Zafril Pov
Aku melihat kamu menutupi kepala dengan beg supaya tidak terkena hujan.
"Bagi payung ni dekat dia" Aku menyuruh guard memberikan payung kepada Yasmin.
Aku terus masuk kedalam.
Yasmin POV
Aku tak ada pilihan lain selain meredah hujan lebat itu. Nak sampai bila aku terpacak di depan pejabat Abang Kimi? Aku cuma nak pergi ke seberang untuk berjalan ke stesen MRT Pasar Seni menuju Ampang Jaya. Sebab tak ada kereta kan? Tapi dah biasa naik LRT ni semua, dekat sana hari-hari naik. So apa ada hal nya?
"Cik... Cik..." Dalam aku berlari ada seorang Pakcik guard memanggil aku.
"Payung" Ucapnya.
"Ha?" Aku macam tak dengar jelas. Kemudian Pakcik guard itu memberikan payung kepada aku.
"Untuk Cik"
"Ohhh. Terimakasih" ucap ku sambil menunduk. Kini aku tak akan basah lencun dah. Payung itu aku lebarkan dan aku terus berjalan macam biasa. Esok aku mesti bagi balik, ucapku.
###
Aku berjalan masuk kedalam rumah, dalam hati aku bingung nak cakap aku kerja kat mana.
"Assalamualaikum" Laungku.
"Waalaikumsallam" Jawab Bonda dan Rafael. Along ni memang hari-hari titip Rafael dekat rumah Bonda dan Ayah.
"Buat apa tu?" Aku bertanya sambil mencubit pipi gebu gebas nya. Dia tak menjawab macam selalu nya, ia hanya tersenyum. Walhal aku tahu dia tengah buat apa, dia tengah main robot-robot di depan televisyen. Bonda pula duduk diatas sofa sambil menonton TV.
Aku terus salam Bonda dan ngap satu potong epal hijau. "Dapat kerja?" Tanya Bonda.
Aku mengangguk. Bonda pula tersenyum. "Dah agak, Yasmin kan pandai"
Aku hanya tersengih. "Yasmin naik atas dulu" Bonda mengangguk.
"Fiuhhh" Aku kelegaan sambil mengusap dada. "Nasib baik Bonda tak tanya apa-apa"
Aku terus menumbangkan badan diatas katil. Aku terus tidur tanpa menukar baju.
###
Suasana di meja makan cukup meriah, sebab Along dan suami nya ada dirumah Ayah dan Bonda. Diaorang ni macam tak ada satu hari pun tak datang rasanya.
Tiba-tiba Ayah memberikan satu kotak yang berbentuk seperti kado ulang tahun.
"Birthday Yasmin bukan hari ini lah" Ucapku protes.
"Dia ni, orang nak bagi hadiah bukan time hari jadi je tau?" Along membebel.
"Buka lah" Pinta Ayah.
"Terimakasih Ayah" Aku terus membuka kotak itu.
"YaAllah, kereta, Ayah?" Mata aku terbuka lebar. Di dalam kotak itu adalah kunci kereta. Ayah mengangguk "Untuk Yasmin"
"YaAllah Ayah susah-susah je, nanti dah kerja pandai lah Yasmin beli sendiri"
"Yasmin, tak kan hari-hari nak pakai MRT? Kalau Ayah boleh hantar,kalau tak?"
"Terimakasih, Ayah. Yasmin terkejut je, kereta tu bukan benda murah"
"Apa nak susah nya, Ayah awak tu kan businessman, apa yang dia tak boleh beli?" Lagi lah Along bercakap. Ayah senyum je.
"Iya jugak kan, terimakasih semuaaaa. Tapi masalah nya, lesen pun tak ada" Aku terharu gila malam ini. Happy sangat.
"Itu Yasmin kena pergi lah esok buat lesen" Pinta Ayah.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...