Aku terbangun dari tidur selepas mendengar suara adzan. Abang Kimi masih baring di tempat tadi. Aku pun terus turun dari katil mendekati dia.
"Abang Kimi" Aku memanggil nya.
Dia bangun. Mudah gila nak kejutkan dia, fikir ku.
"Dah subuh" Dia terus bangkit dan menggosok mata nya dengan kedua belah tangan.
"Yasmin masuk je dekat dalam surau rumah ni kat lantai bawah samping bilik Kak Nad" Ucap nya.
"....Umi dengan Walid dan semua mesti dah ada dekat sana, Abang menyusul" Sambung nya.
Aku terus mengangguk dan turun ke bawah.
###
Surau itu siap ada tempat wudhu. Semua ahli keluarga mereka dan juga anak sulung Kak Nad dah ada dekat sana. Kak Nad ni janda, bercerai 3 tahun lepas masa aku dekat Australia dulu. Anak yang paling kecil baru 3 tahun."Yasmin..." Kak Nad terus menghulurkan telekung kepada aku selepas berwudhu.
"Terimakasih" Aku tersenyum.
"Zafril mana? Aunty tengok dia tidur terkeluar kaki kat bilik dia tu" Kantoi pulak oleh Aunty Aisyah.
Aku tersenyum malu-malu "Entah, kata nya dia menyusul"
"Kahwin je lah lagi sekali" Kacau Kak Nad.
"Apa Kak Nad ni, macam mana kalau dia dengar?" Aku berusaha menutupi rasa malu aku.
"Lagi bagus. Apa maksud si Zafril tu kalau tak ada hati lagi dengan Yasmin kenapa dia sanggup tidur di lantai?" Kak Nad ni makin bertambah lah degupan jantung aku dibuatnya.
Abang Kimi datang dengan dah memakai sarung dan songkok. YaAllah handsome, segak, dan bergaya. Nampak kematangannya sebagai seorang lelaki berumur 30 tahun disitu.
"Zafril jadi Imaam?" Uncle Syed menyuruh Zafril.
Aku memang tak hairan kalau dia jadi Imaam, dia memang budak baik dan tak pernah tinggal solat daripada dulu.
"Ye, walid" Dia terus maju ke tempat Imaam.
Makin jadi jantung aku berdegup kalau macam ni. Rasa nya kalau aku guna microphone sekarang ni, satu surau boleh dengar agak nya.
###
Zafril POV
Aku melihat dia melipat telekung milik surau rumah ini kemudia meletakkan nya di dalam almari surau.
Yasmin yang sekarang 360 darjat berbeza. Wajah nya tenang bila dipandang.
"Yasmin, nah baju untuk kerja" Aku menghulurkan baju-baju nya yang aku ambil di rumah nya tadi.
###
Yasmin POVAku terkejut melihat baju dan juga tudung aku ada di tangan Abang Kimi.
"Abang pergi rumah Yasmin?" Dia mengangguk.
"Yasmin boleh je pinjam baju Kak Nad" Aku ni sungguh tak bersyukur agak nya.
"Biar lah, ambil lah" Ucap nya. Aku terus mengambil baju-baju ku. Dia terus masuk dapur untuk mengambil air.
Pandai jugak dia ni padu padan kan aku punya kaler baju dan tudung.
"Abang nak kopi atau teh? Yasmin boleh buat kan?" Pelawa aku. Ini bukan pelawa ayam tau!
"Tak payah, air kosong cukup" jawab nya. Aku mengangguk dan terus naik ke bilik nya untuk mandi dan tukar baju.
###
Jam menunjukkan pukul 8 setengah pagi. Aku dan semua ahli keluarga Abang Kimi, kecuali Kak Nad yang dah pergi hantar anak-anak nya pergi sekolah dan playground berkumpul di ruang tamu.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...