Yasmin POV
Aku menekan butang password apartment mewah milik 'Nelly'. Aku masuk ke dalam rumahnya, dia memang dah bawa masuk barang-barang peribadi nya. Seperti gambar nya, segala achievement yang dia dapat, bahkan gambar keluarganya. Dia tak takut ke kalau aku nampak semua ini? Atau dia memang nak berterus terang? Aku tiba-tiba tersenyum, apa yang dia cuba nak sampaikan?
Dia macam nak bagitahu dekat aku kalau dia sebenarnya bukan Nelly. Aku pun masuk ke dalam biliknya. Biliknya tak sepi macam 2 hari lepas. Tapi....
Aku berjalan kearah gambar yang di simpannya di samping katil tempat jam pasir seharusnya berada. Gambar dia berdua dengan Abang Kimi.
Aku kehabisan kata-kata, dada ku tiba-tiba pedih, tiba-tiba air mata aku menitis. Aku terus keluar dari biliknya dan juga rumahnya.
###
"Yasmin, kau nak kerumah aku tak hari ini?" Mesej masuk dari Neeta.
"Tak jadi, sorry" bohongku membalas, padahal aku baru sahaja dari dalam rumah nya.
###
Neeta POV
Aku terus memegang dada kelegaan. Syukur lah dia tak jadi kerumah ku, aku dah gantung dan susu segala identitas ku yang sebenar didalam rumah itu. Kenapa aku boleh lupa kalau aku masih ada urusan dengan Yasmin dekat rumah. Harusnya aku telan je bila dia bagi aku warna putih walaupun aku tak suka. So aku boleh simpan gambar Abang Zafril dengan bebas nya dekat bilik. Aku kena balik rumah dan simpan segala nya sampai rumah aku siap sepenuhnya.
###
Yasmin POV
Aku gelak tetapi juga menangis. "Kenapa perlu sorok? Bukan ke dia sendiri yang cakap tiada rahsia dalam perkahwinan ini? Kenapa dia menipu?" Monolog ku sendiri sambil melihat dengan blur setereng kereta.
"Atau... dia masih cinta dengan Neeta sebab itu dia sorok?" Aku semakin tak keruan fikirannya.
Aku pun terus melajukan kereta ke office.
###
Screen computer itu aku tenung. Aku memang tiada mood nak buat kerja apapun. Aku nak resign saja rasanya mulai hari ini.
"Hushhh" Bahu ku ada yang menepuk. Sakinah.
"Ha?!" Blur sangat.
"Kau dah kenapa?" Tanya Sakinah.
###
Aku membawa Kinah bercakap di bumbung office. Aku tak tahan untuk menyimpannya sendiri, bukan sebab aku nak aib kan suami tetapi aku perlu pandangan seorang kawan supaya aku tahu harus berbuat apa.
"Kinah, kau ingat kan masa aku tanya kau pasal CEO Neat Group tu?" Sakinah mengangguk.
Kami bercakap sambil berdiri menghadap indahnya sekeliling bangunan yang tinggi dan juga KLCC yang kelihatan tidak terlalu jauh.
"Ha'a lah, kau kenal ke?" Tanya Sakinah.
"How do I start? Macam ini, aku tak tahu ini mungkin masih syak prasangka aku sahaja. Aku rasa suami aku ada hati dengan dia lah"
Sakinah terus batuk. "HA?! What? Diaorang kenal ke?"
"Neeta nama CEO itu adalah ex tunang suami aku dan lately kitaorang jumpa dan lebih parah lagi aku lah yang buat rumah dia"
Lagi lah Sakinah melongo. "Bukan ke Cik Bella kata itu kawan baik kau? Nelly?"
"That's the point. Kau mesti akan terkejut bila dengar"
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...