"Zafril, tolong ambil buah potong dekat peti ais" Pinta Umi. Aku segera bangun dari duduk dan membuka peti ais.
Di atas pinggan ada epal, strawberry, dan kiwi yang dah di potong. Umi memang suka potong buah. Kalau tak di potong tak ada siapa nak makan buah.
Aku meletakkan buah itu diatas meja makan. Sarapan hari ini selalu meriah macam selalu nya.
"Cuti ke kenapa tiba-tiba balik rumah?" Tanya Walid.
"Saja, Walid" Jawab ku singkat.
Aku bukanlan Zafril yang dulu, Zafril yang manis. Zafril hari ini adalah Zafril yang dingin dan kaku. Ia akan kerja setiap hari kalau boleh. Tiada masa untuk memikirkan diri sendiri.
"Zafril, hantar seri muka ni dekat Aunty Kalsom dan Aunty Mei kat depan tu" Umi buat aku macam anak kecil tiap kali balik rumah.
Setakat bagi kuih kat Aunty Mei tu tak masalah, tetapi Aunty Kalsom?
"Bagi je lah. Bukan nya ada Yasmin" Walid terlalu terbuka bila bercakap.
Aku hanya tersenyum datar.
"Umi tak paksa Zafril lagi untuk maafkan Yasmin, tapi at least jangan tutup silaturahim dengan diaorang"
Aku mengangguk dan segera mengambil 2 pinggan itu.
Satu aku dah bagi dekat Aunty Mei depan rumah dan kini tiba masa nya untuk aku masuk kerumah Aunty Kalsom.
###
Yasmin POV
Aku mendengar suara pintu rumah di ketuk dan orang memberikan salam. Aku nak pergi keluar dengan Along sekejap lagi.
"Cik Yasmin, biar saya buka" Pembantu rumah baharu bernama Suni itu membuka pintu, aku hanya terus ke dapur untuk mengambil air kosong.
Selepas aku mengambil air. Aku lalu depan pintu ruang tamu. Terdengar Suni mengucapkan terimakasih dan selepas itu pintu ditutup. Aku hanya berjalan tanpa melihat siapa yang datang.
"Apa tu?" Tanya ku dari ruang televisyen.
"Seri muka, jiran sebelah bagi"
"Jiran sebelah kanan ke kiri?" Jikalau kanan mesti Aunty Aisyah, kalau kiri entah lah tak tahu.
Suni menggaru kepala. "Tak tahu lah saya, Cik. Saya tak pernah nampak dia"
Aku hanya mengangguk dan mengambil 1 potong seri muka. "Jiran baru kot" Fikir ku.
Zafril POV
Ini kali pertama aku datang kerumah Aunty Kalsom selepas setahun.
Pembantu rumah baru mereka membuka pintu. "Aunty Kalsom ada?" Tanya ku.
"Tak ada, Encik. Datin keluar dengan Dato' " Jawab pembantu rumah yang umur nya kurang lebih Kak Nad.
"Umi saya bagi kuih"
"Ouh, terimakasih Encik"
Pembantu rumah itu mengambil pinggan dari tangan ku begitu juga mata ku tidak sengaja melihat seseorang berjalan membawa cawan kearah ruang televisyen.
"Sama-sama" jawabku. Kemudian aku pergi. Pintu rumah pun ditutup.
Yasmin. Lampu bilik itu menyala sebab Yasmin dah datang.
Aku terdiam selepas sampai rumah. Pukul 12 nanti aku ada meeting lunch, aku rasa nak pergi secepat nya dari rumah Walid.
"Umi, Walid, Zafril balik dulu" Ucap ku tiba-tiba.
"Lah kenapa? Baru pukul 9" Umi tak puas hati sebab dia rindu sangat kat aku.
"Malam nanti Zafril tidur sini. Ada meeting, Umi"
YOU ARE READING
CINTA KALI KEDUA
RomanceYasmin Zuhaira baru berusia 20 tahun tetapi ia dah kena paksa kahwin dengan orang yang lagi tua 5 tahun dari dia, iaitu Syed Zafril Hakim. Yasmin adalah seorang yang liar, kerap keluar malam, pakai baju seksi. Berbeza dengan Zafril, ia sopan, manis...