3rd person POV
Suasana mesyuarat didalam bilik meeting NEAT group berubah menjadi panas.
Neeta tersenyum seperti seorang psikopat.
"Cik Neeta, penjualan kita menurun dah 2 bulan dan profit kita automatik terjejas" ucap setiausaha Neeta, Farish.
"Apa masalahnya?" Soal Neeta selamba.
Semua orang disana menghela nafas berat.
"Masalahnya kita jadi berhutang untuk maintain produksi menggunakan bahan yang memang kita jaga sedari dulu, semasa parents Cik Neeta yang uruskan" Ucap salah seorang staff.
"Okay kita tukar formula dengan yang murah sikit" Jawap Neeta lagi lagi selamba.
"Cik Neeta, untuk menukar formula tak macam petik jari, kena ada uji lab dan banyak lagi, of course kita perlu masa yang lama dan modal yang tak sikit. Sementara kewangan company dah jauh menurun."
"Satu lagi Cik Neeta, kita tak boleh saja-saja tukar formula. Selama 25 tahun kita selalu menggunakan bahan semula jadi dari alam"
Didalam bilik mesyuarat itu hanya ada 4 orang termasuk Neeta, ketiga orang itu ialah kaki tangan company.
"Kauorang ni pelik lah, kata company kita profit dah teruk tapi I bagi cadangan langsung banyak sangat alasan."
"Tahu, saya rasa kita tak payah tukar formula. Kita hanya perlu buat sale meningkat untuk kembalikan profit semula" ucap salah seorang kaki tangan.
"How? Jangan cakap kauorang nak guna model sampah, Rania tu lagi" Ucap Neeta.
"Tapi betul Cik Neeta, selama ada Rania sale kita selalu naik. Dia pandai tau buat promotion, kalau dia pergi luar negara dia selalu bawa produk kita"
Neeta tersenyum sinis. "Kauorang ingat dia guna ke produk kita tu? Memang lah dia bawa pergi kesana kesini, tapi itu semua tipu."
"Cik Neeta, lantak lah dia nak tipu ke atau apa. Kita tak boleh nafikan kalau dengan adanya dia jadi brand ambassador kita, sale kita mencanak naik"
Neeta mengurut kepalanya yang dah pasti pening itu. "Tak. Banyak model lain, artis lain, atau tak payah guna diaorang semua. Meeting kita sampai sini je. Kauorang berdua keluar, kecuali Farish!"
Kedua orang staff itu keluar kecuali Farish, setiausaha.
"Farish, make sure jangan sampai dua orang tu dan semua staff tahu pasal formula yang berubah dari 6 bulan lepas"
Farish mengangguk. "Cik Neeta, sebenarnya saya tak setuju lah dengan semua ini. I think we have to stop this before kantoi. Kita kena tarik balik produksi batch terakhir di seluruh Malaysia"
"Farish, awak tahu tak kalau kita tarik balik berapa kita akan rugi? Boleh bankrupt company ni awak pun tak jadi nak kahwin" Ugut Neeta.
"Tapi saya risau lah"
"Farish, ini semua bisnes. I buat semua ini untuk model tak guna tu. Last-last dia cabut juga dari company ni. I tak boleh nak saman dia lah sebab dia tahu semua pasal syarikat ni"
"Lepas itu kita nak buat apa?" Soal Farish.
"Kita kena tenang. Kalau kita nampak sangat buat salah tu mesti lah nampak. Awak jangan takut Farish, saya tak akan libatkan awak dalam hal ini. Nama awak sebagai setiausaha saya akan berganti menjadi nama Rania jikalau semua ini kantoi"
Terbeliak mata Farish. "Cik Neeta..."
Neeta mengangguk. "Siapa suruh dia tahu segalanya pasal company ini."
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...