Muka yang penuh dengan kekecewaan memandang ke dalam anak matanya hingga tekak terasa berpasir.
"Abang lagi pentingkan dia dari saya."
Seiring dengan ayat itu juga Salman menggeleng. Dia tak sanggup bagi melihat wanita kesayangannya melinangkan air mata sebegini rupa. Lengan Aisyah cuba disentuh namun gadis itu pantas mengangkat tangannya menjauhi Salman.
"Aisyah," panggil Salman lembut.
Aisyah teresak dalam kesepiaan. Dia memeluk tubuh sendiri dan tak lagi memandang Salman. Pandangannya menekur ke lantai bilik.
Air mata pun turut jatuh ke bawah. Titisannya jelas di retina mata Salman.
Sekali lagi Salman cuba memegang bahu Aisyah, gadis itu berundur setapak ke belakang. Dia memejamkan mata seketika melepaskan helaan berat. Mengapa isterinya pada hari ini? Apa salah dia?
"Sayang, apa salah abang sampai tak bagi abang sentuh sikit pun ni?" Raut wajah Aisyah ditatapnya penuh kasih. Dia melangkah ke arah Aisyah meskipun gadis itu tak mahu memandang wajahnya. Hinggalah dia betul-betul berdiri di hadapan isterinya, Salman cuba menyimpulkan senyuman.
" Abang sayang sangat dekat Ahmad tu, kan? Pergilah lebihkan dia daripada saya dan anak-anak kita. Pergi dekat budak tu..." luah Aisyah. Wajahnya terpaksa didongak apabila Salman memegang dagunya. Dia tak mampu menyorokkan tangisan dari lelaki itu. Dibiarkan sahaja air mata menjadi saksi untuk dia dan Salman.
" Abang sayang awak seikhlas hati abang. Abang sayang Firdaus dan Jannah sebagai anak abang sendiri, darah daging abang... Dan juga abang sayang Ahmad sebagai anak kita yang pernah dijanjikan untuk dijaga bersama. Apa yang lebih dan kurang? Abang layan semuanya sama rata. Cuba cakap dekat abang... Apa silap abang? Mungkin abang boleh betulkan." Salman menantikan jawapan dari bibir merah itu. Sementara Aisyah mengetap bibir, masa itu diambil bagi mengelap sisa tangisan pada pipi mulus itu. Dia tersenyum nipis melihat mata luas Aisyah yang kemerahan.
"Janganlah macam ni, sayang. Abang sayang Aisyah. Abang tak suka Aisyah menangis. Hati abang rasa sakit kalau Aisyah menangis sebab abang." Wajah Aisyah dipegang dengan kedua-dua telapak tangannya. Tak sangka Aisyah boleh terasa hanya kerana layanannya kepada Ahmad sedangkan mereka bukan di awal perkahwinan lagi. Akad nikah Salman dan Aisyah sudah melebihi dua tahun. Banyak kelebihan dan kekurangan sendiri yang cuba diperbaiki.
Aisyah menarik nafas dalam. Terasa pipinya diusap lembut oleh tapak tangan suami. Pandangan Salman seringkali memujuk hatinya meskipun lelaki itu tak bersuara. Saat Salman cuba merangkul pinggangnya, Aisyah menolak bahu lelaki itu.
"Jangan sentuh Aisyah," tegas gadis itu.
Salman sedar keterlanjuran sendiri. Rasa amarah Aisyah masih bersisa dan menghalang dia untuk membuat sesuka hati. Dia menjatuhkan tangan ke sisi seluar.
"Aisyah tak nak tengok muka abang. Abang keluar dari bilik ni sekarang juga," ujar Aisyah mendatar. Dari riak wajahnya, Salman tahu bahawa isterinya tidak bercanda saat itu.
"Ini bilik abang juga. Abang berhak untuk duduk sini dan pujuk isteri abang," balas Salman tenang. "Kita duduk dulu," pelawa lelaki itu sambil memegang pergelangan tangan Aisyah.
Aisyah cuba bergelut kecil apabila Salman berkeras mencengkam pergelangan tangannya. Dia tiada pilihan lain melainkan bagi mengikut rentak suaminya. Terduduklah dua pasangan itu di atas katil.
Matanya berada di paras yang sama. Lensa mata hazel itu memandang Salman tidak puas hati. Wajahnya bertukar merah, bukan berasbabkan malu tetapi geram diperlaku begitu. "Abang tak payah lah nak tarik-tarik. Sakit tangan Aisyah ni."
YOU ARE READING
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة
AcciónBOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jaw...