Along Vivy's POV
"Bonda, busy tak?" Tanya ku pada Bonda sambil tersenyum lebar.
"Tak. Kenapa?" Jawab nya senyum juga.
"Kalau Ayah?"
"Ayah rasa nya pergi main golf kan dengan Izzam?" Izaam adalah nama suami aku. Ya aku dah berkahwin 3 tahun lamanya. Anak pun dah ada 1, lelaki. Namanya Rafael. Comel dan bijak. Ye lah aku mak dia, mesti aku puji.
Aku menepuk dahi sebab lupa.
"Kalau macam tu, Bonda ikut Along lepas tu kita jemput diaorang dekat tempat golf, lepaaaas tu kita pergi lunch sama-sama."
Bonda jeling. "Along naik pangkat ke apa ni?"
Aku senyum nampak gigi. "Kalau itu Along tengah usaha. Tapi yang ni gempak gila. Semua mesti ikut!" Pinta ku.
"Bonda on je kalau Along belanja"
Aku mengangguk. "Pasal tu Bonda jangan risau" Aku gelak danmencapai kunci kereta yang ada diatas meja makan.
"Sekarang?" Tanya Bonda
Aku mengangguk. Aku tengok Bonda dah siap pakai tudung so aku ajak lah.
"Eiii Bonda nak tukar baju dulu apa" Protes Bonda.
"Cantik dah Bonda tak payah tukar" Aku dah tak meyempat sebab Yasmin kejap lagi je nak sampai Malaysia.
###
Ayah dan suami aku dah siap aku angkut sekali dalam satu kereta. Hari ini aku yang kena memandu sebab kalau tak habis kantoi.
"Kita nak pergi makan kat mana Mama?" Tanya Rafael yang masih pelat bercakap itu.
"Ada lah. Tapi kita pergi suatu tempat dulu lepas tu kita baru makan"
Suami aku macam hairan. "Laaah bukan ini jalan KLIA ke?" Aku hanya tersenyum.
"Along... cuba bagitahu Ayah sebenarnya kita nak buat apa? Tak kan impromptu holiday kot, esok kita semua kerja" Aku senyum balik tak menjawab.
"Kita on the way jemput Yasmin ke ni?" Tanya Bonda. Naluri seorang ibu memang tak akan salah.
Aku terdiam sekejap. "Ye, tapi Along minta sangat dekat Bonda dan Ayah jangan marah dia, please? Punya susah Along pujuk dia nak balik, tak kan Ayah dan Bonda marahkan dia pulak. Yang lalu biarlah berlalu, Along yakin Bonda dan Ayah bangga tengok perubahan dia sekarang"
Aku tengok Ayah dari cermin kereta, Ayah tak bercakap, ia hanya diam. Sementara itu, aku melihat segaris senyuman dari bibir Bonda. Ye lah 5 tahun tak balik. Mesti Bonda rindu sangat.
###
Aku keluar dari pesawat menuju ke tempat pengambilan barang. Selepas 5 tahun dan akhirnya aku balik. Jujur takut sangat untuk berdepan dengan dua insan yang dah aku sakitkan hati dan perasaan nya.
Aku tak membawa banyak barang. Semua baju seksi aku tinggal dekat sana, aku tak nak simpan dah baju baju yang pernah aku bawa masuk tempat gelap tu. Sekarang adalah masa aku untuk buka lembaran baru walaupun lembaran lama belum tentu juga dah selesai.
Bergetar hati bila keluar dari pintu KLIA 2, aku membawa1 beg besar dan 1 beg tangan. Aku melihat Ayah dan Bonda berdiri di depan kereta. Aku melihat fizikal meraka yang dah tua. 5 tahun aku tak berkhabar, hanya mendengar khabar nya dari Along. Wajah Ayah nampak tegas, seperti selalu nya. Aku dah siap kena marah. Bonda, insan yang mesti bersedih setiap malam sebab rindukan aku.
Aku berjalan dengan pasti menuju mereka. Kini aku tepat dihadapan Ayah dan Bonda, air mata menitis sedikit demi sedikit. Ayah memelukku terlebih dahulu, aku juga turut memeluk Ayah dengan tangisan yang akhirnya tak dapat aku nak tahan. Bonda juga ikut memeluk aku disaat Ayah masih memeluk.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...