Kanak-kanak itu memeluk lengan ayahnya sambil mendengar setiap bait-bait yang keluar daripada tetamu malam itu. Dia tak mahu membuat bising, takut dicubit Salman nanti. Kepala ditoleh ke belakang, tangan naik melambai kecil pada Naufal yang duduk dengan ibunya di bahagian belakang sana.
Rumahnya pada hujung minggu memang akan dipenuhi orang.
"Dalam satu hadis mafhumnya, yakni bagi Allah ada 99 nama, sesiapa yang hafal, yakin dengan namanya, tahu maknanya, maka di akan masuk ke syurga," ujar ustaz di atas kerusi itu.
Ahmad terkelip-kelip mendengar. Lengan ayahnya digoyangkan.
"Ya?" Salman memandang wajah anaknya.
"Nama-nama Allah tu yang... Yang adik menyanyi semalam, kan?" soal Ahmad polos.
"Ar-Rahman... Ar-Rahim..." gumam Ahmad.
"Betul, itulah 99 nama Allah," balas Salman.
"Jadi adik boleh masuk syurgalah?" Ahmad panasaran.
"Boleh. Kena hafal dulu sampai habis dan meyakini nama-nama tu macam yang ustaz kata." Kopiah berkait pada kepala Ahmad ditanggalkan lalu rambut anaknya diraup ke belakang.
"Yeay." Sorak Ahmad riang. Dia bersandar pada dada Salman sambil menyanyi kecil hasil hafalan asma al husna. Kopiahnya dipakaikan kembali dengan kemas.
"Nama Allah bukan hanya 99 ini tetapi ada yang lain. Namun, nama selain 99 nama ini tiada kelebihan baginya seperti yang telah disebutkan.
Imam Abu Hassan As Sya'ari kata tidak boleh menamakan atau menyifatkan Allah SWT melainkan yang warid dalam AlQuran, hadis yang sahih dan ijmak. Ini kaedah yang sangat penting.
Allah juga telah melarang dalam AlQuran mafhumnya jangan kamu ada-adakan bagi Allah SWT itu perumpamaan-perumpamaan makhluk. Sifat-sifat Allah bukan sesuka hati kita boleh letak. Zaman sekarang ramai yang menyifatkan atau menamakan Allah sesuka hati. Kita tak boleh samakan Allah dengan CEO konon nak umpamakan Allah itu ketua dunia atau dia mengatakan Allah arkitek alam ini.
Ini tidak boleh kerana tidak datang dari tiga jalan iaitu AlQuran, hadis sahih dan ijmak. Hendaklah kita sebut Allah itu pencipta atau pentadbir alam ini. "
Makin lama, kelopak mata Ahmad semakin menurun. Apa yang diperkatakan ustaz hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia menutup mulut dengan tangan apabila menguap.
" Ayah... Adik mengantuk," adu anak kecil itu. Dia berbaring di atas riba Salman apabila diizinkan.
Salman menggeleng sahaja. Jam sedang menghampiri angka 10. Tak mengapa jika Ahmad tidur kerana dia sedang tidur di dalam majlis ilmu yang diberkati Allah SWT. Ahmad telah penat buat kerja taskanya petang tadi.
Badan Ahmad ditepuk halus. Salman masih mendengar ceramah pada malam itu hingga ke akhirnya di saf belakang. Jika dibentangkan sejadah, ruang tamunya boleh memuatkan lapan ke sembilan saf jemaah solat yang mana setiap safnya kurang dari 10 orang. Itupun hanya kerana tiada perabot di situ melainkan sebuah almari setinggi siling.
Usai perkongsian ilmu pada malam itu, Salman bingkas berdiri. Dia menjemput para tetamu untuk menyantap minum malam yang telah disediakan Aisyah di beranda rumahnya. Sebelah tangan mendukung tubuh anak, sebelah lagi bersalaman dengan rakan-rakan.
"Fadzli, jemput makan dulu," sapa Salman. "Malam ni isteri aku ada buat karipap pusing."
Dia berdiri di sebelah Fadzli yang terduduk di atas kerusi plastik berdekatan dinding. Hanya Fadzli sahaja yang tidak berganjak kerana kerusi rodanya ada disimpan di dapur tadi.
"Nanti aku makan. Nampak Mia tak?" soal Fadzli. Ruang muslimat kosong sahaja tanpa kelibat Damia.
"Nanti aku check dalam bilik. Sekejap," balas Salman. Ahmad berkerut-kerut di bahu Salman. Dia terlena kembali dengan mudah apabila belakangnya diusap Salman.
Tok tok
"Aisyah? Mia ada dekat dalam ke?" pintu bilik tetamu diketuk tiga kali. Menanti di luar dengan tubuh Ahmad yang terlentok di bahu.
Sahutan suara isterinya membuatkan dia bersabar menunggu.
Pintu terkuak dari dalam lalu wajah Aisyah menyambut Salman. "La... Tidur dah." Kepala Ahmad diusap gadis itu.
"Mia dekat dalam ke? Fadzli cari dia."
"Mia ada... Baby dia tengah tidur dekat dalam dari tadi. Itu yang Aisyah pun masuk bilik juga dengan Najla," sengihnya. Dua-dua teruja bila nampak bayi yang masih dua bulan itu.
Tolakan satu tapak tangan kecil di sebalik pintu membuatkan Aisyah menapak ke belakang bagi memberi laluan.
" Ayah," panggil Jannah terkelip-kelip. Dia berpaut pada seluar Aisyah untuk kekal berdiri di situ. Tahu-tahu sahaja itu suara ayahnya yang di luar. Tangan didepakan mahu didukung. Aisyah mengangkat tubuh kanak-kanak itu lalu dibawa mendekati Salman.
"Anak ayah ni... Kenapa tak tidur lagi?" Pipi puterinya dikucup Salman sekilas. "Tengok abang Ahmad pun dah tidur."
Jannah meletakkan jari telunjuk di bibir. Dia mengintai wajah abangnya yang sedang terlentok tidur. Kemudian, dipandang wajah Salman kembali.
"Ni mesti Firdaus dah tidur dekat dalam, kan?" soal Salman.
" A ah. Sekali dengan Naufal atas katil tu. Dia terbongkang tidur lepas kenyang minum susu." Aisyah tersenyum kecil. Dia melangkah setapak mendekati Salman sambil melihat tetamu rumahnya yang sedang beransur pergi.
Segala di dunia adalah bersifat sementara. Sama ada ahli keluarga, harta benda dan pangkat, segalanya tidak akan kekal. Kegembiraan yang terhidang adalah bersifat sementara. Tak mahu mereka terlalu leka di atas dunia.
Kelihatan Zack sedang bersembang dengan pekerja restorannya. Semua pekerja diwajibkan untuk hadir ke majlis ilmu sekurang-kurangnya sekali pada hujung minggu. Lelaki berkulit cerah itu mendekati Salman dan Aisyah setelah memastikan pekerja-pekerjanya telah pulang.
"Kak Aisyah panggil saya ke tadi?" soal Mia. Dia menapak keluar bilik dengan wajah polosnya. Mia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat seberat 3.0kg dua bulan yang lalu.
"Fadzli cari awak," angguk Aisyah. Dia tersenyum melihat Mia bahagia dengan Fadzli walaupun lelaki itu lumpuh separuh badan hingga kini. Kemalangan itu memang benar-benar telah mengubah hidup doktor pakar itu. Dia jadi seorang yang rendah diri dan bersyukur seadanya dengan apa yang masih ada.
"Najla, saya nak dukung," pinta Zack tiba-tiba. Matanya terbuai dengan wajah lembut bayi itu. Berkenan sungguh dia dengan mana-mana bayi perempuan. Tak sabar nak timang anak dara sendiri pula selepas ini.
"Dukung perlahan-lahan, dia baru je tidur ni," balas Najla.
Sebelah tangan sudah cukup untuk mendukung bayi itu. Senyuman Zack meleret hingga ke telinga. Terlalu gembira dengan berita kehamilan Najla.
Salman dan Aisyah masing-masing membalas pandangan. Sebelah tangan Salman memaut bahu isterinya. Mereka turut bersyukur melihat segalanya telah beransur pulih. Zack dan Najla bakal menimang cahaya mata kedua. Mia dan Fadzli pula sedang melayari alam rumah tangga mereka dengan anak sulung.
Salman dan Aisyah hanya seperti ini, tiada apa-apa yang berubah. Hangat kasih sayang sahaja yang makin bersemi hati demi hari. Mereka bersyukur dengan segalanya.
Definisi kebahagiaan pada setiap orang itu berbeza.
Satu yang pasti, tiada apa yang kekal di dunia ini. Kegembiraan itu tidak kekal. Kesedihan pun tidak kekal juga. Hanya selepas mati, segalanya akan menjadi kekal abadi dan tak dapat diubah lagi.
"Ayah... Adik pandai baca... Nama-nama Allah," gumam Ahmad dengan mata yang separuh terbuka. Dia tertidur tadi pun dengan menyanyi asma al husna.
Wajah Ahmad diusap kasih.
Selagi bergelar hamba, moga tak tenggelam dengan nafsu dunia.
***
TAMAT
***Tamat dah cerita ni. Gais, lontarkan komen anda. Macam mana dengan 30 bab buku Awan Hitam ni? Story line macam mana? Watak-watak?
I m glad to hear some worda from you, lagi gembira kalau komen tu panjang! hehe. thank u
YOU ARE READING
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة
AksiBOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jaw...