CKK 28

196 8 0
                                    

Yasmin POV

Hari ini aku sudah berada di dalam rumah baru 'Nelly'. Aku akan memulakan kerja ku sebagai interior designer dengan beberapa pekerja yang lain.

"Apakah taste mereka sama?" Nelly menyukai sesuatu yang sederhana dan minimalist. Apakah wanita glamour seperti 'Neeta' itu juga menyukai hal yang sederhana?

Salah seorang pekerja menemui aku.

"Cik, minta maaf, hm menurut saya untuk rumah semewah ini perabot dan warna nya terlalu sederhana. Macam rumah kondo biasa je"

Aku tersenyum. "Teruskan je. Berapa percent?"

"97% lah" Jawap pekerja tadi.

"Good. Pemilik rumah akan datang dalam 2 jam lagi" Ucap ku seraya berjalan melihat sekeliling rumah.

"Baik Cik"

###

Rumah ini sudah lengkap dengan perabot. Aku masuk ke bilik utama yang pasti bilik Nelly. Tentunya tiada apa-apa disini, barang peribadi mahupun yang bukan. Aku hanya melihat pemandangan dari luar balkon bilik ini.

"CEO? Mesti lah rumah dia gempak." Aku tersenyum dah macam orang tak betul. Aku cuma tak faham kenapa kena masuk dalam rumah tangga aku? Aku baru nak happy.

"Nelly.... aku rindu sangat dekat kau. Kau je kawan aku yang faham perasaan aku. Rupa nya aku belum kenal kau sepenuhnya, aku tak tahu tentang keluarga kau sampai hari ini aku masih hairan dengan apa yang berlaku, dengan orang yang tiba-tiba masuk dalam hidup aku"

Aku bermonolog sendiri. Selepas itu aku keluar dari bilik nya.

2 jam kemudian...

"Macam mana?" Aku tersenyum sambil memperlihatkan hasil kerja aku dekat 'Nelly'.

"Hm... broken white? Hm... kau tak rasa benda ini terlalu simple ke? Actually hmmm aku tak expect warna putih" Ucapnya.

"Tapi kau cakap kau nak aku buat sesuai taste kau. Ini lah dia? Hm... kau tukar warna kegemaran ke?" Tanya ku.

Dia tersenyum kelat. "Oh tak... putih? maksud aku cepat kotor, bukan apa aku ni macam jarang dekat rumah dan takut lah kalau lama kena tinggal rumah ni jadi rosak ke apa kan? Better warna gelap"

Aku tersenyum. "Kau jangan risau. Aku tak mungkin pakai bahan kualiti buruk untuk rumah kau mesti lah pemilihan material semua premium. Jangan risau, okay? Semua yang ada dekat sini akan tahan bertahun-tahun, walaupun aku tinggalkan lama." Aku menepuk bahu nya.

Aku terus berjalan kearah biliknya. "Jom kita tengok bilik kau" Aku dan dia masuk kedalam bilik.

Tiba-tiba dia berhenti melangkah.

"Kenapa?" Tanya ku.

Mata nya tak bermaya. Dia menutup mata nya "Buang jam pasir itu sekarang!" Pinta nya sambil masih menutup mata. Aku menaruh jam pasir yang agak besar dari ukuran biasa nya di samping katil nya. 'Nelly' suka jam pasir. Apa lagi yang warna-warni.

"Ha? Bukan ke kau..."

"BUANG SEKARANG!!" Belum sempat aku melanjutkan dia dah menengking, terus aku terperanjat.

Aku tersenyum sebab nampak dengan jelas kalau dia bukan Nelly. Aku menunggu saja untuk dia berterus terang atau Abang Kimi yang menjelaskan?

Aku terus mengambl jam pasir itu dan memasukkan nya ke dalam kotak nya yang aku simpan di bawah katil. "Okay done. Sorry, Nel. Aku ingat kau masih suka jam pasir"

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now