Helaian kertas putih yang terlipat tersadai di atas jalan. Senyuman pada wajah lukisannya telah dikotori pijakan tapak kasut. Dari kanan, telah terlukis figura seorang lelaki yang sedang memegang tangannya. Diikuti dua orang bayi dan seorang wanita bertudung litup. Semuanya tersenyum gembira dan saling memegang tangan erat.
Itulah erti keluarga buat Ahmad.
"Zack, datang dekat jalan bukit Astana. Back up aku kalau jadi apa-apa." Salman menekan kelajuan kereta Honda Civicnya. Pacuan itu membelah angin, cuba mengejar sesuatu.
"Van putih," jawab Salman lagi apabila ditanya. Panggilan itu dimatikan. Fokus pada pemanduan kembali ke atas jalan. Lukisan Ahmad yang terkoyak ada atas dashboard kereta bertindih dengan sesuatu agar tidak jatuh.
Mata itu telah melihat anak sendiri diheret oleh beberapa orang samseng dari jauh. Kehadiran Salman di hujung waktu terlalu lambat untuk menghentikan mereka. Laju sahaja van putih itu memacu seakan tahu sedang dikejar Salman. Nombor flat van putih itu dihadam sebaik mungkin. Sampai mati dia akan ingat wajah yang telah menculik anaknya.
Jalan berbukit itu dilaluinya. Salman menanti masa terbaik bagi memotong van itu. Dari jalan yang kecil dan sempit hingga lebar. Sedarlah Salman bahawa jalan di hadapan bakal berakhir dengan landai. Kiri dan kanannya ditemani semak samun dek kawasan yang terpinggir dari jalan utama.
Jemarinya dipatahkan beberapa kali, mata hitam itu sedang fokus tidak berkelip. Tangan kirinya segera masukkan gear satu sementara stereng dipusingkan ke kiri sehabis boleh. Dia tidak akan sesekali membiarkan Ahmad terluka. Throttle ditekan hingga ke 3500RPM.
Pusingan itu diambilnya bagi memotong van putih di hadapan ini. Dengan mudah, kereta Honda Salman menyaingi. Clutch dilepaskan sederhana pantas. Tangan Salman masih mengawal throttle dan stereng untuk mendapatkan potongan yang stabil.
Pusingan 'U' benar-benar meletakkan kereta Salman bertentangan dengan van putih itu. Jantung Salman berdetak kencang. Bibirnya beristighfar lalu dia keluar dari keretanya. Hanya Ahmad tujuan utama dia mengambil pusingan selekoh maut begitu.
Mahu tidak mahu, pemandu van putih berkenaan terpaksa menekan brek kerana untuk mengelak daripada berdentum dengan kereta Salman.
Langkah Salman dibawa menuju ke arah van putih itu. Tangannya kosong tanpa apa-apa senjata. Namun, penumbuk itu sudah cukup kuat bagi melunyaikan wajah seorang demi seorang.
Musuh pula tidak begitu. Mereka sedang memegang kayu pemukul sambil tersenyum meleret ke arah Salman. Dua orang lelaki melangkah ke luar van setelah enjin dimatikan. Dua-duanya tidak dikenali Salman.
"Salman Firash?" tanya lelaki berkumis.
"Kenapa kau culik anak aku? Apa yang kau nak? Siapa bos kau? Beritahu aku!" Bertubi-tubi soalan menghentam mereka. Urat pada pelipis Salman kelihatan tegang. Buku lima digenggam erat. Mata itu tidak henti mencerlung ke arah dua orang samseng itu.
Pertanyaan Salman berlalu sepi.
" Satu tumbukan yang kau balas, satu tumbukan juga akan kena pada tubuh anak kau," ujar mereka.
"Bawa keluar budak tu." Lelaki berkumis itu mengarahkan lagi seorang rakan subahatnya yang masih enggan menunjukkan wajah.
Seorang remaja melangkah keluar sambil mengusung tubuh Ahmad yang sedang terkulai. Dia cuba berlagak berani dan menapak ke sebelah dua orang samseng suruhan Fadzli.
YOU ARE READING
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة
ActionBOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jaw...