zafril Hakim. Sorry, itu panggilan sayang saya dekat dia"

Aku bukan nya tak tahu siapa Abang Aril tu, saja je nak buat-buat terkejut.

"Oh ye ke? Jom lah kita masuk, dia dah datang. Dah ada kereta dia tadi"

Aku dan dia berjalan bersama. Dia ni tak tahu ke atau buat-buat tak tahu kalau aku adalah ex wife Abang Aril dia ni? Tapi mak dia yang Datin tu tahu pulak?

###

Kami berdua sampai di tingkat 10.

"Rania, itu bilik Ab...hm itu bilik Encik Zafril. Saya nak pergi meja kerja saya dulu"

"Okay... thank you tau, Yasmin" Aku mengangguk.

Aku melihat dia terus masuk ke dalam bilik kerja Abang Kimi. Aku pula dah dengan selesa nya duduk di kerusi kerja aku.

###
Zafril POV

Rania datang sesuai janji nya semalam.

"Assalamuaikum, Abang Aril" Rania masuk dengan mengucap salam. Biasa nya main redah je dia ni.

"Waalaikumsallam. Awal sampai? Kata nak tengah hari?"

Dia terus duduk tanpa aku pelawa. "Oh saja, photoshot tu tukar jadual pulak. Jom breakfast? Sebab lunch nanti Nia nak kena pergi set"

Aku menggaru kepala berfikir sekejap. Aku dah makan lauk balance semalam. Tapi kesian pulak.

"Jom lah" Rania tersenyum dengan pantas.

Aku dan Rania keluar bilik kerja, aku melihat Yasmin tengah duduk di depan computer nya sambil menggigit pen.

"Yasmin, mana Sean dengan Sakinah?"

"Diaorang pergi hotel G" Hotel itu projek company aku juga lah, sebab hotel baru maka diaorang perlu interior designer.

"Yasmin, jom breakfast sekali?" Pelawa aku.

"Ajak dia ke?" Tanya Rania pelan. Tapi aku rasa Yasmin boleh dengar.

"Jom lah, Yasmin"

###

Yasmin POV

Aku boleh dengar lah Rania. Okay tak apa, aku tak akan kacau kauorang dating pagi-pagi buta ni.

"Tak apa, saya ada bawa bekal. Pergi lah" Aku senyum masam. Aku tipu sebenarnya, aku ni manusia paling gelabah. Kalau dah lepas subuh tertidur auto aku akan lambat. So hari ini kira lambat lah, tak sempat makan pagi. Padahal lauk balance dari Aunty Aisyah tu begitu menggoda pagi tadi.

"Yasmin bawa bekal?" Tanya Abang Kimi.

Aku mengangguk.

"Jom lah Abang Aril, kejap lagi Nia ada photoshot"

Aku lihat wajah Abang Kimi serba salah. Aku serius tak ada masalah. Dari pada aku jadi langau lebih baik aku tak ikut. Breakfast je kot, perut aku mesti tahan sampai jam lunch nanti.

"Serious?" Tanya nya lagi sekali.

"Ye betul. Encik Zafril pergi lah" Siap senyum lagi aku.

"Okay lah..." Dia dan Rania terus pergi dari hadapan aku.

Fiuhhh minah ni. Boleh lepas jantung aku bila dia buka mulut je. Kemain lawa tapi buat aku sakit hati je.

###

Rania POV

"Bukan aku tak tahu kau siapa, Yasmin. Kau adalah ex wife Abang Aril. Kau tak akan dapat Abang Aril balik, kau tak layak. Kau dah pergi tinggalkan dia, lepas tu kau jilat ludah kau balik. Kau ingat aku tak tahu kau dulu siapa, Yasmin yang paling terkenal sekali dekat club malam di KL ni"

Aku bercakap dalam hati. Masa semalam aku tengok dia berborak dengan Kak Nadirah, aku dah boleh cam dia siapa. Walaupun dia dah bertutup litup macam tu, dia tetap Yasmin kaki club.

"Well, kita akan jadi kawan baik Yasmin" Sambung ku dalam hati.

###
Yasmin POV

Aku memegangi perut. "Aduh jangan lah gastrik"

Aku terus pergi pantry mengambil almond milk dan juga satu bungkus kecil cloud9. Boleh lah jadi alas perut aku sebelum lunch.

Tengah aku makan cokelat, food bag di letakkan seseorang diatas meja aku.

"Makan lah, untuk brunch" Ucap Abang Kimi.

"Tapi Yasmin dah makan cokelat"

Dia mengambil cokelat dari tangan ku. "Tak payah lah makan cokelat, nanti gemuk. Ini ada Subway Abang pilih yang healthy stuff"

"Thank you" Jawab ku.

Dia terus duduk di kerusi Sakinah. "Jeles ke?" Tanya nya merepek.

"Ha?! Buat apa?"

"Abang rasa Yasmin dah jeles ni, iya lah ex-husband dia ada orang lain" Part ex-husband tu dia pelankan.

Rasa nak mendidih otak aku.

"Tak kuasa lah, sila lah kalau Abang ada orang lain. Abang pun bukan suka kat Yasmin"

"Siapa cakap? Ei malas lah layan Yasmin ni" Dia terus blah macam tu je.

Heeeiii sakit hati aku bila bercakap tak pernah nak sampai selesai. Ini baru mukadimah je dah lari.

Sekejap, tetiba je aku tergelak nipis bila mendengar dia cakap 'ex-husband'. Macam lah kita kahwin bertahun-tahun lepas tu cerai.

Aku ex-wife, dia ex-husband. Aku kena sedar status kami ni bukan main-main. Bukan setakat ex-girlfriend atau ex-boyfriend. Tapi kami dah lalui fasa Ijab dan Qabul tu, kami dah pernah bersanding, kami dah pernah rasa berkahwin walaupun tak sampai 48 jam. Walaupun dia ceraikan aku selepas 3 bukan berkahwin.

Aku tak pasti dengan perasaan aku. Hari tu aku berdebar hebat, kadangnya aku benci kat dia sebab dia suka nak tak nak je layan aku.

Aku mengaku kalau dulu memang aku tak cintakan dia langsung, tapi kali ini aku rasa lain. Aku rasa nak lihat dia selalu.

Betul lah dia cakap, aku jeles. Aku pun rasa macam tu.

"YaAllah Yasmin, sekarang ini lah baru kau nak jatuh cinta. Dulu-dulu kau biar je..." Aku mengutuk diri sendiri.

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now