Keberadaan ruang bilik kerja Zack membuatkan senyuman itu naik hingga ke telinga. Semua pekerja sedang solat zohor di surau berhampiran termasuklah Zack, pengurus restoran itu. Sayangnya Zack terlalu baik kepada semua pekerja hinggakan Haikal pernah meminjam duit yang agak banyak dengan alasan mahu membaiki kaca matanya. Orang baik seperti Zack hanya akan menjadi lubuk bagi mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Daun pintu ditolak luas lalu remaja itu menapak ke meja kerja. Pandangannya jatuh pada sebingkai gambar perkahwinan Zack dan Najla. Wajah pengurusnya kelihatan berseri-seri bahagia. Dia mengabaikan sahaja wajah ketuanya.
Vermilionnya terjungkit. Sumber kebahagian yang utama ialah duit. Dengan duit, dia akan mampu tersenyum lebih gembira daripada Zack.
Laci meja ditarik satu per satu dengan cermat. Bersinar-sinarlah mata Haikal apabila menjumpai satu kotak hitam. Dia duduk bercangkung dengan kotak duit di tangan. Kunci pendua yang telah dicuri dari Zack ketika di surau tadi digunakan untuk membuka.
Dengan satu pusingan, penutup kotak itu tidak berkunci lagi. Haikal mengambil kesemua not kertas di dalam itu meninggalkan beberapa duit syiling. Walaupun tak banyak namun cukup untuk dibuat perbelanjaan harian di kolej. Sejumlah wang dimasukkan ke dalam poket seluar slack nya lalu dia meletakkan kembali kotak itu.
Matanya melihat ke sekeliling untuk mencari apa-apa yang berharga. Dompet dan telefon pintar Zack tiada di situ.
Haikal Razip bergegas keluar dari bilik Zack dengan senyuman lebar. Misinya berjaya. Tak mengapalah jika idea mencuri komputer riba tempoh hari gagal. Jika difikirkan kembali, dia bernasib baik kerana tidak dicekup Salman.
"Nasib abang Firash tak tahu hari tu," Haikal berdecit. Pada matanya, Salman ialah idola. Kereta Honda yang dinaiki Salman cukup mencuri perhatiannya.
Lengang sahaja restoran ini di waktu zohor. Motorsikal di tempat parkir berhadapan pintu masuk restoran ditunggangnya. Tak sabar nak kira hasil 'pinjaman' hari ini.
Pacuan dua roda itu laju membelah jalan raya. Perkara pertama yang bermain di fikiran adalah untuk menukar telefon pintar baharu. Tapi kena tengok juga berapa jumlah duit yang ditinggalkan Zack buat hari ini.
Zack akan membawa duit ke bank setelah penyata kewangan disiapkan. Kadang-kadang setiap dua hari Zack akan menyiapkan kunci kira-kira. Maksudnya, duit di dalam poket Haikal ialah duit hasil operasi restauran selama dua hari kerana Zack akan menyiapkan kerjanya pada malam ini.
Haikal Razip memberhentikan tunggangannya di hadapan sebuah kedai. Dia turun dari pacuan lalu mengeluarkan duit tadi. Apabila dikira berkali-kali, hampir RM1000 juga. Mata Haikal membulat kerana terkejut.
Semuanya berjalan lancar. Tinggal untuk membodek Salman di kedai pula.
Duit itu dimasukkan ke dalam dompet. Haikal mempercepatkan langkahnya ke sebuah bangunan kedai. Di situ, dia dimaklumkan Salman bekerja.
Namun, langkahnya kian perlahan apabila terlihat Salman sedang keluar dari bangunan itu. Seorang pemuda berseluar jeans dan bertshirt biasa sahaja. Mata lelaki itu tertancap pada skrin telefon pintar.
"Abang," panggil Haikal. Dia mendekati Salman Firash. Wajah lelaki itu terdongak memandang.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Salman. Dia sedikit berkerut. Mana pula budak mentah ini tahu tempat dia bekerja.
"Saya nak beli telefon dekat kedai abang."
"Sekarang lunch hour la. Nanti kau datang balik dalam sejam lagi," terang Salman yang kelihatan ingin bergegas ke tempat parkir kereta.
"Abang ada tak sekejap lagi?" Haikal menyaingi langkah lelaki itu. Dia bimbang jika Salman ingin beredar.
"Tak. Aku sibuk nak ambil anak sekolah. Kenapa?"
YOU ARE READING
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة
AcciónBOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jaw...