CKK 2

346 15 0
                                    

Kami sampai di sebuah hotel di Sydney, Australia. Aku membawa beg besar sehingga berat sangat kelihatannya.

Aku tak bercakap sama sekali. Aku harus bersedia untuk menjalankan misi yang dah aku rancang bersama Nelly.

"Sayang, kalau penat kita tak payah makan kat luar lah. Kita makan apa yang Umi dengan Bonda bekalkan untuk kita" Ajak Abang Kimi. Jelas aku menolak. Rosak nanti plan aku.

"Tak nak lah. Yasmin nak rasa suasana malam kat sini"

"Tapi dah lewat sangat ni"

Aku memegang tangan nya. "Abang lupa eh? Yasmin kan 'owl' malam jadi siang, siang jadi malam"

Abang Kimi tersenyum nipis hampir gelak.

"Betul, untuk malam ini saja. Selepas itu tak ada Yasmin 'owl' lagi, tak ada club malam lagi, tak ada beer atau arak, tak ada rokok, boleh? Pelan-pelan"

Aku tersenyum nipis. "We will see. Tapi Yasmin ada ini..."

Aku memperlihatkan tatto bunga melati yang agak besar pada Abang Kimi. Ia terdiam, tak tahu nak bercakap. Ye lah famili dia semua orang baik. Perempuan yang ada tatto masih menjadi issue. Ada tatto je nakal. Tapi aku memang budak nakal, kan?

Dia menyentuh Tatto itu "Asli... cantik"

Jawabannya sama macam Bonda. Walhal aku tahu mesti sakit hati nya. Aku saja, aku nak dia menyesal sebab pilih aku dalam hidup dia.

"Abang menyesal?"

Dia menggeleng pelan. "Tak. Abang yakin Yasmin boleh berubah"

Senyum sinis lagi lagi aku bagi. "Yasmin sayang kat Abang" Kini aku memegang kedua belah pipi nya dengan kedua belak tangan ku.

Aku kecup Dahi nya, lama. "Jom, Abang?"

###

Kami bergelak ketawa makan disebuah restoran Halal pilihan Abang Kimi. Dia dulu belajar kat sini, mesti dia tahu. Sekarang dia ambil master kat Malaysia sambil bekerja disebuah syarikat besar. Jawatan pun bukan calang-calang.

Ini waktu nya untuk aku buat misi aku.

"Abang, Yasmin ada sesuatu untuk Abang" Aku menghulur secarik surat yang bersalut kertas berwarna navy blue.

"Apa ni?" Tanya nya.

"Ada lah. Buka nanti je kat hotel" Dia terus menyimpan nya kedalam jacket nya yang tebal.

"Hmm.. Abang, Yasmin nak pergi toilet kejap" Tetapi aku malah memegang tangannya lama dan menatap mata nya seolah-olah nak telan dia.

"Pergi lah. Nanti terbuang kat sini" Masih dia nak melawak.

Aku terus senyum nipis. "Yasmin pergi dulu" Aku melepaskan tangannya dan segera turun kebawah. Toilet restotan ini nasib baik ada di bawah. Aku sengaja memilih tingkat atas supaya aku boleh melancarkan misi.

Aku bohong nak ke toilet. Aku terus berlari keluar restoran ke tempat yang aku dan Nelly dah sepakat. Aku terpaksa lari dari lelaki baik macam Abang Kimi dengan cara macam ni. Aku dah cakap aku tak baik, dia masih degil.

Zafril POV

Aku melihat Yasmin turun kebawah. Ia nampak tergesa-gesa. Aku tahu dia teruk, aku tahu dia tak baik. Tapi aku tetap pilih dia, sebab aku mencintai ia kerana Allah.

Sejuk sangat Sydney sekarang, aku terus melihat kearah jendela. Ada seseorang yang aku kenal berlari tergesa-gesa di tengah cuaca sejuk yang teruk. Yasmin.

Aku terus bangkit dan meletakkan berapa lembar dollar diatas meja. Aku keluar daripada restoran dengan tergesa-gesa juga. Aku marah. Aku risau.

Aku masih nampak dia berlari tetapi malam ini udara sejuk teruk beserta angin. Aku kehilangan jejak dia. "Yasmin? Yasmin?" Nyaring aku berteriak memanggil nama nya. Tapi tak ada sahutan.

"Kat mana nak cari Yasmin?"

Malam dah menunjukkan pukul 2 pagi, aku melihat masih ada orang dijalan. Setiap mereka bercakap embun udara sejuk keluar dari mulut nya. Begitu juga aku.

"At least aktifkan lah phone, Yasmin" Aku marah sendiri. Aku duduk di kerusi taman pukul 2 pagi.

Aku seolah tak tahu nak cari dia dimana. Aku tak mungkin nak cakap sekarang dengan Bonda dan Ayah kalau anak bongsu dia hilang di negara orang.

Surat yang tadi Yasmin bagi mesti surat perpisahan. Aku segera membuka. Untung lah lampu taman terang benderang walhal pukul 2 pagi.

Untuk Abang Kimi...

Maaf kerana pergi begitu saja
Maaf kerana berlari tergesa-gesa
Maaf kerana mencampakkan Abang yang baik ini
Maaf kerana derhaka menjadi seorang isteri, walau baru sehari
Maaf kerana tak ada salam perpisahan yang layak.

Yasmin tak boleh hidup dengan Abang
Yasmin tak boleh nak patuh pada Abang
Yasmin tak cinta Abang

Abang balik lah ke Malaysia, bagi Ayah, Bonda, Umi, Walid, Along Vivi dan Kak Nadirah baca surat ini supaya mereka tak menyalahkan Abang yang tak pandai jaga anak orang.

Abang tolong ceraikan Yasmin. Halalkan makan minum Yasmin. Yasmin harap Abang boleh jumpa wanita yang jauh lebih baik dari Yasmin sekarang ini.

Bagitahu Ayah dan Bonda, Yasmin minta maaf. Yasmin akan balik suatu hari nanti, tetapi bukan sekarang. Abang halalkan wang mas kahwin yang bagi untuk Yasmin hidup kat sini.

Abang boleh membenci Yasmin

Terimakasih untuk satu hari ini.

Yasmin...

Aku tak sanggup nak menahan air mata. Rasa kecewa, rasa marah semua menyatu. "Kenapa Yasmin?" Banyak kali aku tanya sendiri. Aku mencintai dia ikhlas tapi dia boleh lari.

Yasmin POV

Aku tersenyum melihat Nelly yang keberatan membawa beg aku yang besar gedabak.

"Kau gila sebenarnya kan? Dah lah berat, jauh pulak tu" Nelly membebel.

"Sorry. Thank you tau"

"Jom lah" Nelly membuka pintu. Kami tinggal di bekas rumah adik Mama dari Nelly yang saat ini tinggal di Perth. Rumah tu untuk dia singgah bila balik Sydney.

"Kau ni menyusahkan lah. Kalau tak nak nikah, buat cara tak nak"

"Tak ada pilihan. Aku dah tak boleh nak menolak apa lagi membatalkan perkahwinan. Boleh masak aku oleh Ayah"

"Sekarang ni, kau bukan setakat masak je. Kering...hangit"

Aku gelak. "Biar lah. Aku tahu mesti family aku marah besar. Lantak lah, aku pun ada hidup sendiri"

Nelly gelengkan kepala. "Kesian tau suami kau tu. Entah macam mana cara nya dia bagitahu family dia dan family kau yang kau hilang"

"Kau jangan risau, aku dah siap tulis dekat surat tu. Dia tak akan disalahkan"

"Kuliah kau macam mana?" Tanya Nelly.

"Aku bukan belajar pun selama ni. Kau tenang aku bawa semua sijil aku. Pandai-pandai lah nanti kalau aku rasa nak belajar aku daftar college. Visa aku macam mana?"

"Dah. Uncle aku dah settle kan"

Aku memeluk Nelly. "Thanks Nel, tak tahu apa jadi kalau kau tak ada"

"Sama-sama. Kita ni nakal-nakal juga tapi kena smart."

"Sekarang ni kita kena kerja supaya kita boleh having fun kat sini"

"Kau nak kerja apa? Yang kotor? Yang bersih?"

"Of course lah yang bersih. Aku tak ada lah sampai nak gadaikan maruah"

"Mana kita tahu" Jawab Nelly selamba

"Kau ni kan..." Aku mencubit Nelly. Menurut kami benda macam tu gurauan. Mungkin orang lain tak macam tu mendengar nya.

Macam kata Nelly, nakal tapi kena smart.

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now