CKK 29

190 10 2
                                    

Neeta POV

Tiba-tiba aku berada disini, ditempat aku dulu bertemu dengan nya.

"Tak salah tengok ke mata Aunty ni?" Seseorang yang aku kenal dulu duduk di hadapan aku.

"Aunty Yana?" Aku terus memegang tangannya.

"Dah bertahun rasanya Aunty tak jumpa Neeta" Aunty Yana tersenyum melihat aku.

"Itu lah.... selama ini tinggal oversea. Baru setahun lepas balik sini, Aunty."

"Dah kahwin ke belum? Zafril ada datang sini bawa isteri dia"

Aku terdiam. Yasmin dah pernah makan sini? Makna nya Yasmin special. Sebab ini adalah restauran ibu dari sahabatnya yang dia sayang sangat. Kalau dia bawa orang makan sini itu makna nya orang itu special.

"Belum lagi Aunty, busy sangat tak sempat nak fikir pasal jodoh"

"Jangan kaya sangat, nanti lelaki takut"

Aku gelak. "Boleh ke macam tu? Aunty ni"

"Panjang umur" Aunty Yana melihat kearah pintu masuk.

###

Yasmin POV

Aku melihat Neeta yang menyamar menjadi Nelly itu duduk bersama Aunty pemilik restoran. Aku gelak dalam hati. Dah macam ini situasi nya kalau Abang Kimi masih tak nak jujur, maka aku tak faham lagi apa yang salah? Apa yang dia cuba sorok?

"Abang, ada Nelly"

"Ha?!" Abang Kimi semacam blur dengan keadaan.

"Hm sayang, kita makan tempat lain lah!" Ajak nya.

"Kenapa pulak? Kita kan dah sampai, ada Nelly pulak tu boleh makan sekali"

Tiba-tiba Neeta berjalan kearah kami.

###

Neeta POV

Aku memutuskan untuk pergi dari sana. Aku berjalan kearah mereka. Mujur Aunty Yana sudah pergi sebab ada hal didapur sesaat selepas dia melihat Zafril dan Yasmin berjalan di depan pintu masuk.

"Yasmin, aku balik dulu"

"Lah kenapa? Dah makan ke?" Tanya nya.

"Dah, aku dah dari tadi. Jumpa esok, Yasmin. Bye" Aku berjalan keluar dari restoran.

Sebelum pergi, sambil berjalan aku sengaja memegang tangan Abang Zafril dalam diam. Nasib lah dia berada di belakang Yasmin jadi aku boleh memegang tangan nya sambil berlenggang keluar dari restoran. Tangan yang lama aku tak sentuh, malam ini aku pegang juga.

###

Zafril POV

Tangan ku dipegang oleh Neeta seraya ia berjalan keluar dari restoran. Tanpa sedar aku membalas genggaman tangan nya. Badan aku berkeringat.

"Apa dah jadi dengan aku?" Soal aku dalam hati.

Aku melihat belakang Yasmin sambil berjalan kearah kerusi yang kosong. "Maaf, sayang. I can't handle myself"

###

Yasmin POV

Aku duduk diatas katil. Aku tidak faham apa yang berlaku sebentar tadi. Sepatutnya aku sudah perasan daripada awal pasal the fake Nelly. Nampak dengan jelas dari hari ke hari bahawa dia bukanlah sahabat ku, Nelly.

Abang Kimi keluar dari bilik mandi dan terus mencium dahi ku. "Dah kenapa?" Soal ku.

"Saja. Nak cium isteri pun kena ada alasan ke, sayang?"

"Macam ada buat salah je Abang ni" Syak ku tetapi sebenarnya aku menuduh.

Dia cium pipi aku. "Jom tidur" ajak nya tanpa menjawap syak prasangka aku tadi.

Aku akur juga, aku berbaring disebelahnya macam biasa. Dia tertidur dulu, penat sangat ke boss kita ni?

Wajah kacak nya aku tenung. Bibir nya, kening nya, hidung nya, dan pipi nya aku sentuh dengan lembut. "Yasmin takut Abang berubah. Yasmin takut kehilangan Abang. Can we stay like this forever, Abang?" Ucap ku pelan sangat.

Aku memegang pipi nya dengan tangan kanan ku. Kami tidur berhadapan malam ini.

Aku sebenarnya tak nak menaruh curiga, tak nak siasat apa-apa. Kalau Abang Kimi tipu aku seumur hidup pun aku sanggup asalkan dia tak pergi dari hidup aku. Tapi segala nya semakin jelas, nak tak nak aku kena juga siasat dan mencari tahu. Aku nak pernikahan ini tanpa kebohongan, tanpa rahsia, aku nak percaya sepenuhnya dekat Abang Kimi seperti sebelum Neeta masuk kedalam hidup kami.

Terseksa rasa nya hari-hari ada perasaan curiga macam ini. Aku cinta sangat Abang Kimi, this feeling kills me every single day.

###

Rania POV

Aku belum ada keluar rumah semenjak aku tahu hal sebenar. Terlalu malu untuk bertemu dan meminta maaf dekat Yasmin.

Aku merasa bersalah sebab sudah membawa bala dalam kehidupannya. "Aku akan cari cara macam mana nak hilangkan Neeta dari kehidupan Yasmin dan Abang Aril.

"Macam mana kalau Abang Aril masih menaruh perasaan pada Neeta? Bodoh nya kau Rania!!" Aku menghempaskan wajahku diatas bantal. Aku berfikir mencuba mencari solusi tetapi buntu.

Hal pertama yang harus aku buat adalah.... tiba-tiba aku berhenti berfikir. Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak tahu bagaimana cara nak mengentikan Neeta, Neeta dah masuk terlalu jauh rasa nya.

Hal pertama yang aku kena buat mestilah memasukkan Qasha kedalam penjara atas kes Shana.  Kalau pun tak, aku nak dia sengsara. That's all.

###

Neeta POV

Tangan yang tadi aku sentuh rasa nya seperti masih melekat di telapak tangan. Aku tersenyum. "Ini baru permulaan, sayang. Pegang tangan dah, lepas tu apa lagi?" Aku bermonolog.

Nampak sangat Abang Zafril masih tak dapat melupakan aku, dia langsung tak marah masa aku pegang tangan nya, dia malah menyambut genggaman tangan ku.

"Yasmin, sabar okay?" Aku gelak macam tetiba kaya sebab dapat lottery je.

Inikah tanda nya one step closer menambat hati nya kembali?

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now