"Bodoh."
Fadzli tersenyum sendiri. Pedal minyak ditekan apabila dia berjaya melepasi liku-liku jalan yang sempit. Pacuannya kini mengekalkan jarak yang jauh dari kereta polis di belakang sana.
Hujan terus membasahi lantai jalan raya. Recikan airnya membuatkan kabus naik sekali dan mengaburkan pandangan mata. Kelajuan semakin tinggi, grip tayar mencengkam jalan dalam kegelapan malam.
Mia telah ditembak mereka. Puteri tertinggal di rumah sana.
Air mata Fadzli jatuh dengan sendiri. Dia baru hendak hidup bersama Mia dan nak rawat Puteri kesayangan. Mereka serbu ke biliknya tika dia sedang menonton filem kegemaran Amirah di dalam pelukan Mia.
Air mata itu diseka Fadzli.
"Abang... Mia sayang abang."
"Abang minta maaf, Mia," bisik Fadzli. Air matanya terus berguguran. Apa yang terfikir tadi hanyalah cara untuk melepaskan diri sendiri. Mia dijadikan tebusan hingga gadis itu cedera. Tak tahu ke mana peluru menembusi tubuh isterinya. Mia terus tidak sedarkan diri selepas tembakan itu dilepaskan.
"Abang minta maaf, Mira." Terkelip-kelip matanya menahan pedih. Pemanduan itu diteruskan sahaja. Telapak tangan sedang menyejuk dengan suhu pendingin hawa kereta. Terus Fadzli mematikan pendingin hawa itu.
"Nanti kalau Mira takde, abang kahwinlah lain ya? Jaga dia elok-elok macam yang abang buat untuk Mira."
"Tak nak," cebik Fadzli.
"Mana boleh, nanti siapa nak jaga suami saya? Siapa nak jaga anak dalam kandungan saya?" Dagu Fadzli dielusnya.
Amirah tersenyum manis di hadapan mata Fadzli. "Abang sayang Mira sahaja. Titik."
"Mira tak suruh pun abang tak sayang Mira, Mira kan isteri abang? Mestilah abang kena sayang." Amirah mendakap tubuh suaminya. Belakang lelaki itu diusap lembut.
"Abang dah kahwin lain..." Fadzli teresak-esak.
"Abang dah dengar cakap Mira."
"Tapi abang tak sayang dia. Abang pukul dia. Abang buat dia macam orang gaji."
Dia rindukan Amirah tika kesulitan yang dihadapi. Hanya Amirah tempat dia mengadu segalanya.
"Jangan menangis, takpe abang dah buat yang terbaik," Amirah melekapkan kedua-dua tangannya pada pipi Fadzli. Wajah itu dipandang dengan cinta.
"Semua marah abang dekat hospital..." Air mata Fadzli berlinangan.
"Sebab abang buat salah, mestilah kena marah. Sekarang ni abang dah tahu apa yang salah, bolehlah abang baiki. Dah.. Dah... Mira tak nak tengok air mata ni." Air mata suaminya dikesat Amirah lembut. Fadzli yang sedang keresahan dibiarkan berbaring di atas ribanya. Bahu lelaki itu diusap sahaja.
" Mira sayang abang? "
" Sayang,"jawab Amirah. Rambut suaminya disikat dengan jemari tangan. Tali leher yang telah longgar itu ditanggalkan Amirah. Kasihan suaminya balik dari kerja menangis-nangis kerana kesilapan kecil di hospital sana.
" Mira jangan tinggal abang ya? "
" Tak boleh berjanji. Sebab jodoh dan ajal hanya Allah yang tahu. Mira hanya boleh janji untuk jaga abang sepenuh hati Mira," jawab Amirah dengan suara yang memujuk. Dia tak mahu Fadzli menangis lagi.
Doktor itu menyepikan diri di atas riba isteri. Apabila dia mengiring menghadap Amirah, perut gadis itu diusap kasih. Satu kucupan berlabuh pada abdomen gadis itu.
YOU ARE READING
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة
AçãoBOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jaw...