Aku masuk ke dalam bilik kerja Abang Kimi. Dia melihat ku tanpa tersenyum, tetapi mata nya tidak terlepas dari memandang aku.
Aku menaruh laptop ku yang dah terbuka di atas meja nya. "Encik Zafril, saya nak presentasikan idea saya"
Dia melihat ke arah jam dinding. "5 minit lagi office hour habis" Ucap nya.
"Saya tahu, saya minta maaf sebab lambat"
Dia menatap aku lagi sekali. Kemudian dia tiba-tiba tersenyum hampir gelak melihat aku.
"Tak sangka Awak boleh bertutup litup macam ni" Ucapan nya itu membuatkan hati aku tak tentu.
Aku tersenyum. "Manusia berubah kan?"
Dia mengangguk. "Ye betul. Manusia akan berubah"
Aku berjalan selangkah mendekati meja kerja nya. "Abang Kimi, maafkan Yasmin" Kalau lah Abang tahu, bertahun Yasmin tunggu kesempatan nak ucap maaf pada Abang.
Dia tersenyum lagi sekali. "Kalau lah semudah itu ucap maaf, tak akan ada pasangan yang bercerai"
Aku terus memejamkan mata, terkilan sangat. Bila membuka mata lagi, Abang Kimi sudah berdiri dari kerusi nya. Dia kini berjalan ke arah aku.
"Abang nak Yasmin buat apa agar Abang maafkan Yasmin?"
"5 tahun Yasmin, 5 tahun awak guriskan luka dekat hati saya. Awak tahu tak betapa sedih nya saya bila awak tinggalkan saya macam tu je? Saya cari awak merata, Yasmin. Mungkin, kalau masa itu saya jumpa awak, hubungan kita tak akan rosak macam ni. Mungkin saya akan maafkan awak dan teruskan perkahwinan kita. Tapi ini dah bertahun lama nya, Yasmin."
Aku tak sanggup untuk menahan air mata. Aku memang patut untuk berada di situasi macam ini. Ini memang balasan yang patut untuk aku.
"Yasmin menyesal. Yasmin tahu segala nya tak akan boleh balik macam semula, tapi Yasmin merayu kemaafan dari Abang. Hati Yasmin tak pernah tenang selepas tinggalkan Abang. Abang Kimi, maafkan Yasmin?"
Abang Kimi tak menjawab, dia malah mengambil beg dan phone nya. Dia terus pergi meninggalkan aku sendiri di dalam bilik kerja nya. Tanpa mengucapkan kata apapun, tanpa menjawab apa yang aku ucapkan tadi.
Air mata ini tak mampu untuk tidak menitis. Aku terus terduduk di kerusi bilik itu. Aku menangis tanpa henti.
###
Zafril POV
Aku pergi begitu saja. Aku tak mampu melihat mata nya yang sudah berkaca-kaca. Mahu nangis nanti aku bila terus berada di dalam.
Aku melihat dia terduduk di atas kerusi, ia tertunduk menangis.
Kaki aku berjalan ke basement untuk mengambil kereta. Jam menunjukkan hampir pukul 6. Aku tidak tahu sama ada dia masih berada dibilik aku atau tidak.
"Pak Syam" Aku memanggil security yang hari itu aku suruh dia memberikan payung kepada Yasmin.
"Ye, Boss" Ia terus datang menemui aku.
"Ikut saya" Aku dan Pak Syam terus berjalan kearah tingkat departement aku.
Kami berhenti di depan bilik aku. Yasmin masih disana, seorang diri dalam gelap.
"Suruh dia balik. Call teksi untuk dia dan bagi ini kat dia" Aku memberikan wang kepada Pak Syam dan juga sapu tangan.
"Baik, Boss" Pak Syam masuk dan aku terus blah.
###
Yasmin POV
Aku malu hendak keluar dengan mata bengkak. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 6. Tiada siapa dah agaknya dalam pejabat ini, tapi tiba-tiba pintu bilik Abang Kimi ada yang membuka.
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...