Paparan telefon di tatap lama. Berkali tengok pun keputusan itu tidak bertukar. Dia terhinjut sedikit apabila ada satu tangan menepuk bahunya dari belakang.
Rakannya itu mengambil tempat di sebelah sambil meminta-minta Haikal tunjukkan keputusan peperiksaan baru-baru ini.
"Aku ada dua gagal. Aku kena repeat dua subjek," khabar Haikal. Telefonnya dimatikan.
"Serius la? Selama ni kau dapat dekan kot..."
"Kalau dah bukan rezeki." Haikal mengangkat bahu. Tiada rezeki untuk lulus, tiada rezeki untuk peroleh pembiayaan biasiswa bagi pengajiaannya. Dengan dua subjek yang gagal, automatik perjanjiaan biasiswa selama ini terbatal.
"Biasiswa kau macam mana?" soal rakannya simpati.
"Batal la. Dah la, aku nak gerak dulu pergi kerja." Haikal mengeluarkan kunci motorsikal dari poket beg galasnya. Dia melangkah ke kawasan parkir dengan wajah yang tersenyum nipis.
Nak sedih pun, tiada apa yang akan berubah. Hebatnya perkataan, 'ini hanya sementara'. Orang sedih boleh bertukar gembira, orang gembira boleh bertukar sedih.
Pandangan Haikal beralih kepada satu kelompok rakannya ketika menunggang motorsikal melepasi kawasan kolej. Mereka sedang meraikan keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Cermin helmet diturunkan lalu dia memecut di atas jalan raya.
Kegembiraan itu juga sementara seperti kesedihannya. Esok pagi, tiada apa pun nak dirisaukan atau digembirakan. Lebih-lebih lagi jika esok pagi diri ini sudah dijemput Ilahi.
10 minit sahaja Haikal telah tiba di hadapan sebuah restoran Tom Yam. Kunci motorsikal diambil, helmet dibawa bersama melangkah ke dalam kedai makan itu.
Panggilan dari pengurusnya membuatkan dia mempercepatkan langkah untuk menghadap. Cermin mata yang terpakai dibaikinya.
"Mak kau macam mana? Sihat dah?" soal Zack di kaunter pembayaran.
"Alhamdulillah, okay je. Dah keluar hospital." Haikal tersenyum sahaja.
"Kalau ada masalah duit ke apa, beritahu je aku. Belajar okay tak?"
"Saya kena repeat." Haikal menggaru pelipis sendiri yang tidak gatal. Dia tersengih seperti kerang busuk di hadapan pengurusnya.
"Tak payah la fikir sangat. Hidup ni bukan hanya pasal exam. Jom la solat zohor dulu. Nanti aku belanja kau makan," kata Zack.
"Saya takdelah nak sedih sangat. Sebab selagi saya bergelar pelajar kolej, selagi tu saya boleh jadi part timer abang, kan? Nanti kalau saya dah grad, kena serap masuk kerja. Tak boleh dah nak jumpa abang Zack."
Banyak kali dia diingatkan bahawa semua ini hanya sementara.
"Kau tak payah nak membodek aku."
Haikal tertawa halus dengan jelingan lelaki itu. Helmet dibawa ke dalam pelukan. Matanya disajikan dengan seorang gadis yang sarat hamil berjalan ke arah mereka. Perutnya terselindung di sebalik jubah di tubuh. Wajahnya pula berseri-seri, mungkin hamil anak perempuan. Zack menyambut tangan isterinya sambil sebelah lagi melingkar pada bahu.
Usikan Zack membuatkan Najla merah padam kerana malu. Zack tertawa sahaja.
Melihat kebahagiaan orang lain pun hati ini boleh merasai bahagia. Dengan duit gaji yang diberikan Zack, dia masih mampu untuk menampung pengajian sendiri. Tak kisahlah jika tiada biasiswa, kerana rezeki itu ada di mana-mana.
Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jawapan.
Hati itu sikapnya berbolak balik. Satu titik hitam melekat, jangan ditambah lagi hingga keseluruhan menjadi legap.
Di pengakhiran, erti kehidupan sebenar terungkai.
"Apa yang kau cari dalam hidup ni sebenarnya?"
.
.
.
.UntukKeSyurga2©
YOU ARE READING
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة
AçãoBOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jaw...