23

3.2K 65 8
                                    

Ziey pov

Alam yang gelap tadi beralih ke alam yang diduduki oleh manusia. Mata aku bergerak perlahan ke kiri dan ke kanan........orang pertama yang aku cari ialah Syaz.. Aku bangun dari perbaringan dan duduk di birai katil.... Mata aku memandang sekeliling bilik ini... Terdetik dalam hati...

Aku kat mana? Syaz kat mana?

Aku langsung tak ingat kejadian sebelum aku di masukkan ke bilik ni... Yang aku ingat ialah perjanjian antara aku dan Syaz, aku janji nak ajar dia drive..... Aku berjalan menuju ke muka pintu... Langkah aku terhenti apabila terdengar suara Makcik Tia di luar...

"Tinggalkan dia sekarang Syaz. Kamu nak ke tengok Su tu diumpat oleh orang sekeliling dia?? Dulu dia tak bergaul dengan orang macam kamu ni....lepas tinggal di rumah anak yatim, hidup dia terus berubah. Dan sekarang Makcik harap Syaz faham. Hubungan korang takkan lama sebab itu hanya nafsu."- Kata - kata Makcik Tia menaikan amarah ku.

Sampai sebegitu sekali dia benci hubungan aku dengan Syaz, hanya nafsu? Bukan dia yang lalui semua itu mesti la dia takkan faham apa erti nya cinta sebenarnya. Jika itu cinta dari pasangan yang kita ingin kan kita akan bahagia .. percayalah.

Aku terus keluar dari bilik tu dan pergi ke arah Syaz. Mata aku dan Syaz bertemu... Aku nampak mata dia merah , nangis. Muka Makcik Tia dan Ikram agak terkejut..yela sebab aku tiba - tiba muncul dari belakang..

Aku terus genggam tangan Syaz yang sejuk..

"Makcik.. saya tak sangka sangat Makcik sanggup buat macam tu untuk pisahkan saya dengan Syaz. Makcik tolong lah .... Saya takkan setuju jadi isteri Ikram walaupun Syaz terpisah dengan saya! Saya tahu Makcik buat semua ni untuk kebaikan saya tapi saya lebih berhak untuk tentukan kehidupan saya sendiri."- Aku balas dan memandang tepat ke dalam anak mata Makcik Tia...

Aku terus tarik tangan Syaz dan berjalan meninggalkan mereka. Aku dan Syaz berjalan sehingga keluar dari tempat ini, yes ini klinik di kampung aku... Aku memberhentikan langkah apabila dah tiba di luar klinik.

Aku memusingkan badan menghadap Syaz dan memandang tepat ke dalam anak mata dia. Aku nampak air mata dia mengalir perlahan. Aku usap perlahan pipi Syaz yang di basahi air mata...

"Shh... dah la jangan nangis lagi...."- kata aku then genggam tangan dia erat. Dia terus cium tangan aku berkali - kali.... Air mata dia masih lagi mengalir laju.... Hati aku tersentuh...

"Don't worry sayang... Saya takkan tinggalkan sayang."- kata aku then Syaz menarik aku ke dalam pelukkan...

"Saya takut sangat kehilangan awak Ziey..saya takut kalau hari esok saya bangun dari tidur saya tak dapat dengar suara awak, tak dapat rasa setiap sentuhan awak lagi. Saya takut sangat Ziey.."- Bisik Syaz di telinga aku...

Air mata aku keluar perlahan - lahan tanpa dipinta.... Aku usap perlahan belakang rambut dia yang dah mula panjang... Lepas berpelukan beberapa minit aku dan Syaz terus pulang ke rumah, naik grab guys.

Di rumah ~

Aku dan Syaz duduk di ruang tamu selepas siap kemaskan diri dan Syaz menggengam erat tangan aku.... Mata kami bersatu.

"Sayang dah okay ke sekarang ni??"- tanya Syaz dengan muka risau.

Aku angguk then senyum.

"Kalau awak masih lagi tak sihat, esok kita pergi klinik lagi eh?"- kata Syaz lagi..

"I'm okay Syaz. Jangan risau. Esok kita balik rumah kat bandar okay? Lagipun next week New Year dah."- jawap aku lepas tu tersenyum lagi.

Cikgu itu aku punyaWhere stories live. Discover now