###
3rd Person POV
Rania mencampakkan bag nya di atas meja bar, kemudian dia terus duduk.
"Relax arrr, kau siapa ni duduk di tempat aku?" Tanya Qash.
Rania tersenyum. "You tak kenal I? Rania, the supermodel!"
Qash menggeleng. "Kau ingat aku follow benda-benda artist macam tu?"
"Well, kenalkan I Rania dan saya adalah cousin dari future husband Yasmin"
Qash meletakkan cawan air syaitan nya itu diatas meja.
"Yasmin nak kahwin? Kau kenal Yasmin?"
Rania gelak. "Hello, budak tu kaki club dulu. Siapa yang tak kenal dia kan? I sebenarnya dah lama tahu pasal you, Yasmin, and Nelly, tapi disebabkan dulu I tak ada kepentingan dengan you maka I tak tegur."
"Oh jadi sekarang ni kau ada kepentingan lah? Apa dia?"
Rania tersenyum lagi sekali. "Kau nak Yasmin kan? Aku boleh bagi!" Ucap Rania sombong.
Qash gelak. "Nak macam drama-drama tu ke? Kau ambil suami dia aku ambil isteri dia? HAHAHA! Aku pun tak ingin lah Yasmin, aku nak balas dendam je!"
"Tak kisah lah you nak Yasmin untuk apa, tetap I boleh bagi"
"Kau tak kenal siapa Yasmin tu. Dia bukan calang-calang orang. Nak lawan perempuan lembik macam kau yang berjalan kat runaway tu, Yasmin boleh!"
Rania tersenyum sinis. "Come on lah! Ini bukan pasal battle otot dengan otot, tapi otak!" Rania memegang kepalanya dengan jari telunjuk.
"Tell me what you gonna do!" Pinta Qash.
Rania terus gelak dan senyum jahat. Dia terus mendekatkan mulut nya pada telinga Qash.
###
Nikah Day!
Yasmin POV
Aku berada di bilik bersama Sakinah. Orang yang tak pernah aku pandang semasa sekolah dulu kini jadi pengapit aku. Hidup memang tidak boleh dijangka.
"Cantik nya kau Yasmin!!" Sakinah terus tersenyum melihat wajah ku yang sudah di solek.
"Thank you.. Kau pun apa kurang nya?"
"Eleeeh.. pengantin dengan pengapit seri dia tak akan sama tau. Aku doakan semoga perkahwinan kau dengan our Big Boss tu berkekalan hingga ke syurga. Aamiin"
"Aamiin" Jawapku.
"Tak sangka kan rupa nya kau ada apa-apa dengan Boss kita tu. Baru 5 bulan kerja"
Aku gelak dalam hati. Sebenarnya lebih dari itu, Kinah, ucap ku dalam hati.
"Pengantin perempuan dah boleh masuk"
Aku dan Sakinah gelabah sangat.
"YaAllah Kinah, dah ke? Aku dah nak jadi isteri orang ke ni?"
"Jom lah!"
Berdebar sangat. Siapa yang pernah kahwin maka faham lah dia debaran itu.
'Walking the Aisle' bersama dengan Bonda dan juga Sakinah yang berjalan di belakang aku.
Aku melihat Abang Kimi dah duduk bersama dengan Kadi, saksi, dan Ayah yang akan menikah kan aku untuk kali kedua dengan orang yang sama.
Aku dibantu oleh Bonda dan Sakinah untuk duduk dengan nyaman di atas pelamin. Mata aku bertembung dengan Abang Kimi. Handsome sangat dia.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...