6 | Panggilan

981 167 19
                                    

Dua garisan pada alat itu membuatkan Aisyah terkedu. Dia perlahan-lahan duduk di atas katil bilik untuk menenangkan diri. Selera makannya asyik menghilang sejak akhir-akhir ini. Perkara seperti itu pernah berlaku tika dia sedang mengandungkan Jannah dan Firdaus. Berat badannya susut akibat asyik memuntahkan makanan semasa trisemester yang pertama. Bau hanyir ikan goreng sedikit pun boleh membuatkan seleranya hilang selera.

Telefon pintar dicapai Aisyah. Sebuah kalendar putaran haidnya dibuka. Mata hazel itu meneliti tarikh terakhir dia datang bulan.

Dua bulan yang lalu.

Aisyah menekup mulut tidak percaya. Sudah lama rupanya dia tidak datang haid. Mengikut kaedah ulama', tempoh suci haid paling minimum ialah 15 hari dan tiada maksimum. Seorang wanita boleh saja tidak datang haid hinggakan berbulan. Disebabkan itulah Aisyah malas ingin memikirkan soal haidnya.

Gadis itu memandang hasil ujian kehamilannya tidak berkelip. Abdomennya yang kempis diusap perlahan. Jika benar dia mengandung, baguslah telah diketahui awal. Fasa minggu lapan dan sembilan ialah fasa di mana pembentukan organ-organ penting buat janin.

Dengan keadaan dia yang asyik berpuasa, kasihan bayi itu akan kekurangan nutrisi.

"Betul ke?" Aisyah masih musykil. Boleh jadi alat ini yang salah tafsir seperti kes Najla. Telapak tangannya masih melekap pada perut. Dia termenung sendiri dengan pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi.

Jannah dan Firdaus masih bayi. Ahmad pula baru lima tahun lebih.

"Aisyah." Salman menjengulkan kepalanya di pintu bilik.

"Ya?" Aisyah menggenggam alat penguji kehamilan itu. Dia memandang suaminya.

"Mak Najla datang rumah kita."

"Ha?" Gadis itu sedikit terkejut.

"Mak mertua Zack datang. Dia bawakan Naufal sekali. Katanya Naufal bosan duduk sorang-sorang dekat rumah." Salman merapati gadis itu yang terduduk di birai katil. Lelaki itu turut berlabuh di sebelah isterinya. Bahu Aisyah dipaut lalu dia merehatkan dagu. "Awak okay tak? Nak pergi klinik?"

Aisyah menggeleng sambil tersenyum. "Saya okay."

"Betul?" Salman inginkan kepastian.

"Iya, abang. Aisyah okay. Anak-anak kita senyap je, tidur ke?"

"Abang pasang CD, kusyuk sangat kot tengok kartun. Dorang ada meniarap atas karpet dekat depan. Adik tengah jaga Firdaus dan Jannah."

Salman tersenyum sendiri. Ahmad ni boleh diharapkan juga walaupun mengada.

"Aisyah nak pergi bancuh air dulu, abang pergilah layan tetamu kita." Aisyah menyorokkan tangannya lalu bingkas berdiri. Tudung sarung pada almari diambil dan dikenakan pada wajah. Anak rambutnya diselit baik agar tidak terjuntai keluar.

"Sayang."

"Ya?"

"Takde apa." Salman tersenyum sendiri. Dia menggeliat kecil lalu menapak ke ruang tamu semula.

Pagar-pagar plastik di sekeliling Ahmad, Jannah dan Firdaus menghalang adik-beradik itu melangkah keluar kawasan. Mungkin tidak berkesan untuk Ahmad kerana dia boleh saja melangkah pergi. Jannah dan Firdaus ralik melihat kartun pilihan Salman. Sampaikan kartun pun Salman tidak mengizinkan anak-anaknya tengok sesuka hati melainkan telah disemak kesemua isi kandungan.

Ahmad datang memeluk kaki Salman. Wajahnya kelihatan ceria. Ada hajat yang ingin disampaikan.

"Kenapa?" Salman menjongketkan keningnya. Dia mahu melangkah ke beranda di mana Puan Asma dan Naufal berada. Ahmad terlompat-lompat sepanjang Salman melangkah.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة Where stories live. Discover now