Yasmin melepaskan pelukannya. Ia terus bangun dari kerusi dan berjalan ke bilik.
"Sorry, Yasmin serabut" Ucapnya. Kemudian pintu bilik dikunci nya.
"Biarkanlah dia, Zafril" Ucap Ayah kepada Yasmin sesaat Zafril hendak menyusul Yasmin ke bilik. Zafril terus menghentikan langkahnya. Ia mengangguk akur.
Bonda dan Umi. Kedua-dua nya menepuk punggung Zafril agar bersabar.
"Bonda yakin Yasmin tak akan cakap macam itu lagi. Dia memang masih mentah sebenarnya, dia suka berbuat tanpa berfikir. Tapi sebenarnya dia menyesal dekat dalam tu" Ucap Bonda kepada Yasmin.
Zafril tersenyum kearah Ibu mentua nya selepas itu ia menghalakan pandangannya ke arah pintu bilik.
###
Selepas semua orang dah balik kerumah masing-masing, Zafril masih menatap pintu bilik yang senyap tanpa suara itu. Ia berjalan kearah pintu. Diketuknya pintu bilik.
"Sayang... makan jom?" Pelawanya. Tiada jawapan.
"Sayang? Abang risau ni" dengan suaranya yang terdengar risau.
"Yasmin Zuhaira binti Jafaar..."
Yasmin berjalan kearah pintu sesaat nama penuh nya disebut. Hatinya tak tentu arah.
Ia berdiri di sebalik pintu.
"Saya Syed Zafril Hakim bin Syed Zaufar Hakim mencintai kamu sampai habis nyawa ini. Saya meminta maaf dari hujung kaki sampai hujung kepala."
Air mata Yasmin menitis. Ia menangis dalam senyap.
"Andai saya malaikat, mungkin maaf itu akan terasa mudah. Tapi sayang, saya manusia biasa. Tak mudah untuk memaafkan padahal Allah dengan mudahnya dapat memaafkan hambaNya. Bagi Yasmin masa." Air mata nya berjuraian jatuh ke pipi.
Zafril dari sebalik pintu mengangguk dengan mata memerah dan air amta yang bertakung di pelupuknya.
"Terimakasih. Tapi sayang makan tau? Abang suruh Sakinah temankan sayang dekat rumah selama Abang pergi outstation ke Melaka, okay?" Ucap Zafril.
Yasmin sudah tahu kalau Zafril ada jadual ke Melaka hujung minggu ini dengan Sean dan Cik Bella. Yasmin masih tak menjawap.
"Sayang, Abang pergi tau? Sakinah akan datang dalam 30 minit lagi"
Kemudian terdengar suara pintu ditutup. Yasmin terus membuka pintu biliknya.
Ia menghela nafas berat. Dilihatnya di atas meja makan yang tertutup tudung saji itu ada sepinggan nasi goreng.
Yasmin mengambil sudu, Ia makan masih dengan air mata berjurai di pipi. Ia menepuk-nepuk dada nya. "YaAllah Yasmin, asal susah sangat? Dia je boleh maafkan kau dulu kenapa kau macam ini?" Ia bermonolog seorang diri.
###
Sakinah membuka pintu balkon. "Yasmin sini kejap" Ia memanggil Yasmin yang tengah duduk tanpa maya diatas sofa ruang televisyen.
Yasmin berjalan kearas Sakinah. "Hm?" Singkatnya.
Sakinah membawa Yasmin ke balkon. Cuaca selepas hujan memang menenangkan. "Kau hirup udara segar ini banyak-banyak" pinta Sakinah.
Yasmin pun menghirup udara yang sebetulnya memang segar selepas hujan. Hujan renyai tiba-tiba turun lagi. Yasmin tiba-tiba tersenyum nipis.
"Best kan?" Soal Sakinah.
Yasmin mengangguk. "Best. Thank you, Kinah"
Sakinah tersenyum. Ia memegang tangan Yasmin sambil masih menghadap ke depan bersama dengan Yasmin.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...