Prolog

3.2K 241 84
                                    

Salinan kertas dari fail seorang pesakit bersepah di atas meja kerja. Lampu pembacaan di atas meja sahaja yang menerangi bilik itu sementara cahaya kalimantang telah dipadamkan.

Lelaki tidak berbaju itu terduduk di atas kerusi beroda lalu menyilangkan kakinya ke atas meja. Wajahnya masih terhias senyuman yang menyeramkan. Dia tertawa halus mengenangkan kebodohannya dua tahun yang lalu. Jika tindakan pantas diambil, pasti si 'dia' tak perlu bersusah payah menghadapi perit setiap saat.

Peluang sudah ada depan mata, dia saja yang lembap. Tak semena-mena meja di hadapannya itu dihentak sekuat hati. Bergemalah ruang privasi itu dengan dentuman tumbukan. Dadanya berombak laju.

Kertas biodata itu dilihatnya lagi dan lagi. Gambar passport di sudut atas kanan dicabutnya hingga terlerai dari kertas maklumat itu dengan penuh cermat. Dia mencampakkan kertas ke atas lantai sambil mata dipencilkan melihat seraut wajah yang tersenyum manja.

Matanya yang terlekuk sekali apabila senyuman digulung, hidung kecil itu, bibir yang tidak terlalu lebar. Memang dialah orangnya

Lelaki itu megerutkan kening. Bibirnya dijuihkan juga membuat wajah simpati. "Tapi... Macam mana aku nak jumpa kau?"

Kakinya diturunkan lalu dia merapatkan kerusi ke meja. Terpampang susunan kertas yang tidak terurus. Segala maklumat telah diperiksanya dan dibuat nota pendek. Sendiri soal, sendiri juga yang menjawab. "Senang je lah nak jumpa kau. Tunggu masa dan... Tadaa."

Sehelai kertas ditarik perlahan.

"Nama penuh... Ada." Dia teranggguk sendiri melihat maklumat berkenaan. Gambar passport tadi dipadankan ke sebelah profil pesakit.

"Nasib baik juga kau tak mati, kan? Kalau tak manalah aku nak cari mangsa aku... Hm, alamat rumah ada juga. Apa yang takde?"

"Yes, exactly. Yang takde sekarang ni ialah kau. Apa guna seorang doktor tanpa pesakit?" soalnya kepada figura berkenaan. Soal lah banyak kali sekali pun, gambar berkenaan tak mampu menjawab. Senyumannya kembali terukir. Sudah tiba masanya untuk dia merancang sekali lagi.

Pisau belati di dalam laci dikeluarkan. Bilahannya amat tirus dan mampu membelah walau kertas yang nipis dengan sekali lalu. Dia terhibur dengan percaturan hidup sendiri. Pantulan wajah di atas belati mempamerkan empunya diri yang agak tidak terurus.

Lingkaran hitam di bawah mata menghiasi wajah kepenatan. Dia tak menafikan bahawa diri itu telah kehilangan banyak benda. Segalanya lenyap sekelip mata dan apa yang masih cuba dipegang ialah harapan sinar kebahagiaan terakhir.

Mata putihnya memerah dengan air mata yang bergelimpangan. Betapa hati itu sudah bertekad untuk melakukan apa sahaja.

Peluang terahir ini tak akan pernah dipersiakan.

***
Selamat datang pembaca Salman, Ahmad, Zack, Aisyah dan Najla!

Ini sekuel buku yang pertama.

Terima kasih. So how's the prolog? :] Something big is waiting.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة Where stories live. Discover now