Dialah kekasih penyeri hidupku
Dia yang ku rindu setulus di kalbu
Dari belai jiwa titis air mata
Dia anugerah Tuhan Maha EsaMata hitamnya tidak berkelip memenungkan jubin lantai hospital. Kerdipan mata mengizinkan butir mutiara jernih jatuh dari takungan.
Perut kempis miliknya diusap kosong. Entah berisi atau tidak, dia pun tidak tahu.
Mahligai cinta yang dibina
Harungi bersama
Penuh onak ranjau berduri
Disulam jernih kesabaran"Aku terima nikahnya Nik Damia Antasha binti Nik Zawawi dengan mas kahwin RM1000 tunai." Wajah Fadzli tersenyum kepada Mia apabila dia selesai melafazkan ijab dan kabul. Mata dikenyitkan sebelah hingga Mia tertunduk malu.
Wajah gadis itu berasa panas memerah. Dia tersenyum kecil menghilangkan gugup di hati. Berkahwin dengan seorang duda adalah perkara yang sangat asing di kalangan gadis seusianya. Dia pula telah memilih Fadzli dengan hati yang terbuka. Ibu bapanya hanyalah orang kampung, dia punyai enam orang adik dibawahnya yang masih kecil. Pilihan untuk mengahwini Fadzli adalah amat ditentang kedua ibu bapanya.
Lelaki kacak itu hadir menyarungkan sebentuk cincin emas putih kepadanya. Kelihatan lelaki itu sudah biasa untuk berakad nikah, tiada gugup langsung di hati. Deretan hantaran berbalut kain merah hati ada di belah sana. Dari Fadzli untuknya.
Hari ini dia sah bergelar seorang isteri crush sendiri.
Orang ramai yang berlalu lalang di hadapan Mia dipandang sepi. Ada yang mengerling gadis itu sesekali. Cincin di tangannya ditatap pula. Indah pada pandangan mata tetapi Fadzli tidak menyukai dia mengaku sebagai isteri buat doktor pakar itu. Mungkin Fadzli malu kahwini gadis miskin seperti dia.
Tika diriku kepayahan
Dia beri harapan
Kembali bersinar bahagia"Mulai hari ni, you akan duduk dalam rumah besar ni. Bilik you ada dekat sana, dekat dengan dapur." Fadzli memaksudkan bilik orang gaji yang berhabuk itu.
"Apa?" Mia berkerut tidak mengerti. Kenapa biliknya berasingan? Bagasi ditarik dekat pada kaki. Memang rumah itu sangat besar buat gadis kerdil seperti dirinya.
"Yes, you tak akan tidur dengan I dalam bilik yang sama. Beri I masa untuk terima sesiapa dalam hidup I."
"Abang-"
"Jangan panggil I 'abang'. Panggil I, 'doktor'. Tak kisah dekat luar ke dekat rumah ke, kekalkan panggilan tu. You akan jaga anak I, bilik anak I ada dekat dengan bilik you."
Mia terkilan. Dia tidak sempat untuk memintas apa-apa, arahan telah keluar tak ubah seperti di hospital.
" Baju pun... Pakai baju jururawat dalam rumah ni supaya you tahu siapa you dalam rumah ni," tambah Fadzli. Mia dilihat atas dan bawah sebelum dia menggeleng.
"Doktor, saya kan isteri doktor?"
"Isteri atas kertas. Bukan dalam hati I. Apa yang you nak, you boleh minta. Tapi jangan minta hati I, sebab hati ni cuma ada satu nama."
Mata Mia mula berkaca. Dia masih tidak faham. Baru siang tadi mereka diakad nikahkan. Baru siang tadi Fadzli menyentuh tangannya. Doktor pakar itu telah berubah menjadi orang lain.
" Jangan menangis. I dah bayarkan kos perubatan ayah you. Harap you balas balik budi I dengan jaga kebajikan makan minum I dan anak I," ujar Fadzli sebelum beredar ke bilik atas.
Air mata segera dikesat Mia. Dia cuba mengukirkan senyuman pahit. Perlahan-lahan mengheret bagasinya ke bilik yang dimaksudkan Fadzli. Apabila lampu di buka, dalamnya penuh dengan habuk dan sawang. Bilik yang tidak berpenghuni ini akan menjadi kamar tidur Mia.
YOU ARE READING
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة
AkcjaBOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jaw...