25 | Cinta

975 140 38
                                    

Gadis itu memeriksa dahi suaminya. Dari malam tadi lelaki itu asyik terbatuk tidak henti. Hidungnya juga berair selsema. Kedengaran sukar tarikan nafas yang diambil.

"Awak, awak demam ke ni?"

Zack menggeleng. Matanya kekal terpejam. Dia hanya dapat tidur beberapa jam sahaja setelah pulang pukul 2 pagi tadi. Tubuh sendiri dipeluk apabila Najla telah bingkas bangun. Naufal sedang tidur di bilik Puan Asma dengan atok dan neneknya.

"Awak, bangunlah." Najla mengusap lengan Zack. Dia terus melekapkan tangan pada ruas dahi suami yang membahang.

"Dah azan ke? Saya penat lagi ni," Zack menghela nafas. Badannya serba serbi berat.

"Baru je azan subuh, wak. Awak bangun pergi mandi dulu, nanti kita makan ubat," ujar Najla. Rambut suaminya diusap.

"Okay..." Lengannya dipasakkan ke tilam lalu menolak badan untuk berdiri. Pandangannya berpinar-pinar seketika.

"Awak boleh tak jalan ni?" Wajah Suaminya ditatap prihatin.

"Boleh." Laju Zack mengangguk. Cuma badannya memang menunjukkan tanda-tanda nak demam. Padanlah dia tidak membilas badan selepas kena hujan semalam. Penat sangat, sempat bersalin pakaian lalu tidur di sisi Najla sahaja.

"Biar saya tolong awak."

Gadis Siam itu tersenyum melihat wajah lesu Zack. Zack dipimpin ke bilik air di luar sana selepas mengambil tuala dan kain pelikat baharu.

"Awak, malulah mak nampak nanti," bisik Zack. Mereka sekeluarga masih di rumah mertuanya. Zack tertunduk segan melintasi dapur yang terang-benderang itu. Bilik air hanya berdekatan lorong di seberang dapur.

"Zack dah balik?" Puan Asma memaling ke arah pasangan suami isteri itu. Senduk yang digunakan bagi mengacau bancuhan air teh dibiarkan ke dalam jug. Wanita tua itu terlebih dahulu mendapatkan menantunya.

"Dah, mak. Zack balik semalam. Alhamdulillah, semuanya selamat. Ahmad dah kembali pada Salman," Najla mewakilkan suaminya. Tangannya utuh pada lengan Zack.

"Baguslah," Puan Asma tersenyum lega. "Zack demam ke?"

Wajah menantunya ditilik.

"Eh, takdelah. Cuma panas sikit je," jawab Zack. Dia malu kalau dicop mengada pagi ini. Nak ke bilik mandi pun Najla yang pimpin tanggan dan ambilkan tuala. Baru nak bermanja dengan isteri, terlupa pula bukan di rumah sendiri.

Sabarlah, Zack.

"Nak mandi ya? Biar mak ambil daun bunga raya. Zack duduklah dulu dalam bilik air. Ambil kerusi plastik dekat dapur tu," arah mertuanya. Zack menelan liur sahaja.

"Awak, saya baru nak demam. Bukannya demam panas lagi," bisik Zack pada isterinya.

"Mak risaukan awak sejak semalam," Najla mengusap belakang badan lelaki itu.

"Ya?" Zack terkejut tidak percaya.

Gadis Siam itu tersenyum. Kerusi di meja makan ditarik satu lalu dibawa ke dalam bilik air. Suaminya dipimpin hingga ke dalam dan didudukkan tanpa banyak soal.

Zack mengetap bibir. Kalau mandi maksudnya kena tanggalkan baju. Dia tak mahu ibu mertuanya menyedari tatu pada kulit dadanya. Najla dipandang dengan kerutan wajah.

"Kenapa awak?"

"Nanti mak nampak tatu saya. Saya malu," luah Zack.

"Tak payah buka baju, ya?"

"Hm." Zack mengangguk akur.

Isterinya sedang menadah air di dalam sebuah baldi merah.

"Awak, betul ke mak rindu saya?" soal Zack buat isterinya tiba-tiba.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة Where stories live. Discover now